Cast : Akshay Kumar, Ayesha Takia Azmi, Sharmila Tagore, Javed Jaffrey, Girish Karnad, Anant Mahadevan, Benjamin Gilani, Rushad Rana, Pia Shah
Production Company : SIC Productions, Mirah Entertainment
Distributor : Percept Picture Company, Sahara One
Genre : Mystery / Thriller / Action
Running Time : 122 minutes
Release Date : 3 April 2009
Trailer :
Dah lama cari movie ni sebab sinopsis menarik bila Jai (Akshay Kumar), forest ranger ada kelebihan istimewa untuk melihat masa silam selama 1 minit dari gambar yang diambil pada masa kejadian. Awal movie lagi director dah tunjuk kelebihan Jai bila dia bantu dua orang di kawasan tersebut. Macam mana dia boleh dapat kuasa tu dan bila dia tahu dia ada kuasa tu tak pula diberitahu.
Bila Jai selesai membantu je, girlfriend dia, Sheila (Ayesha Takia Azmi) dah ajak dia pergi ke jetty sebab ayah dia (Benjamin Gilani) terjatuh ke dalam laut masa diorang berempat celebrate hari terakhir sebelum wasiat baru ditandatangan. Agak pelik lah kenapa nak celebrate something yang private macam tu. Nak pula wasiat orang kaya dan ramai musuh macam Jatin ni.
Sebelum Jatin dibawa masuk ke dalam ambulans, dia sempat bagitahu Jai yang dia nampak something dekat dalam bot. Tapi belum sempat dia habiskan ayat, dia dah pun meninggal dunia. Roh dia pula minta bantuan Jai melalui mimpi. Lepas habis upacara funeral, Jai didatangi seorang detektif Happi a.k.a Habeebullah Pasha (Javed Jaffrey) yang OCD dan claim Jatin sebenarnya dibunuh dan bukan sakit jantung.
Jai anggap teori Happi merepek sebab yang ada dekat atas bot tu semuanya kawan-kawan ayah dia. Lagi dia sakit hati bila Happi tuduh mak dia (Shamila Tagore) yang bunuh sebab semua harta dipindahkan kepada Savitri. Jalan paling mudah untuk misteri ni ialah guna kuasa dia melalui gambar terakhir ayah dia. Kelebihan pada Jai masa tu sebab gambar tersebut ada kesemua saksi so dia boleh tengok apa jadi dari mata-mata saksi.
Jai nampak pak cik Sunder (Anant Mahadevan) masukkan pil dalam gelas wain ayah dia sama seperti apa yang Happi bagitahu dia sebelum ni. Dan ayah dia bukannya terjatuh sebab cuai tapi sebab besi di bahagian depan dah dipatahkan supaya Jatin lost balance. Dengan pil tu tak mungkin Jatin boleh selamat sebab badan dia dah lemah. Persoalannya siapa yang bunuh ayah dia dan kenapa?
Plot 8x10 Tasveer ni mungkin tak lah sebagus genre mystery tapi keunikan pada jalan cerita buatkan movie ni masih okay untuk layan di zaman sekarang. Cuma sayangnya genre thriller tak strong sangat dan scene Jai masuk ke dalam gambar tu melengahkan dan buang masa. Happi pun tak membantu bila dia cuma datang dan bergantung sepenuhnya dengan kuasa Jai sedangkan mereka berdua perlukan bukti kukuh untuk tukar kes sakit jantung kepada homicide.
Brownie points for Nagesh Kukunoor sebab tampilkan watak yang berbeza – polis detektif yang menghidap OCD. Walaupun watak Happi tak digarap dengan baik tapi kelainan yang dibawa dan ketengahkan isu psikologi wayyy ahead of its time. Plot twist pun unpredictable langsung sebab director dah bagi hint untuk watak lain tapi rupanya surprise surprise!
Since movie ni shot dekat Canada, boleh la cuci mata dengan scenery cantik dari lensa Vikas Shivraman dan some technique yang membantu menghidupkan certain scene. Music album dia okayish lah tapi lagu bergerak seiring dengan cerita so tak membazir screentime lah.
All in all I’m glad I finally watch this movie sebab reach my expectation walaupun movie ni flop dan terima kutukan berbakul masa released tapi berbaloi je tengok dengan lakonan mantap Akshay Kumar. A superstar for a reason.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.5/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
LeYa pun peminat filem mystery/thriller.
ReplyDeleteTotally unique stuff is here really amazing!!!
ReplyDeletecheck these guys out
akshay ni mmg pandai pilih skrip kan... tapi his acting i tak berapa suka... last i tgk cita dia, cita toilet.. best gilaaaaa u tgk dah?
ReplyDeletehahaha kenapa tak suka? Ha'ah dah tengok dah, not bad la movi etu cuma romance dia kureng sebab takde chemistry
DeleteWow.. cerita yang menarik untuk tahun 2009.. Boleh lihat masa lalu.. Nice..
ReplyDelete