Movie
Shakuntala Devi antara first batch yang agreed untuk release dekat OTT platform tapi tak semestinya pelakon tak busy untuk promo events. Pelakon utama, Vidya Balan perlu hadir ke beberapa talk show dan juga radio untuk promote movie biopic Mathematician kebanggaan India.
So far I selalu nampak Vidya lagi selesa pakai traditional attire ataupun maxi dress untuk promotion events ataupun parti. Sesuai dengan persona sebenar Shakuntala Devi yang suka dengan sari walaupun menempa nama di negara Barat. So let's see her wardrobe this time...
1. Cotton Tunic
Vidya start e-promotion untuk Shakuntala Devi movie dengan V-shape neckline tunic cotton berwarna fuchsia dan padankan dengan dhoni dengan warna yang sama dari koleksi Urvashi Kaur. Di bahagian dada ada kantha stitch. I love the colour, nampak menyerlah di musim panas ni. That dual tone pump heels looks great.
Hairstyle pony untuk serlahkan earrings dari Radhika Agrawal. Bracelet dengan juntaian warna emas juga dari Radhika Agrawal.
2. Indigo Fushion
I'm in love with this casual look! Tampil bergaya dengan gabungan dress hand woven khadi berwarna indigo dari Shuffling Suitcases dan roselin khadi jamdani overlay bercorak abstract dari Arte-Alte. Sempena kempen Vocal For Local, attire Vidya dibuat sepenuhnya dengan seni tangan dari West Bengal.
Strap wedges berwarna krim sepadan dengan main outfit. I love what she did with her hair and natural look makeup. Earrings berwarna emas dari koleksi Roma Narsinghani dipadankan dengan Three Petal ring dan Mogra Solid ring dari Arjavee. What a beauty!
3. Sunshine Hues
Interesting fact untuk dress ni bila fabrik dari Ayush Kejriwal yang digunapakai boleh dikompos bersama food waste. Dress satin berwarna kuning mustard ni dihiasi dengan corak bunga bersaiz besar dari koleksi The Nautanki Set dan dipadankan bersama palazo dengaan print yang sama.
Though this outfit looks great with its cutting and thick borderline at neckline but I dismiss the floral print. Looks dull. Tambah pula badan berisi tak sesuai pakai corak bunga yang besar. Nevertheless, I love the shoes and gold earrings!
4. Traditional Touch
Sari dari Korvai Kora Cotton ni ditenun di daerah Coimbatore yang terkenal dengan garisan emas dan zari borders sebagai seni budaya tempatan. Sari berwarna merah oren ni dibeli dari weavers exhibition dan dipadankan dengan top berwarna emas dan berlengan pendek. Hairstyle ponytail dengan earrings berwarna emas dan makeup nipis sentuhan Shre 20.
5. Maxi Tier
Bertemakan embroidered cross stitch, Vidya memilih untuk mengenakan tier maxi dress dari material sutera Chanderi berwarna biru gelap sebgaai base dengan tenunan bunga bercorak putih merah dari koleksi Casey oleh butik Payal Pratap. Hairstyle ponytail dan padanan earrings halus dan makeup natural dari Shre 20.
6. Weaver Gaga
Sama dengan pilihan Vidya sebelum ni, saree tenunan Korvai Cotton yang berwarna hitam dan border tebal berwarna emas ni dibeli di weavers exhibition untuk support barangan tempatan. Sleeveless top berwarna hitam menyerlahkan keanggunan Vidya. At this point I dah bosan dengan ponytail.
7. Indian pant suit
Indian pant suit dari Rouka ni macam gabungan kaftan dengan palazzo. Macam ada vibe retro pun ye jugak. Outfit berwarna kuning lemon ni dihiasi corak tempatan yang dikenali sebagai clamp dyed shibori dots di Munnar. Tak tahu lah hairstyle dia ponytail lagi ataupun bun tapi kali ni sesuai lah nampak menyerlah earrings abstrak dia. Chapal heels looks nice.
