‘In real life, how can two negatives become a positive?’
Rohan Bhatnagar (Hrithik Roshan ) dan Supriya Sharma (Yami Gautam) dua-duanya buta kekal. Berkenalan melalui Mrs Mukherjee juga Zafar (Suresh Menon) dan jatuh cinta kemudian berkahwin. Malang menimpa pasangan romantik ni bila Amit Shellar (Rohit Roy) dan Wasim (Sahidur Rahman) selalu mengganggu Supriya kerana kecantikan dia.
Lebih parah bila Supriya dirogol secara bergilir di rumah dia sendiri semasa Rohan keluar bekerja. Bila Rohan failkan FIR kepada polis mengikut saranan Inspector Amol Chaube (Narendra Jha), orang upahan Madhavrao Shellar (Ronit Roy) mengurung Rohan dan Supriya di warehouse lama sehingga 24 jam dan campak dalam laut supaya bukti forensik terhapus. Sakit hati jugak dengan perangai polis ni sebab boleh je ambil sample semen dekat cadar dan selimut Supriya. Dekat tape pun boleh dapat kesan cap jari.
Geram dengan kelemahan diri yang gagal menjaga Supriya, Rohan berdiam diri sehingga keesokan hari. Bila balik dari kerja Supriya dijumpai tergantung di kipas bilik. Madhavrao Shellar berjumpa dengan Rohan untuk ucap takziah dan dalam masa yang sama bagi amaran supaya Rohan diamkan perkara ni daripada pihak media atau polis sebab pilihanraya dah dekat.
Sakit hati dengan sikap puppet pihak polis yang berpihak kepada politician, Rohan ambil keputusan untuk balas dendam terhadap kematian isteri dia.
Mengambil inspirasi plot dari movie Hollywood - Blind Fury (1989) dan juga movie Korea – Broken (2014), Sanjay Gupta menghasilkan skrip yang diadun dengan template movie Bollywood yang lebih menarik. Walaupun plot agak predictable tapi strategi berbeza ikut keupayaan dan limitasi watak. Bila ada villain macam adik-beradik Roy ni lagi la rasa gerun.
Lakonan Hrithik dengan Yami sebagai pasangan buta pun meyakinkan dengan beberapa scene yang menonjolkan range of emotion mereka berdua. Walaupun Hrithik dah pernah melakonkan watak kurang upaya dalam movie Koi Mil Gaya (2003) dan Guzaarish (2010) tapi watak buta ada cabaran tersendiri bila dia kena control penggunaan mata bila berdepan dengan sesuatu. Nak shoot lagu Mon Amour ambil masa jugak lah sebab dalam movie tu Hrithik dengan Yami kena menari. But I do wish writer expand lagi watak Supriya. Sakit hati juga bila jiran-jiran dekat kawasan tu macam tak ambil peduli.
Visual hasil kerja Sudeep Chatterjee dan Ayananka Bose dengan beberapa shot yang menarik dan bermain dengan camera untuk menggambarkan keadaan especially in second half bila Rohan balas dendam dalam keadaan gelap. Ada juga la kelemahan certain scenes bila shooting location nampak fake dan set up yang dibina untuk movie Kaabil.
Brownie points untuk soundtrack album Kaabil dari Rajesh Roshan dengan beri nafas baru kepada lagu klasik Saara Zamana dari movie Yaarana (1981). Title track Kaabil lah paling berhantu sebab lirik dia menyentuh hati bila Rohan tanya samada cinta dia layak untuk Supriya atau tak. Even ballad rendition gave melodrama feels. Dengan suara Jubin ditambah pula lakonan Hrithik masa tu memang menangis lah cerita dia.
Since I tak layan sangat movie Bollywood tahun 70-an ataupun 80-an so plot revenge thriller dari Sanjay Gupta ni kelihatan baru walaupun penonton movie Bollywood rasa tak ada apa yang baru. For me, movie Kaabil ni dah cukup rencah for a light entertainment. Most important for me, lakonan Hrithik mantap kalau nak dibandingkan dengan karya thriller yang lain.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 7/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Best jugak layan Hritik jadi buta ni. Hee
ReplyDeletegeram tgkkkkk bila polis berpihak pada politic! sigh
ReplyDeleteama suka genre thriller
ReplyDelete