Movie Review : Andaaz

Saturday, 5 September 2020


Director : Raj Kanwar
Writer : Robin Bhatt, Shyam Goel, Jainendra Jain
Cast : Akshay Kumar, Lara Dutta, Priyanka Chopra, Aman Varma, Johny Lever
Production Company : Shree Krishna International
Distributor : 
Genre : Romantic / Drama
Running Time : 149 minutes
Release Date : 23 May 2003
Trailer :



Dari sekolah menengah lagi selalu layan track Kisise Tum Pyar Karo tapi tak pernah dapat tengok full movie. Movie yang bertemakan kisah cinta tiga segi ni merupakan movie ke-9 tertinggi jumlah kutipan tahun 2003. 


Uniknya movie ni bila menjadi platform untuk Miss Universe Lara Dutta dan Miss World Priyanka Chopra debut di Bollywood. Since budget team production agak terhad, kehadiran dua orang ratu cantik membantu sangat untuk promote movie Andaaz. Tambah pula bila shooting ditunda lama sebab Akshay Kumar terpaksa balik ke India untuk sambut kelahiran anak pertama dia, Aarav. 

So back to this movie, mengisahkan tentang persahabatan Kajal (Lara Dutta) dengan Raj (Akshay Kumar) sejak kecil lagi. Raj awalnya tempang dan terpaksa guna steel brace bila berjalan dan sebab tu tak ada yang nak berkawan dengan dia. Kajal pula awalnya berkawan dengan Raj sebab dia suka kapal terbang mainan Raj. Kajal punca Raj kuat semangat untuk berjalan balik. Bila besar Raj dengan Kajal makin rapat dan spend time bersama. 


Sementara Raj jatuh cinta dengan Kajal, dan cuba sehabis baik untuk train menjadi pilot di India Air Force.  Kajal pula cuma anggap Raj kawan baik dia dan jatuh cinta dengan Karan Singhania (Aman Varma) sebab dia ada banyak private jet dekat hangar (dibaca jutawan kaya). Lepas setahun setengah training, Raj balik dan nak propose Kajal tapi dia pula dapat kejutan yang Kajal nak berkahwin dengan Karan. 


Sebab terlampau kecewa, Raj sibukkan diri dengan training di South Africa dan kebetulan terjumpa Jiya (Priyanka Chopra) di kelab malam. Jatuh cinta dengan peribadi dan kekacakan Raj, Jiya tekad untuk kejar cinta dia tapi hati Raj dah tertutup sejak Kajal berkahwin dengan Karan. 

Since movie ni released tahun 2003 so boleh nampak ada la beberapa flaws dalam jalan cerita dia especially scene Raj buat sommersault plane dekat kantin kolej bila Kajal request. Hmmmm k


Tak faham juga kenapa Kajal puji Jiya dah matang bila Jiya buat kecoh masa hari pertunangan dia sedangkan Kajal tak matang pun. I mean, siapa yang tak faham bahasa paksa suami terbang heli waktu cuaca tak elok? Siapa je yang suka naik plane lepastu berlanggar dengan awan gelap? Dia punya bergegar boleh buat kita baca ayat Kursi kot.


For visual quite nice lah dengan sinematografi cantik cumanya VFX masih lagi di tahap amatur. Music album buah tangan gandingan  Nadeem–Shravan adalah album kedua tertinggi pada tahun 2003. Semua lagu dia best dengan koreografi kelakar dari  Raju Khan dan Baba Yadav.


Bila tengok movie ni teringat zaman pakai jeans bunga-bunga dengan batu manik. Bukan setakat outfit heroin je cantik, outfit dengan wardrobe hero pun stylish and trendy. MUA dengan hairstylist memang tak menang tangan zaman tu sebab dalam satu lagu ada la dalam 2 atau 3 kali hairstyle bertukar. Which is great and fascinating to watch. 




Walaupun I suka perjalanan kisah cinta Raj, Kajal dan Jiya tapi tak suka dengan ending dan juga lawak hambar GI Joe (Johny Lever), tukang masak keluarga Kajal. Walaupun ni movie debut Lara Dutta dengan Priyanka Chopra but both of them did amazing! Tak nampak macam pelakon baru pun. Dua-dua pulak tu ada great chemistry dengan Akshay! No wonder lah movie ni blockbuster zaman tu. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.9/10

2 comments

  1. Tak berapa minat akshay tapi layan je filem dia.. yang ini rasanya macam tak pernah tengok.. zaman ini memang minat layan hindustan.. hehehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.