Production Company : Dharma Productions, Lionsgate Films, Endemol India
Distributor : Fox Star Studios, Lionsgate UK
Genre : Sports / Drama
Running Time : 155 minutes
Release Date : 14 August 2015
Trailer :
‘If the brain does not coordinate with the hand then it’s all will be over. Strategy, reflex, co-ordination is one needs all that in this MMA game. You got to think on your feet or you’re dead.’
Sports chairman Peter Braganza (Kiran Kumar) mencari street fighter terbaik untuk dibawa ke gelanggang international dan diadakan secara rasmi di India – Ready 2 Fight (R2F). Cut the story short, adik-beradik tiri, David Fernandes (Akshay Kumar) dan Monty Fernandes (Sid Malhotra) terpilih untuk mewakili negara India.
Sementara media tengah mempersoalkan legal issues membawa street fighter ke gelanggang rasmi dan dijadikan tontonan umum, para peserta MMA international bersedia untuk bawa pulang 90 juta wang tunai, Monty pula tunggu peluang untuk bertarung dengan abang dia kerana dendam lama selepas kematian ibu mereka (Shefali Shah). David pula terpaksa menang dengan apa cara sekalipun untuk dapatkan dana perubatan kepada Poopoo (Naisha Khanna).
Lakonan Jackie Shroff sebagai Gary, bekas penjenayah dan ayah kepada David dan Monty is basically the best for emotional quotient. Scene flashback bila dia balik ke rumah lama dan terkenang balik perbuatan Maria dengan scene dia dapat peluang berjumpa dengan cucu dia selepas berbelas tahun dalam penjara tu bikin sebak.
Watak David memang sesuai dengan karisma Akshay Kumar. Chemistry dia dengan Jacqueline Fernandez cantik. Sementara Sid Malhotra immerse dalam watak Monty yang kecewa dengan nasib malang dia. Scene Monty tenangkan Gary, scene Monty dan Gary di bilik rehat dan scene dia bergelut untuk keluar dari trap David sambil flashback zaman kecil mereka bersilih ganti antara subtle moment yet intense dari Sid. Dia tak overacting, he just put his innocent side onscreen.
Brownie points to Hemant Chaturvedi sebab bermain dengan lighting tone bila dia letak warna merah dalam scene dalam fighting ring untuk menggambarkan rasa marah, berang dan fighting spirit. Sama juga dengan scene di mana Maria tenangkan Monty bila dia terpinga mencari ibu dia and for that, Hemant gunakan warna biru yang memberi simbol ketenangan. Tapi bukan untuk semua scene lah, just enough for these two scenes sebagai highlight utama.
Music soundtrack Brothers hasil karya duo Ajay-Atul maybe average sebab first half agak slow dengan lagu-lagu seperti Gaaye Ja dan Sapna Jahan tapi catch up balik dengan item song Mera Naam Mary Hai dan lagu Brothers Anthem menaikkan semangat bukan sahaja untuk watak utama tapi kepada penceritaan juga. Vishal Dadlani works his magic!
Dalam video tu boleh nampak perbezaan training antara David dan Monty bila David train dalam sport centre yang lengkap dengan kemudahan bagus sementara Monty cuma guna metal scrap which is creative. Semua MMA stunt dalam movie Brothers adalah hasil koreografi Eric Brown dan Justin Yu dari Los Angeles. Kudos to Akshay Kumar and Sid Malhotra sebab MMA stunt dalam movie Brothers lebih hebat dari movie Warriors. Tapi ada part yang sengaja diulang walhal tak perlu pun sebab boleh tambah dengan teknik atau stunt lain.
Walaupun first half movie Brothers agak perlahan tapi Karan Malhotra bagi masa untuk kenal dengan watak-watak dia supaya drama lebih terkesan dekat second half nanti dan juga masa ending scene. For a family and sports drama, baik pelakon utama mahupun sampingan, masing-masing deliver yang terbaik. Movie Brothers deserves a sequel or maybe a franchise!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 9/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
so good .
ReplyDeletepelakon dia legend!!
ReplyDeletennti boleh try cari kot2 ada kat netflix
ReplyDeleteJackie Shroff..antara pelakon yg ammi suka lakonannya.
ReplyDelete