Finally Met Zubayr!!

Tuesday, 8 September 2020



Tahun lepas terdetik nak call Kinah tapi tak angkat. Bila dia whatsapp katanya dah dekat hospital nak bersalin dah. 

Terkejut jugak lah masa tu sebab cuak jugak kalau nak bersalin ni. Doa untuk dia je supaya dipermudahkan urusan bersalin semua. 

Esoknya keluar la si comel ni haaaa.... Ahmad Zubayr 

Disebabkan I tak suka jumpa newborn baby sampai cecah umur 6 bulan, so cadangnya nak tunggu lah tapi hambek kau kena PKP pulak. First time jumpa guna video call je. Mudah sangat ye nak buat Zubayr ketawa. 


Tapi sekejap je lah dapat video call sebab dia nak menyusu pulakkkk...

Lepas dah habis PKP, bulan lepas baru ada rezeki nak jumpa dia. Belum masuk rumah lagi dah dengar suara Zubayr. Dah la mudah senyum macam parents dia jugak. Murah dengan senyuman. Mudah pulak tu nak berkawan dengan orang. 

Masa pergi ni Zubayr dah pandai pusingkan badan dah. Tak lama lagi dah boleh merangkak lepastu dapat kaki dah. Tak menang tangan la parents dia lepas ni. Baru pandai bergolek pun dah ada episod jatuh katil dah. 


Susah ye nak bergambar dengan Zubayr ni sebab dia aktif sangat. Nampak tak gambar tangan dia blur sebab dia nak ajak main. Kitorang nak kena menyanyi supaya dia pandang kamera itupun tak pandang haha

Hopefully lepas ni ada rezeki kita jumpa lagi Zubayr. Semoga membesar dengan sihat, kuat dan cerdas. Jadi anak yang soleh dan sumber senyuman untuk parents! See you when I see you Zubayr *hugs*

2 comments

  1. Comelnya Zubayr.. hehehe..
    Kalau aktif macam nie memang kena tengok selalu..

    ReplyDelete
  2. Comeynyaa diaa..senyummm ja..
    welcome to the world baby !!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.