Movie Review : School Of Rock (2003)

Sunday, 20 September 2020


Director : Richard Linklater
Writer : Mike White
Cast : Jack Black, Joan Cusack, Mike White, Sarah Silverman, Miranda Cosgrove
Production Company : Scott Rudin Productions
Distributor : Paramount Pictures
Genre : Musical / Comedy
Running Time : 109 minutes
Release Date : 3 October, 2003
Trailer :


Movie School Of Rock antara movie yang terlaris jualan pada era 2000s so I decided to watch it this weekend … well actually habiskan this weekend sebab sebelum ni dah tengok tapi tak suka dengan watak Dewey Finn (Jack Black) sebagai penyanyi rock loser dan gunakan budak-budak sekolah untuk masuk Battle Of The Band lepas dia ditendang keluar oleh band No Vacancy. 


I mean who wouldn’t… datang lambat, tak bekerjasama dengan team, self-centered, narcissist. It’s a good thing No Vacancy band throw him out because he is so toxic. Desperate nak duit untuk bayar sewa rumah supaya tak dihalau keluar, Dewey menyamar sebagai kawan baik dia, Ned Schneebly (Mike White) dan terima tawaran sebagai guru ganti di sekolah rendah swasta. 


Hari pertama dia mengajar pun dia dah ajar supaya murid-murid dia give up dan bagi syarahan tentang The Man which I assume the capitalist. Of course syarahan dia mungkin tepat tapi target dia salah. Murid-murid dia anak golongan T20 dan future diorang dah terjamin dah pun sebab parents diorang lah The Man tu. 


Tapi sesuai lah dengan perjalanan cerita ni bila dalam masa 3 bulan dia jadi guru ganti, dia berjaya tubuhkan School Of Rock bila sepanjang masa dia cuma ajar tentang musik rock. Setakat 3 bulan, tak terjejas mana pun lah otak bijak murid-murid dia. Lagipun dia dah janji nak bagi A dekat semua murid. It seems funny to me bila second half dan beberapa hari sebelum Battle Of The Band baru ada guru lain buat aduan kelas Dewey/Ned bising dengan bunyi musik dekat pengetua Roz Mullin (Joan Cusack). 


Mungkin performance Jack Black bagus untuk watak Dewey Finn tapi ada several scenes nampak dia over sampai jadi meluat. Just like Fat Amy and Adam DeVine. Untuk yang suka dengan lawak dan lakonan diorang mungkin akan terhibur la kot bila tengok movie ni. 

Thank God masa diorang perform dekat Battle Of The Band tu Dewey guna lagu yang Zack tulis sebab lagu yang Dewey tulis memang hancur lepastu syok sendiri. Dia nak sembang pasal real music walhal hakikatnya his music sucks. Ned sedar benda ni sebab tu dia keluar dari band dan jadi cikgu. 


Watak Patty Di Marco (Sarah Silverman) mungkin nampak macam mengongkong tapi be practical lah. Siapa je tak marah kalau partner ada kawan yang duduk rumah tapi tak bayar sewa dan tak ada kesungguhan langsung nak pergi cari kerja. Tapi setiap perbuatan ada cause and effects so Dewey dengan Ned jumpa kerjaya yang sesuai dalam hidup diorang.  


Tak pasti kenapa Summer (Miranda Cosgrove) tak menyanyi dalam movie ni sedangkan dia penyanyi. Mungkin masa ni suara dia tak pecah lagi sebab dia start menyanyi pun tahun 2008. Well enough with the bad part because the good part from the movie where Dewey acknowledge their talents and those kids have fun. Bila suasana dalam kelas fun, diorang pun jadi lebih kreatif even self-esteem pun improved. 


Of course School Of Rock deliver great line-up music rock yang power macam Led Zeppelin dan beberapa lagu baru yang dicipta khas untuk movie. Lagu Black Jack nyanyi doesn’t count sebab dia sendiri cakap dia cuma play along. Well kudos to The Mooney Suzuki for that. Overall it’s a great concept with poor script and over comic acting. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0 = 5.8/10

7 comments

  1. Movie ini best.. dulu beli cd cetak rompak sbb nak layan haha

    ReplyDelete
  2. one of my fav movie..best sgt. x boring layan byk kali.

    ReplyDelete
  3. hyeeeee...lama tak jenguk sini..sihat?
    one of my fav movie! suka sangat tgk movie ni..banyak pengajaran

    ReplyDelete
  4. tatau la masa time tu brapa kali punya ulang tgk dvd dia, sampai calar2 hahaha

    ReplyDelete
  5. old school punya movie ni.. tapi mmg best sangat

    ReplyDelete
  6. kadang2 Jack Black ini over.. Kak Sha tak berjaya tengok sampai habis.. hehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.