8. Hand Block Printed
Angrakha kurta berwarna putih dan biasan hijau muda ni dari material cotton ni dipilih dari butik Rivaaj Jaipur Clothing yang terkenal dengan hasil seni cerapan 100% handmade. Vidya memperagakan Traditional Chilai Ring dan earrings berwarna emas bertatahkan batu berwarna dan ghunghroos membentuk corak ekor burung merak simbolik burung kebanggaan India dari butik Motifs. Sandal berwarna merah dengan hairstyle bun sebagai pelengkap gaya.
9. Mulberry Taste
Sari sutera dari butik Ayush Kejriwal adalah sentuhan retro dengan corak berulang berwarna meraah mullberry dipadankan dengan blouse yang sama. Vidya Balan kekalkan penampilan ringkas dia dengan hairstyle bun dan oversized studs juga bracelet mutiara dari Radhika Agrawal.
10. Modern Look
Tampil cantik dan sofiskated dengan padanan top dan pants berwarna biru dari koleksi Maati oleh Neha Kabra. Suit yang mempunyai sejarah tenunan keluarga The Ganai dari Bengal dan dicelup dengan natural dye ni nampak sesuai dengan tona warna kulit Vidya. Padanaan yang tepat dengan sepasang pump heels berwarna krim dari Charles Keith.
11. Abstract Meet Ombre
Shuffling Suitcases memilih untuk padankan abstract blouse dengan Brij Bari mul mul sari dengan corak ombre hitam dan putih. Material yang ditenun oleh penenun tempatan India ni adalah pilihan terbaik untuk dipakai pada musim panas sebab tahap kelembutan dia.
Nothing much for hairstyle and maakeup. I spot ribbon shape rings di jari Vidya dengan corak yang saama dengan blouse.
12. Being Mindful
I tak berapa suka dengan gabungan pastel pink saree dan contrasting blouse dari butik Rouka rekaan Sreejith Jeevan. Walaupun sari tenunan tangan chanderi ni nampak cantik dengan corak bunga putih bersaiz besar tapi padanan warna tak berapa tepat dan tak sesuai dengan saiz badan Vidya sebab material ni akan kembang. Again, repeat bun hairstyle and nothing great from the makeup as well.
But a token of appreciation for oversized pink Ruby studs and traditional Rava ring from Motifs. Great enough to compliment the pink drape.
13. Easy Breezy
Ni kali kedua Vidya memilih 100% pure muslin cotton maxi dress dari koleksi Prama by Pratima Pandey. Sebelum ni Vidya pakai pada tahun 2015. Bezanya kali ni pilihan Vidya lebih menarik dan tampak feminin. Maxi dress berona putih dan hiasan corak bunga berwarna gelap ni dipadankan dengan woven jacket hingga paras kaki dengan tona yang sama. Belt di pinggang untuk serlahkan body shape dia.
Dipadankan dengan open wedges berwarna krim. Hairstyle yang ringkas menyerlahkan signature hand painted earrings dari Méro Jewellery. She looks great!
14. Blueish Dots
Kurta biru dipadankan bersama palazo biru dengan corak dots dan garisan bersilang berwarna putih dari koleksi The Royal Bagh rekaan Punit Balana ni dipilih untuk movie promotion dan kempen Vocal For Local. Nampak macam Vidya Balan pakai baju kurung dan selendang kan? Sama macam outfit yang lain, kurta woven silk chanderi ni dicelup dalam natural dye menggunakan method tie and dye.
Walaupun hairstyle masih sama dengan ponytail tapi suka tengok frizzle di bahagian bawah. Vidya lengkapkan dengan two-toned kundan earrings dan cincin dari koleksi Ananya rekaan Motifs juga white pumps. Mungkin kita boleh tiru gaya ni untuk event rasmi. Looks great!
15. Statement Piece
Repeating Urvashi Kaur with a great mix and match! Blazer yang diperbuat dari tenunan tangan dengan corak striking signature shibori pattern berwarna grey dipadankan dengan hand pleated palazzos with artisanal. Open toed wedges berwarna hitam dan sepasang stud eaarring berwarna emas.
