Movie Review : Laal Rang

Sunday, 6 September 2020


Director : Syed Ahmad Afzal
Writer : Syed Ahmad Afzal, Pankaj Matta
Cast : Randeep Hooda, Akshay Oberoi, Rajneesh Duggal, Pia Bajpai, Meenakshi Dixit, Shreya Narayan, Rajendra Sethi, Ashutosh Kaushik, Jaihind Kumar, Abhimanue Arun, Kumar Saurabh, Rehan Kidwai, Sanjay Dumroo, Kulvinder Baksshish, Pall Singh, Atul Chouthmal, Pushkar Anand
Production Company : Krian Media
Distributor : Krian Media
Genre : Crime / Drama
Running Time : 150 minutes
Release Date : 22 April 2016
Trailer :


Sebelum tengok movie Laal Rang ni tak pernah pula terdetik pasal blood illegal trade. Selalunya keluar news pasal organ trafficking je rupanya darah yang kita derma pun boleh buat duit. Pernah la baca tweet yang hospital kerajaan jual darah dekat hospital swasta but if it’s true pun still hospital kepada hospital so prosedur memang terjaga lah. Takkan ada kes penderma meninggal ataupun terjebak dengan bakteria atau virus HIV. 


Movie Laal Rang ni diinspirasikan oleh kisah benar di kawasan luar bandar India pada tahun 2002 bila sindiket penjualan darah ni tertangkap. I didn’t find the actual story tapi dalam satu interview, Randeep Hooda bagitahu yang cerita ni pengalaman sebenar penulis skrip masa dia belajar di kolej dulu.  So apa yang dia nampak, itu la yang dia ceritakan dalam movie Laal Rang. 

Rajesh Dhiman (Akshay Oberoi) berjumpa dengan Shankar Singh Malik (Randeep Hooda) di kolej dan makin rapat bila Rajesh pun join illegal trade ni. Bukan saja dapat duit yang banyak dan boleh beli Yamaha RX100 pada zaman tu, Shankar juga dihormati dan dianggap sebagai penyelamat dari kemiskinan. 

Bila penderma darah sesuai untuk menderma, Shankar akan bayar Rs200 untuk satu pint. Kemudian dia akan jual kepada klinik yang memerlukan darah. Peak season bila negara dilanda demam denggi dan demand untuk darah akan meningkat. Masa tu polis pun join sekali menderma dekat Shankar sebab dapat duit. Kalau derma dekat hospital kerajaan dapat jajan dengan air kotak je. 


Since Rajesh dengan Shankar adalah pelajar medik, mereka berdua akan take over data entry setiap darah yang diderma. Setiap tahun akan diadakan kempen menderma darah dan semua pelajar universiti wajib menderma. Shankar dan Rajesh akan curi beratus beg darah kemudian jual di luar kawasan supaya tak tertangkap dengan Inspektor Gajraj (Rajniesh Duggall).


Disebabkan sindiket haram ni adalah pengalaman dari penulis skrip dari perspektif orang luar yang memerhati, jalan cerita Laal Rang ni tak fokus sangat dengan modus operandi sindiket ni dan operasi yang ditunjukkan dalam movie ni more to general trading. 


Mungkin juga sebab tak ada sumber rujukan, so team production lebih beratkan kepada bromance antara Rajesh dengan Shankar dan juga kisah cinta Rajesh dan Poonam (Pia Bajpai) ataupun cinta melodrama Shankar dan Raashi (Meenakshi Dixit). Boleh je kalau director kembangkan siasatan Insp Gajraj bila ada penderma yang dah mula meninggal. Ending pun kalau dibikin dark atau open ending lagi menarik. 


Lakonan Randeep Hooda tak mengecewakan bila dia adalah jiwa dalam movie Laal Rang walaupun screentime dia tak sebanyak Akshay Oberoi. Dari seorang yang nampak hebat di mata masyarakat sampai kita dapat kenal sisi lemah dia padahal tak perlu tahu pun sebab movie ni genre crime drama tapi dah jadi friendship drama dah. Anyway barisan debutante semuanya menyerlah dengan lakonan masing-masing. 


Visual and music score quite okayish since movie ni budget rendah. Tak perlu beria allocate budget untuk 7 lagu pun tak apa sebab tak membantu naikkan mood pun. Movie Laal Rang ada kekuatan tema dan subjek dengan barisan pelakon yang hebat tapi sayangnya dibazirkan peluang keemasan tu dan tersasar. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 4.7/10

6 comments

  1. Kalau berdasarkan kisah benar, mesti cerita ni menarik

    ReplyDelete
  2. omg ! this is based on true story ? gila la... jual darah mcm ni.. scarynya..tak pernah tau this kind of things wujud

    ReplyDelete
  3. Darah pun boleh buat niaga ek..fuh

    ReplyDelete
  4. aduu darah pun boleh jual ye

    ReplyDelete
  5. Sedap tul tgok citer india skrg sbb suasana yg dipaparkan mcm real life, kan?

    ReplyDelete
  6. Ingatkan orang jual beli organ dalaman je, rupanya darah pun orang jual beli.. dasyat..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.