Drama Review : A Suitable Boy

Sunday, 6 September 2020


Director : Mira Nair
Writer : Andrew Davies
Cast :  Tabu, Ishaan Khatter, Tanya Maniktala, Rasika Dugal, Ram Kapoor, Danesh Razvi, Mahira Kakkar, Namit Das, Mikhail Sen, Shubham Saraf, Shahana Goswami, Randeep Hooda, Joyeeta Dutta, Sharvari Deshpande, Vijay Varma, Ranvir Shorey, Vinay Pathak
Genre : Romance / Drama
Running Episodes : 6 episodes
Release Date : 26 July – 24 August 2020
Production Company : Lookout Point
Distributor : BBC Studios, Viniyard Films, Netflix
Trailer : 


Berlatarbelakangkan tahun 1951, kisah keluarga Menteri Kewangan India, Mahesh Kapoor (Ram Kapoor) menyingkap drama keluarga dalam mencari pasangan untuk anak-anak yang meningkat dewasa. Kisah bermula dengan perkahwinan anak sulung, Pran Kapoor (Gagan Dev Riar) dengan Savita Mehra Kapoor (Rasika Dugal).

Mahesh dah carikan pengantin dari Benaras untuk anak bongsu dia Maan (Ishan Khatter) tapi sayangnya anak bongsu dia belum ada kerjaya dan gemar habiskan masa dengan main cinta bersama Begum Saeeda (Tabu) yang jauh lebih tua dari usia Mann.


Actually kisah A Suitable Boy ni lebih berkisar tentang pilihan Lata Mehra (Tanya Maniktala) antara cinta pandang pertama dengan Kabir Durrani (Danesh Razvi), penulis puisi calon kakak dan abang ipar dia, Amit Chatterji (Mikhail Sen) ataupun pilihan ibu dia, Rupa Mehra (Mahira Kakkar) seorang pembuat kasut di Lucknow – Haresh (Namit Das). 

“Last term, I was living in the university hall. And everything felt modern, and free, and we were 20th-century young women. Now I'm living with my sister, her husband, and my mother too.” – Lata Mehra

Awalnya Lata cukup yakin dengan cinta Kabir tapi bila Kabir tak nak lari dengan dia dan mula berubah kepada seorang yang passionate dan terlampau kejar cita-cita dia, Lata mula berbelah bahagi. Dia mula buka ruang hati dia untuk Amit sebab mereka berdua kongsi minat yang sama tapi bak kata Rupa, Amit hanya buang masa dengan menulis puisi tak seperti Haresh yang mulakan kerjaya dia dari bawah dan faham apa erti usaha dan kerja keras.


Konflik percintaan Lata bergerak seiring dengan permasalahan negara bila India baru sahaja berpisah dengan Pakistan dan konflik agama masih lagi menebal. Beberapa sceneketegangan antara dua agama ditonjolkan bila Maan dan Firoz (Shubham Saraf) berkawan baik. Salah satu faktor yang mempengaruhi keputusan Lata terhadap Kabir juga.


Web series A Suitable Boy diadaptasikan dari novel dengan tajuk yang sama karya Vikram Seth dan diterbitkan pada tahun 1993. Well I don’t know if the series has done justice or not but I truly enjoy 6 episodes project of Mira Nair and Andrew Davies. Kecewa bila semua watak converse dalam English sebab under project BBC so tak dapat nak tengok perbezaan slang setiap daerah seperti Kolkata, Riadhpur, Brahmpur atau Lucknow. Bertambah kecewa bila perayaan Holi tak ada lagu macam movie series Bollywood yang lain. Ada la beberapa scene Begum Saeeda nyanyi itupun pendek je.


Sembang pasal tahun 1950, of course kita dapat tengok campuran budaya kaum India, Muslim dan juga British. Bukan setakat dari pakaian dan hair style juga makeup tapi seni binaan dengan seni ukiran halus dan juga props yang lain menghidupkan suasana pada zaman tersebut. Kudos to Hemant Wagh as art director and Shaira Kapoor for costumes.


A Suitable Boy jadi tumpuan di Bollywood sebab Ishaan Khatter bercinta dengan Tabu dalam series ni which unusual pairing macam Saif-Dimple dalam Dil Chahta Hai (2000). Sayangnya kisah cinta mereka berdua bukan lah kisah utama macam dipromosikan dari awal lagi. Even poster yang keluar pun guna watak mereka berdua.


Such a pleasant to watch this series walaupun dimodenkan dan mengikut citarasa British tapi happy for cast and team for doing their best. Kudos to Ishaan for another global attention after Beyond The Clouds. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9.2/10

2 comments

  1. how perayaan holi diorg dlm cita ni?

    ReplyDelete
  2. Poster dengan jalan ceritanya mislead ye.. hehehe.. ingatkan yang dekat poster tu lah watak utamanya..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.