Production Company : Balaji Motion Pictures, PI Pictures
Genre : Romance / Drama
Running Time : 140 minutes
Release Date : 7 September 2018
Trailer :
"Long before we were born, long after we die, the story lives on."
Hikayat kisah cinta terlarang antara Laila dan Majnu yang berasal dari Parsi pada abad ke-9 ni dah dipopularkan dan diceritakan dalam pelbagai versi dan negara. Terbaru, Bollywood mengangkat kisah cinta Laila dan Majnu dengan menampilkan pasangan pelakon utama yang baru dengan latar belakang keindahan dan budaya Kashmir.
Kisah yang sama dengan nama watak yang sama seperti hikayat lama bilamana Laila (Tripti Dimri) menjadi kegilaan ramai pemuda di bandar tersebut. Walaupun keluarga Laila tengah bergelut dengan isu politik dan perebutan tanah, Laila macam tak terkesan langsung dengan masalah-masalah tu dan lebih memikirkan fantasi percintaan dia. Laila yakin satu hari putera hati dia akan datang.
Muncul Qais Bhat (Avinash Tiwary) yang jatuh cinta pada pandangan pertama terhadap Laila. Sayangnya Qais anak kepada musuh ayah Laila, Masood (Parmeet Sethi) walaupun hakikatnya semua tu salah faham yang timbul dan menjadi teruk akibat hasutan Ibban (Sumit Kaul) yang gilakan jawatan dan kuasa.
Puas Ambu (Sahiba Bali) nasihat supaya Laila tak jatuh cinta dengan Qais tapi Laila tetap dengan kedegilan dia. Sudahnya cinta Qais dan Laila tak bertahan lama dan Laila dikahwinkan dengan orang lain. Qais yang diberi nama jolokan Majnu yakni orang gila diolah mengikut zaman moden bila mengalami clinical depression akibat putus cinta dan bertambah teruk selepas kematian ayahnya. Laila pula hidup dalam kesedihan merindukan Qais dan jadi mangsa dera suami dia.
Qais yang bawa diri ke gunung yang diidamkan bersama Laila hidup dalam dunia fantasi kemudian berpakaian seperti pengemis untuk berjumpa dengan Laila. Dibaling batu oleh kanak-kanak dan diejek orang gila sama seperti hikayat lama.
'What do you think? We're doing this? Our story has been destined. And neither the world nor the people can change anything.' - Qais Bhat
Kalau tengok track record movie Imtiaz Ali, memang kebanyakan movie dia berlatarkan Kashmir kerana tempat tu bagi kesan yang mendalam dalam hidup dia. Movie Laila Majnu menggunakan kelebihan keindahan panorama dan budaya Kashmir melalui lensa Sayak Bhattacharya. Ditambah dengan barisan lagu yang diceritakan melalui liriknya dengan barisan barisan penyanyi latar yang semuanya hebat belaka – Arijit Singh, Atif Aslam, Mohit Chauhan, Shreya Ghoshal dan Sunidi Chahuhan.
First half lebih kepada meletakkan penceritaan Laila dan Qais sepertimana di dalam hikayat agung dari negara Arab. Ditambah pula dengan beberapa scene yang mengaitkan diri Qais sebagai binatang yang akan pulang ke habitat asalnya di dalam hutan. Imtiaz letak hint tersebut pada mimpi Laila yang bertemu beruang, perjumpaan secara senyap-senyap Laila dan Qais di dalam hutan, dialog amaran mak cik dia tentang Qais, dan cara penduduk di situ menangkap Qais menggunakan jaring.
Second half pula lebih kepada lelahnya dengan permainan emosi dari keluarga Laila. Stress dengan percaturan Masood bila dia gagal faham konflik perniagaan dia, konflik politik dan juga gagal faham kebahagiaan anak perempuan kesayangan. Menyampah bila dia tak sudah emotional blackmail Laila supaya turut kehendak dia. Sama juga dengan makcik Laila yang tipikal dan memaksa. Pergolakan dan konflik keluarga membuatkan dunia dalam hutan tampak lebih aman dan tenang. The amount of intensity tu buatkan rasa gembira bila tengok scene Qais hidup dalam dunia dia.
Lakonan Avinash sebagai Qais mantap dengan range of emotion yang dipaparkan sama ada sebagai kekasih, anak, kawan ataupun abang. Dia ada personaliti dan karisma yang tersendiri dan yakinkan kita untuk masuk ke dalam dunia dia. Dalam hikayat ada diceritakan tentang peringkat cinta bilamana kegilaan daan kematian merupakan salah satunya. Begitulah juga cinta Qais dan Laila. Cinta itu penawar dan juga penyakitnya.
'Bas ishq hua hai, koi marz nahi. (I am just in love, not sick.) - Qais/Majnu
Since I dah tengok Avinash dengan Tripti dalam movie Bulbbul and they did great there so lakonan mereka berdua dalam Laila Majnu pun tak kurang hebatnya. They share a great chemistry together.
