Production Company : Reliance Entertainment, Kross Pictures
Distributor : Reliance Entertainment
Genre : Crime / Mystery
Running Time : 136 minutes
Release Date : 10 June 2016
Trailer :
Setiap hari John Biswas (Amitabh Bachchan) akan datang ke balai polis untuk tahu perkembangan kes penculikan dan pembunuhan cucu tunggal dia, Angela Roy (Aarnaa Sharma) sejak 8 tahun lepas. Tapi jawapan yang dia terima masih sama, polis akan update sebaik sahaja mereka jumpa petunjuk baru. Puas Nancy (Padmavathi Rao) pujuk suami dia supaya move on tapi John masih berdegil nak dapatkan keadilan.
Sudahnya Nancy minta bantuan Father Martin Das (Nawazuddin Siddiqui) untuk pujuk John tapi mereka berdua jumpa petunjuk baru bila John jumpa kanak-kanak perempuan dari rumah anak-anak yatim pakai topi Angela. Bukan sebarang topi sebab Nancy sendiri yang kait dan Angela pakai pada hari kejadian.
John dengan Martin pergi ke Imambara untuk cari siapa yang derma tapi sayangnya topi tersebut dijumpai di tanah usang yang diwakafkan kepada pihak masjid untuk dijadikan tanah kubur. Martin nasihat John supaya rajin datang ke gereja dan berdoa pada Tuhan supaya diberikan ketenangan tapi John bidas dengan tempelak Martin yang lari dari kesilapan dia sebagai polis dan berubah jadi paderi.
Beberapa hari kemudian Insp Sarita Sharma (Vidya Balan) minta bantuan Father Martin bila kes penculikan dengan modus operandi yang sama lepas 8 tahun berulang lagi. Dalam masa yang sama Insp Sarita cuba cari petunjuk dalam kes John Biswas. Kali ni Insp Sarita yakin Tuhan bagi peluang kedua untuk Father Martin tebus kesilapan dia.
John yang dah tawar hati dengan sikap Father Martin cuba cari sendiri siapa pembunuh Angela bila orang masjid bagitahu ada pen yang datang dari kotak besi sama yang tertanam bersama topi Angela. Berjaya tak Father Martin dan Insp Sarita jumpa pembunuh yang sama dengan John, kena tengok la movie ni.
Team production decide untuk namakan movie ni Teen yang bermaksud 3 bila 3 orang watak utama cuba mencari penculik misteri di bandar Kolkata. Though this movie is not the original bila TE3N adalah remake kapada movie Korea – Montage yang diterbitkan pada tahun 2013 tapi performance dari semua pelakon yang perlu diberi tumpuan.
Olahan Ribhu Dasgupta buatkan kita tak senang duduk bila kita pun rasa tawar hati dengan sikap Father Martin lepas mereka balik dari Imbara dan ragu-ragu dengan kecekapan Insp. Sarita dan team dia. Tak mungkin semudah tu Insp Sarita berjaya jumpa penculik. Ada something yang tak kena tapi tak tahu apa benda. Ada plot twist di hujung cerita tapi sebenarnya trick yang dibikin rapi.
Tak pasti kenapa Kolkata dipilih sebagai plot tempat dalam movie TE3N tapi yang pastinya beberapa lokasi bersejarah di Kolkata dibuka untuk shooting. Tushar Kanti Ray paparkan keindahan Kolkata dengan beberapa shot cantik dan juga budaya penduduk dari hiasan dalaman rumah dan bagunan.
Music album not bad lah cuma ada beberapa lagu yang terlampau slow. I wish Clinton Cerejo dan Clinton Cerejo increase tempo lagu selari dengan kelicikan watak-watak dalam movie ni. Lagu Kyun Re ada versi Amitabh Bachchan dalam movie supaya dapat rasa kesedihan kehilangan cucu tersayang and he did amazing.
Walaupun ada yang kata movie ni predictable dan lemah dari segi perjalanan cerita but for me they did their best cuma pace je agak slow. Mungkin director nak match dengan usia John tapi tak ada masalah pun dia bergerak laju sikit sebab Father Martin dengan Insp Sarita muda lagi. Sayang bila watak diorang berdua tak dapat menyerlah dengan screentime yang terhad.
1. Team Production +0.9, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.3/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Adoi.. gegar rasanya jantung bila tengok cerita berkaitan penculikkan ini..
ReplyDeleteTua dah nampak amitabh bachan, the legendary
ReplyDeleteMacam best je movie ni. Boleh letak dlm list movie ni
ReplyDeletehis acting always super best....
ReplyDeletemana mak ayah angela dlm cerita ni?
ReplyDeleteAB actor terbaik...dari dulu my mom suka sampai sekarang lakonan masih mantap
ReplyDeletewah ada amitabh bachan. rasanya macam pernah tengok movie ni tapi tak ingat jalan cerita dia..hehe
ReplyDelete