Movie Review : Love Per Square Foot

Saturday, 5 September 2020


Director : Anand Tiwari
Writer : Anand Tiwari, Sumeet Vyas
Cast : Vicky Kaushal, Angira Dhar, Alankrita Sahai, Ratna Pathak Shah, Raghubir Yadav, Supriya Pathak, Arunoday Singh, Kunaal Roy Kapur, Gajraj Rao
Production Company : RSVP Movies
Distributor : Netflix
Genre : Romantic / Comedy
Running Time : 133 minutes
Release Date : 14 February 2018
Trailer :


Hidup dalam keluarga middle class di bandar besar Mumbai memang menyedihkan dan gambaran kehidupan tu ditonjolkan oleh watak Sanjay Chaturvedi (Vicky Kaushal) yang hidup di flat kerajaan bila ayah dia bekerja di stesen keretapi.


Rumah tak lah besar mana dan tiada bilik untuk Sanju sejak kecil. Bilik air pula kena berkongsi dengan ahli keluarga dan setiap pagi kena ikut giliran untuk bersiap sebelum pergi kerja. Sama juga dengan kehidupan Karina D’Souza (Angira Dhar) yang hidup di rumah pak cik dia dan setiap kali jiran tingkat atas hentak kaki atau melompat, rumah mereka akan berdebu.


Sanju dan Karina sama-sama ada impian untuk mempunyai rumah sendiri dengan ruang selesa dilengkapi furniture dan electrical appliances. Tapi rumah yang paling murah adalah di bawah skim Jeevan Saathi bila golongan sasarannya pasangan yang dah berkahwin. Sementara Sanju jadi hamba cinta bos dia, Rashi (Alankrita Sahai) yang dah pun berkahwin dengan Kishan (Arunoday Singh) tapi tak bahagia, Karina pula masih teragak-agak dengan keputusan dia untuk berkahwin dengan Samuel (Kunaal Roy Kapur).


Sudahnya Sanju come up dengan idea untuk sama-sama apply rumah tu dan tanpa sengaja daftar perkahwinan mereka di mahkamah. Awalnya susah untuk Blossom D’Souza (Ratna Pathak Shah) nak terima kenyataan anak dia akan berkahwin dengan lelaki beragama Hindu tapi sebab sayang dengan anak perempuan tunggal dia, Blossom compromise here and there.


Tapi tak semua yang kita plan tu akan berjalan lancar macam yang kita nak. Apatah lagi untuk middle class people. Shit happens every single time. Macam mana urban couple, Sanju-Karina cuba selesaikan masalah ni kena tengok sendiri lah and trust me it’s worth to watch. Fun fact, movie ni ditayangkan di Beijing International Film Festival 2019.


Jarang dapat tengok lakonan Vicky Kaushal dengan watak ringan macam ni and he looks so cute most of the time. Perfect Mumbai middle class munda. Dialog dia kelakar and his frustration when his loan application got rejected is perfect! Though I want to raise toast for Anand Tiwari and Sumeet Vyas great script writing, I wish they stressed more on housing scheme’s cruelty. Baru nampak drama dan betapa lelahnya pasangan muda ni sampai bersetuju untuk kahwin kontrak.


Chemistry Vicky Kaushal dengan Angira Dhar pun comel. Suka tengok scene diorang menari dekat wedding. I really wish director panjangkan lagi scene diorang berdua. Lakonan Angira Dhar tak nampak kekok sebagai pelakon baru dan supporting cast are amazing! 

Since movie ni tentang middle class, dan berkisarkan tentang rumah, tak banyak shot dan sinematorafi yang boleh ditonjolkan macam genre rom-com yang lain tapi kreativiti Avinash Arun dengan camera movement dan beberapa teknik transition dan slo-mo banyak membantu movie middle class nampak menarik. Brownie points for Angira Dhar’s wardrobe team, all her outfit looks cute and lovely sesuai dengan karakter Karina. And the fact that the characters are repeating their clothes shows they know their craft and they did the homework.


Music album Love Per Square Foot agak average untuk rom-com movie bila tak ada satu lagu yang hits ataupun memorable as romantic track. Hasil kerja Sohail Sen tak lah teruk sangat tapi tak lah cemerlang sangat untuk masuk dalam carta.


Tapi kelemahan ni tak lah mencacatkan mood dan suasana kehidupan juga kisah cinta Sanju-Karina. If you’re looking for a movie to ‘Netflix and chill then this is the one. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10

20 comments

  1. kongsi bilik air ramai2 tu i can not handle... tak senang nak mandi klu org dok tggu kat luar mcm ni

    ReplyDelete
  2. Nanti nak tengok lah cerita ni. Nampak best. Hehehe. Kalau nak tengok cerita tak fikir banyak. Kita tengok yang ni. Weekend ni masuk list. Hehe

    ReplyDelete
  3. menarik jalan cerita die. macam best je..rasa nak tengok la nanti. dah lama tak layan movie hindu ni

    ReplyDelete
  4. menarik. pernah nampak kat netflix hari tu, tapi tak tekan play. sinopsis nantilah kita tengok ye

    ReplyDelete
  5. wah panjang betul review dia. Iena takde netflix hehe..jarang tengok movie kecuali kalau ada media invitation sebab sibuk kerja

    ReplyDelete
  6. Jalan cerita lain dari yang lain. Tak lah asyik cerita golongan kaya je kan. Baru terasa real life situation.

    ReplyDelete
  7. Pelakon dia byk x kenal. Tapi suka dengan jalan verita dia.. sweet2 macam tu hehe

    ReplyDelete
  8. Wah.. mcm best juga.. kena masuk dalam watchlist ni..

    ReplyDelete
  9. Another good movie by the Bollywood. Wanna watch Love Per Square Foot with my friends this weekend

    ReplyDelete
  10. Ika rasa haritu ada ternampak poster movie ni tapi watdunno sebab kalau dibelek belek mcm sekarang ni review kan. haha mula la nak tengok. apa pun thanks pana sbb share :)

    ReplyDelete
  11. Tajuk aje dah sweet, belum ceritanya lagi, mesti romantik ni..nak cuba nengok laaa..

    ReplyDelete
  12. Menarik tengok tajuk ceritanya. Boleh la tengok bila free nanti. Thanks for sharing this my friend.

    ReplyDelete
  13. Cerita kalau pasl anak tunggal na kawin dengan lelaki pilihan ye ni.. Hehee. Tgk pelkaon baru semua.. Ke nad dh lama tak tgk cerita bollywood

    ReplyDelete
  14. Kena tengok movie ni. Susah juga kalau tak ada rumah sendiri kan kalau adik beradik ramai macam tu. Memang tak selesa. Lagi satu, cerita ni lain daripada yang lain. Banyak lagu tak? Heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam 4 lagu tak silap tapi bergerak seiring dengan cerita

      Delete
  15. Dalam filem ni banyakkan pelakon baru yang kita langsung tak pernah kenal hurmmm ok lah menarik juga jalan ceritanya...

    ReplyDelete
  16. Baca review je dah rasa best. Ni yang nak kena tenfok juga ni

    ReplyDelete
  17. Wahhh rajin betul ye tngok movie and review. Cemburu dengan masa yg awak ada. Kita nie nak tengok movie kena curi2 waktu

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.