16. Mindful Creation
Sari linen pink dari butik
Anavila ni diperbuat dari penenun Bengal dan dicerap dengan tangan di Gujrat. You guys can watch the process in their Instagram. Sebelum ni Vidya pernah jadi showstopper untuk label Anavila di Lakme Fashion Show, kali ni Vidya pilih untuk pakai masa promote movie Shakuntalaa Devi. She looks mesmerizing with natural makeup and some gold rings with bun hairstyle
17. Free Spirit Green
Tampil selesa dengan linen kurta pants berwarna hijau lumut dengan corak stripes keemasan dari butik Udd. Kalau perasan dekat kurta ni ada manik halus yang dijahit oleh pekerja Padukas Artisans NGO yang mana membantu wanita di kawasan tersebut untuk bekerja dengaan kraaf mereka. Dipadankan dengan pump heels berwarna coklat kayu.
Vidya pilih Deepam Earrings berwarnaa hitam dan emas dari Theyyam Collection rekaan butik Razia Kunj. Sesuai dengan kempen Vocal For Local, butik
Razia Kunj memang menitikberatkan hasil seni tempatan.
18. Summer Vibe
Finally Vidya lepaskan rambut dia! She looks pretty isn't it? Nampak lagi muda bila lepaskan rambut. So for the main outfit, Vidya pilih Noor floral stripes dress dari butik Taa'ssur. Block print pada dress ni dicerap dengan tangan oleh artisans of Sanganeri lanes di Jaipur dan technique tu juga untuk melembutkan fabrik. Boleh nampak kelembutan dress tu sebab flowy di bahagian bawah.
V neckline dan getah di bahagian pinggang compliment bentuk badan Vidya. Since hairstyle dia lepas bebas macam ni so tak nampak lah earrings dia dan dia pun tak fokus untuk peragakan. And that plum heels macam repeated from previous looks.
19. Earthy Treasure
Rasanya ni kali pertama Vidya pilih cotton kurta pajama dari butik Gulabo Jaipur. Kurta dari koleksi The Apra Suit berwarna hijau luntur ni dipadankan bersama seluar berwarna hitam dan selendang gabungan dua warna dari main outfit dengan corak bersegi melintang. Vidya mengenakan straight silhouette berwarna hitam dan necklace bersaiz besar.
20. Modern Mixture
Kali kelima Vidya mengenakan outfit berwarna biru dalam kempen dia. I teringat movie Mohenjo Daro bila Hrithik Roshan jual indigo clay untuk dijadikan pewarna bila Vidya kata indigo dye ni diwarisi turun temurun dan berevolusi di India. Maxi dress dari Rivaaj Clothing ni menggunakan cerapan tangan yang dihasikan di Jaipur. Love that layered earrings!
21. Some Plaid
Karaikudi Chettinad cotton sari berwarna-warni dengan blouse kuning ni pun dibeli di weavers exhibition tempatan. She looks extremely beautiful in classic attire dan juga round rings dengan earrings berwarna emas dan batu pink dari koleksi Theyyam rekaan Razia Khunj. Kali ni bun Vidya dihiasi dengan Nayantara gajra dari Ami Mane Jewelry & Accessories. Perfect!
22. Nature Inspired
Modesty is the best approach in Vidya Balan case. Kurta berwarna ungu terung ni ditenun tangan dengan sulaman tangan dari butik DOT. Gaya rambut dibiarkan lepas sebelah kanan dengan wave volume sederhana di bahagian bawah. Stud earrings berwarnaa emas sepaadan dengan cincin emas di jari. Strap heels berwarna emas melengkapkan gaya Vidya untuk promo events.
23. Ethnic Divine
This hand crafted kala cotton collar flare dress with a mock placket and pants from Organic Hanger was chosen for main outfit. Paired it with transparent strap heels with smokey eyes and neat ponytail. Nothing much from this look but I love the silver stud layered earrings.
24. Double Layer
I loooooove this outfit! (Minus the hair obviously) Jumpsuit dan jacket berwarna kuning dengan motif yang sama berwarna coklat dari koleksi Marigold keluaran butik Anushree. Kalau ikutkan caption Vidya, ada sulaman tangan pada jacket tapi I tak nampak yang mana. Mungkin border di bahagian dada since details dekat situ agak tebal.
25. Revamped!
Gabungan dua warna dan corak untuk sari ni sebenarnya disebabkan faktor reuse sebab tu ada layer yang berbeza. Sesuai lah dengan kempen Vidya untuk selamatkan alam sekitar. Sari hitam chiffon dan red checkered dengan gold thick border. Simple dan menarik perhatian.
