Lirik Lagu Penat - Andi Bernadee

Saturday, 26 September 2020

Wow Andi did it again! 

Kalau sebelum ni Andi selesa dengan fast track reggaeton, kali ni Andi kembali dengan single soul ballad yang dikarang liriknya oleh Nuriman. Konsep dan penceritaan lagu Penat ni lebih kepada perjalanan Andi dalam industri musik. Walaupun dia kena reject dalam singing talent show, tersingkir awal dalam Big Stage tapi dia takkan pernah penat.


Komposer Erfy pun banyak kali kena reject untuk demo ni sebab ramai kata Andi tak sesuai tapi bila Andi yakin dengan lagu dan team dia yakin, so diorang siapkan MV dan release untuk jadi OST drama Ryan Aralyn.

Music Video Penat mantap dengan vfx dan transition hebat. Editing team delivered their best! Idk macam mana nak bagi credit melalui usaha diorang but all I can say their work is tremendously amazing! #SupportLokal! 


Overall dengar sekali tak cukup sebab lirik dia memang relatable sangat dengan usaha dalam hidup kita dalam mengejar cinta dan impian. Music arrangement is great. Gabungan piano dan gitar untuk menggambarkan suasana hiba tu menjadi. Emotion is perfect. Cuma vocal delivery for some words tak berapa bagus but just minor glitch. Congrats Andi and his team! 

LIRIK LAGU PENAT

Penyanyi : Andi Bernadee
Komposer : Nuriman, Andi Bernadee, Efry Arwis
Lirik : Nuriman
Studio : Warner Music Malaysia


Ku hanya mampu memberi 
Secebis dari semua
Ku takut akan janji
Yang diberi atau terima
Aku tahu tiada pelangi 
Di langit yang gelap
Tapi aku masih mencari bintang

Walaupun aku masih lagi meragui
Usah risau engkau aku percayai

[chorus]
Takkan pernah, takkan penat
Ku masih mengejar bayangmu
Hingga ke penamat
Ku takkan pernah, 
ku takkan penat
Ku masih bertahan 
Walau diri semakin berat
Hanya untukmu.

Aku tak mahu kau bersedih
Janjiku usahakan lebih
Istana ku bina untukmu 
Untuk kita bersama

Di sinilah tempat dimana kau rehat
Jikalau kau terluka akulah obat
Ukiran tersenyum melihat kau
Walaupun aku masih lagi meragui
Usah risau engkau aku percayai

[chorus]
Takkan pernah, takkan penat
Ku masih mengejar bayangmu 
hingga ke penamat

Ku takkan pernah, 
ku takkan penat
Ku masih bertahan 
Walau diri semakin berat
Hanya untukmu. oh
Hanya untukmu. oh oh
Oh oh oh oh oh oh


5 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.