Overall, Laila Majnu karya Imtiaz dan Sajid Ali memaparkan adaptasi hikayat lama yang penuh dengan rasa cinta dan drama dengan indah melalui cara mereka yang tersendiri.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.7/10
banyak masalah dunia nak kena fikir daripada nak fikir fantasi cinta..haha. bestlah diorang shoot kat kashmir, nampak cantik je view dia :) ♕Tiara Sapphire♕
Anak bujang kita suka citer Hindustan gini. Antara nya dia suka lokasi depa yang Cantik, pelakon pun lakonan mantap. Jalan cerita memang pusing-pusing tang tu... But enjoy laaa
Laila Majnu ni berasal dari negara Hindi kan pastu kat Malaysia pun ada juga cerita tajuk macam ni hehehe kisah cinta macam Taj Mahal. Peminat hindi suka lah tengok citer romantik-romantik macam ni hehehehe..
Dah lama tak tonton movi kisah cinta. Dan tak pernah ambil tahu pula kisah lagenda Laila Majnu sebelum ni. Anyway, post ni buatkan saya curious. Apa lagi.. Kena tonton la jawabnya.
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
this is fairy tales la kan
ReplyDeletebanyak masalah dunia nak kena fikir daripada nak fikir fantasi cinta..haha. bestlah diorang shoot kat kashmir, nampak cantik je view dia :) ♕Tiara Sapphire♕
ReplyDeleteAnak bujang kita suka citer Hindustan gini. Antara nya dia suka lokasi depa yang Cantik, pelakon pun lakonan mantap. Jalan cerita memang pusing-pusing tang tu... But enjoy laaa
ReplyDeleteNi cerita versi hindustan ke. Wah menarik ni. Kisah cerita agung mesti banyak scene romantic
ReplyDeleteLaila Majnu ni berasal dari negara Hindi kan pastu kat Malaysia pun ada juga cerita tajuk macam ni hehehe kisah cinta macam Taj Mahal. Peminat hindi suka lah tengok citer romantik-romantik macam ni hehehehe..
ReplyDeleteoh such a romantic love story haha. I like the scenery from the movie. looks so good
ReplyDeleteNak tengok laaa...sebab baru tau pengambarannya di Kashmir..mesti cantik-cantikkk shoot dalam filem ni...
ReplyDeletejalan cerita yang berat-berat ni kadang undang rasa mengantuk. Haha..tp kalau cerita hindustan dorang paparkan tempat yang menarik best juga layan.
ReplyDeleteDah lama tak layan citer bollywood, nanti sis nak check out lebih lanjut.
ReplyDeleteMenarik cerita Laila Majnu ni dan sure akan luangkan masa untuk habiskan filem ni.. Thanks for sharing this.
ReplyDeleteBaru tau ada filem Laila Majnu. Kalau dah bercinta, apa yg berlaku kat dunia pon dah tak kisah. Haha
ReplyDeleteWah bollywood buat cerita laila majnun.. Mesti best.. Kawsan kashmir cantik.. Lama sangat tak tgk cerota baru2 ni..
ReplyDeleteOhhh citer hindustan ke. Nanti nak tengok. Mesti best. Sebab filem sana lebih menjiwai watak tambahan bab cinta terhalang ni. Hehe
ReplyDeleteCerita fantasi pun boleh dibuat movie cuma kena pandai oleh ikut peredaran semasa kan. Cuma kalau salah olah akan fail lah keseluruh jln cerita.
ReplyDeleteBagi generasi baru elok juga tahu kisah yang dah lama diceritakan... memang sebuah kisah percintaan yg tak luput drk zaman...
ReplyDeleteDah lama tak tonton movi kisah cinta. Dan tak pernah ambil tahu pula kisah lagenda Laila Majnu sebelum ni. Anyway, post ni buatkan saya curious. Apa lagi.. Kena tonton la jawabnya.
ReplyDeleteMovie versi Malaysia pon tak pernah tengok huhu. Padehal selalu disebut2 kisah ni. Nampaknye kena jugakla tengok baru ada feel.
ReplyDeleteCerita begini kalau nak buat kena ada storyline yang cantik dan cinematography yang baik. Tak lupa bakat pelakon yang mantap pun memainkan peranan.
ReplyDeletelah ingat cerita melayu tadi.. menarik baca review movie ni. kena download cerita tengok sendiri baru boleh judge best ke tidak kan
ReplyDeleteLagi suka tgk cite melayu lama kita Laila and Majnun lg best tp cite hindustan jrg tgk
ReplyDeleteAda dua filem SRK bawah arahan Imtiaz Ali . Satu lagi baru Yana tengok Love Aaj Kal .
ReplyDelete