26. Old Cotton
Sari yang diperbuat dari Kala Cotton of Kachchh adalah eksperimen dari Label Sourav Das untuk menghidupkan pakaian tradisional pada kalangan generasi muda. Well I think this one she should done more sebab tak nampak sentuhan moden and make it looks dull. Too simple to leave an impression.
27. Bhasmati Inspired
Sari yang diperbuat dari 120/120 fine cotton dan tenunan tangan Nadia West Bengal yang direka oleh Ghuri Design ni diambil dari koleksi Tiger Jamdani. Gabungan merah dan hitam juga corak melintang berwarna emas menaaikkan seri Vidya. Bindiya hitam dan jhumka silver are perfect match for this outfit.
28. The Heritage Land
Multi panel Silk block printed kurta with hand painted Kalamkari sleeve dari Label Anushree dipadankan dengan seluar bercorak gabungan warna-warna gelap. I love how she keep it simple bila main outfit dah sarat. Jhumka earrings berwarna emas dari Motifs dipadankan dengan strap sandal emas.
29. Going Classic
Sari dari koleksi Black & Golden Tussar Dupion Silk ni dipilih dari penenun tempatan Chanchal -Bringing Art to Life. Material sari ni diperbuat dari ghicha silk. Though she looks beautiful, I think dia boleh tambah choker sebab bahagian leher dia kosong ataupun pakai hair clip bertatahkan batu dengan corak sarat ataupun mutiara.
30. Organza Drama
Another fav looks! Sari berwarna pink pucat dengan corak bunga magnolia adalah gabungan material sutera organza dan sutera biasa supaya nampak lembut dan nampak cantik terletak. Vidya padankan dengan poplin cotton blouse top berwarna beige dalam koleksi Tabassum rekaan Raw Mango. Keayuan Vidya terserlah dengan hiasan cincin dan stud eaarrings dari Shri Paraman Jewels.
31. Solve This Equation!
Sesuai dengan movie Shakuntala Devi yang sukakan Math, Vidya menggayakan sari Shri Ganeet yang ditenun oleh Sri Bhagabata Meher untuk Handloom Awaards pada tahun 2015-2016. Sari berwarna hitam ni menggunakan teknik Sambalpuri (tie and dye). Semua math equation yang ada pada sari tu ditenun dengan tangan selama 3 hari berturut.
Walaupun Sri Meher tak menang dalam pertandingan tahun 2015, dia gembira Vidya angkat hasil kreativiti dia dan dia dapat pengiktirafan yang sewajarnya.
32. Handsfree
Sari sutera dari koleksi Handsfree berwarna oren dengan corak shibori dari butik Medium ni pernah dipakai oleh Dia Mirza cuma berbeza warna. Hijau atau oren, dua-dua nampak menarik hasil celupan natural dye yang diguna oleh skilful artisans di Aranya Naturals.
Makeup dari Shre 20 digandingkan bersama bun hairstyle dan set barang kemas dari Aaharya By Rhea Hirani.
33. Heritage Glory
Sari sutera Chanderi berwarna ungu diraja dengan sulaman tangan bercorak zari dan moti dari era Mughal India berwarna emas sebagai border serlahkan seri Vidya Balan dalam persalinan traadisi turun-temurun. Top blouse berwarna violet dengan jalur emas dipadankan bersama. Nothing much for the bun and makeup.
34. Childhood Memories
Sari linen berwarna putih dengan corak bunga oleander ni ditenun dengan tangan di Bhagalpur. Uniknya rekaan sari ni diinspirasikan oleh zaman kanak-kanak Nadiya Paar yang memetik bunga untuk dijadikan kalung. Vidya nampak segar, muda dan berseri.
35. Embracing Crafts
Vidya looks lovely in this classic anghrakha silhouette from Shireen Shahana. Indigo printed dari cerapan tangan dan juga trim yang diberi sentuhan corak polka dot. Drape dengan warna krim dan corak bunga berwarna indigo daan lace border yang tebal looks perfect with this anghrakha.
