Kisah bermula dengan kehadiran DCP Aditya (Sudheer Babu) datang selamatkan seberapa yang mungkin dalam rusuhan semasa perarakan Hari Muharram di Hyderabad. Disebabkan keberanian dia, kerajaan anugerahkan medal dan setelah beberapa operasi dan sindiket berjaya didedahkan, DCP Aditya diangkat sebagai role model dan icon.
Tapi selepas party untuk meraikan kejayaan dia, ACP Prasad dibunuh dengan kejam di rumahnya. Pada dahi dia ditampal sticky note mencabar Aditya. Dalam press conference yang diadakan pihak polis, Aditya sahut cabaran dan akan serahkan medal serta letak jawatan sekiranya dia gagal menangkap pembunuh tersebut selepas 5 pembunuhan.
Pembunuh bersiri (Nani) asalnya digambarkan sebagai seorang psiko dengan signature ‘V’ pada sticky note yang ditampal pada mangsa. Modus operandi pula mengikat mangsa dan kelar leher mangsa. Sementara darah keluar, dia akan tulis note beserta teka-teki kepada DCP Aditya sebelum pergi. Lagi kuat mengatakan dia psiko bila kemunculan watak Apoorva Ramanujan (Nivetha Thomas), graduan Master of Psychology.
Tapi sayangnya dia cuma jadi penyeri dalam hidup DCP Aditya sebab semua teka-teki diselesaikan sendiri oleh Aditya. Boleh kata kewujudan watak Apoorva tak perlu pun sebab dinamik watak Aditya dan V dah cukup kuat untuk bawa kisah pembunuhan bersiri selama 2 jam 20 minit ni. Watak V bukan sahaja misteri, kejam tapi kelakar. But in dark way…. seriously, I teruja tunggu V keluar daripada hero walaupun Sudheer tayang six pack dan muka handsome tapi V lagi licik dan cekap.
‘Look how violent all of us have become. Even though we talk about killing, but we would hate to even sit beside the reall killer.’ - V
Walaupun jalan cerita untuk first half agak hilang arah sebab I expect more from character Apoorva dan knowledge dia tapi sia-sia. Menyampah satu hal bila tengok Aditya macam ambil kes ni sambil lewa padahal dari awal dah boleh agak yang pembunuh bukan kaleng-kaleng kalau dah berani cabar polis. Mardaani franchise antara contoh ketegangan villain dan hero.
Tapi director-writer Mohana Krishna Indraganti tebus balik dengan bagi screentime yang panjang untuk kita kenal siapa V. Dengan plot twist menarik dan action stunt dari V buat I jadi tak senang duduk. Knive skills dia A+! Geram je bila director pandai mengusik dengan parallel scene dan adegan kejar-mengejar antara V dan Aditya. V bekas tentera yang pernah ditugaskan dalam misi anti-terrorist jadi agak susah sikit untuk Aditya match up.
Camera shot dari P. G. Vinda hasilkan visual dengan teknik terbaik bila dia tahu angle mana yang cantik untuk serlahkan watak V ataupun Aditya. Ditambah pula dengan kekuatan background score dari Thaman cuma I tak berapa minat dengan lagu Telugu but the music are catchy so for me it’s great for the mood and vibe.
Rasanya ni pertama kali tengok movie lakonan Nani dan movie V adalah movie ke-25 Nani dalam industry perfileman Telugu so movie ni memang high budget. Dari gaya lakonan, action stunt dan dialogue delivery Nani, I think I became a fan already. No wonder lah ramai yang hype movie Jersey dan Shahid Kapoor akan berlakon dalam movie remake Bollywood nanti. Tak sabar nak tengok both version!
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
wow..citer hindustan nih..agak2 bosan boleh layan kan..hehe
ReplyDeletepsiko giler pembunuh ni. awat pana letak gambar takde kepala tu. scary! ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeletefuh jalan cerita mengancam!
ReplyDeletehaish. Nak tengok, tapi siapa nak teman sis jogging sama. Haha
ReplyDeleteish geram btul la bila dendam dekat org lain, org lain jadi mangsa :(
ReplyDelete