A bit disappointed bila Vidyaa tak mengenakan sebarang earrings bila dia pilih pony hairstyle but necklace berlapis dari Ritika Sachdeva looks amazinggggg! Sandal bertumit tinggi berwarna silver metallic rekaan Aprajita Toor tampak sesuai dengan main outfit.
36. High-end Sophisticated
Untuk interview di waktu malam, Vidya memilih koleksi floral printed handwoven chanderi berwarna putih gading sebagai base dengan hiasan corak bunga berwarna hijau muda dan soft pink keluaran Shivani Bhargava. Corak ni sengaja dicetak dengan menggunakan watercolor effect. Di bahagian tepi kain sari ada lace tebal berwarna putih sebagai border. Makeup tipis dan hairstyle bun dengan earrings berjuntai melengkapkan gaya Vidya.
Tote bag dari Chamar Studio berwarna hijau nampak sesuai dengan gaya ringkas nan lembut dari Vidya. Salah satu usaha Vidyaa untuk promosikan barangan tempatan hasil kraf dari kaum Dalit.
Fuhhh done cover semua koleksi Vidya Balan untuk promo events Shakuntala Devi. I tak tahu pun dia berkempen sambil promote movie but I love her effort in helping local and rural community. Dan a great transformation from her side too cuma hairstyle tu lah kena bereksperimen lagi.
Dua hari I godek untuk siapkan entri ni so please appreciate by drop your comment on her best look below. Thank youuuuu
My fav, 10,22, 32 ;)
ReplyDeletePerghh semua baju dia gayakan ada gak pesen muslimah boleh pakai kan... ada jual memana ke ek..
ReplyDeleteSis pun suka beli punjabi sebab saiz dia besau.. mata berkenan betul no3 tu kuning tu...
tak kenal pelakon ni, nampak sangat dah lama tak tengok citer hindustan..haha
ReplyDeleteVidya ni cantik pakai sari dan kurta. my favourite no 28 tu. cantikkk :)
Fuhh merecik. Banyak betul design n style bollywood ni rupanya. Sebelum2 ni terbayang sari je 😅. Ada beberapa style berkenan juga tgk nampak sopan je
ReplyDeleteGabungan fesyen tradisi dan modem.. tapi masa meletop. Suka tgk sebab takdela menjolok mata sangat hehe
ReplyDeletemenariknya. tak tahu nak pilih yg mana satu cantik sebab semuanya lawa2 belaka.
ReplyDeletetengok berapa orang negara mereka bangga dengan produk pakaian mereka sendiri dan juga membawa ke peringkat antarabangsa cantik juga pakaian ni walaupun masih ada element tradisi dalam design mereka....
ReplyDeleteWow.. banyaknya koleksi dia, Heritage Glory paling cantik menarik meletop... :) Sebab I suka purple actually and it suits her so well.. Elegant..
ReplyDeleteWow... Cecantik fesyen dia walaupun masih masih mengekalkan tradisi mereka dan sopan jer tak menjolok mata tetap cantik menawan!
ReplyDeletenombor 5 dengan 8 tu cantik sangat! kite pun boleh pakai camtu kan sebab masih lagi menutup aurat
ReplyDeletePaling suka cotton maxi dress tu.. Cantik gila.. Tapi macam Farhana cakaplah.. Fesyen rambut dia tu tak pelbagai..
ReplyDeleteFesyen dia tetap ok di mata ika sebab baju yang dia pakai kena la dengan dia. bukanlah tahap yang kita boleh kata dia mangsa fesyen hehe.
ReplyDeletePerghhhh, cantik-cantiklah design kain sari-sari tu... saya paling minat yang Revamped tu... Heritage Glory dan Mindful Creation pun cantik... yang Handsfree tu nampak vibrant sebab macam ada kombinasi fesyen... style yang macam The Heritage Land tu bolehlah kita cuba gayakan kan... bagi panjang sikit lagi je part tangan tu dan longgarkan sikit and walla... meletop, kebaboom cun... hehehehe...
ReplyDeleteWow nice! i like all their dresses, they look so elegant and classy especially the Hand Block Printed Dress.
ReplyDeleteI saved it as my favorite website! I am one of a fans of sarees, but I have no idea how I should wear them! Thanks to your effort! I can come out with new styles~
ReplyDelete