Drama Review : Flower Of Evil

Friday, 25 September 2020


Director : Kim Cheol-Kyu
Writer : Yoo Jung-hee
Cast :  Lee Joon-gi, Moon Chae-won, Jang Hee-jin, Seo Hyun-woo, Son Jong-hak, Nam Gi-ae, Jung Seo-yeon, Lim Na-young, Park Hyun-joon, Cha Sung-je, Jo Kyung-sook, Choi Dae-hoon, Choi Young-joon, Kim Jin-woo, Lim Chul-hyung, Hong Seo-joon
Genre : Crime / Thriller / Romantic / Drama
Running Episodes : 16 episodes
Release Date : 29 July  – September 23, 2020
Production Company : Monster Union, Studio Dragon
Distributor : tvN
Trailer :


Baek Hee-sung (Lee Joon-gi) atau nama sebenarnya Do Hyun Su (Park Hyun-joon) sembunyikan kisah silam dia sebagai anak pembunuh bersiri, Do Min-seok (Choi Byung-mo) bila penduduk kampung tuduh dia berkomplot dengan ayah dia untuk membunuh orang kampung selepas pisau penuh darah dijumpai dalam beg sekolah. 

Selepas melarikan diri dan terlibat dalam satu kemalangan, Dr. Baek Man-woo (Son Jong-hak) dan isteri dia, Gong Mi-ja (Nam Gi-ae) bagi identiti baru kepada Do Hyun Su sebagai anak lelaki tunggal mereka berdua. Hee-sung kemudiannya bekerja sebagai metal craftsman dan buka workshop sendiri then berkahwin dengan Cha Ji-won (Moon Chae-won), seorang detektif polis. 


Mi-ja tak pernah mesra dengan Ji-won sebab dia takut rahsia Hee-sung akan terbongkar. Tak ke gila criminal berkahwin dengan detektif polis? Tapi Hee-sung rasa dia paling selamat bila ada Ji-won dan paranoia dia hilang sejak dia bercinta dengan Ji-won. Cinta? Lebih kepada berpura jatuh cinta sebab Hee-sung ada masalah psikologi bila dia tak ada perasaan terhadap sesuatu sejak kecil lagi (Cha Sung-je). 

Satu hari Cha Ji-won terjumpa wartawan Kim Moo-jin (Seo Hyun-woo) semasa menyiasat kes penderaan. Dari situ dia tahu tentang kes pembunuhan bersiri di kampung Moo-jin. Sampai sekarang pembunuh Do Hyun-su tak dijumpai. Tak lama kemudian muncul pula kes pembunuhan dengan modus operandi yang sama dan Ji-won syak pembunuh bersiri tu dah muncul kembali.


Walaupun director Kim Cheol-Kyu dan penulis Yoo Jung-hee sengaja mendera dan mengusik penonton dengan parallel yang dan hint yang sama antara pembunuh dengan Hee-sung/Hyun-su, tapi dah boleh agak lah hero bukan pembunuh sebenar. Dah nama pun hero. Tapi syok la jugak nak layan sebelum team production pembunuh yang sebenar itupun jenuh jugak nak teka.


Since I ubah speed video sampai 2x, maka tak lah terasa seksa nak tunggu satu episod habis since genre dia melodrama. Ada scene yang memang terserlah sangat melodrama tu macam scene Cha Ji-won selamatkan Hee-sung dalam kolam tu. Beria lah dia berenang dari hujung kolam sampai hujung sana padahal boleh je dia berlari sampai hujung lepastu masuk dalam kolam. Dah buang masa dah dekat situ lepastu gigih nak sedarkan suami dia dalam air. Ambil la pisau dulu, putuskan tali tu baru la sedarkan dia. Lagi satu scene bila Ji-won dengar conversation Hee-sung dengan Hae-su (Jang Hee-jin) dekat pool lama. 


Geram jugak kenapa Ji-won tak boleh nak cari tahu macam mana suami dia dituduh sebagai pembunuh untuk pembunuhan terbaru sedangkan dia dah rasa ada benda yang tak kena dekat rumah tu? Dia pun tahu suami dia pergi tolong kutip barang tup tup esoknya jadi suspek pembunuh dah. Dia tak sudah-sudah dok syak suami dia pembunuh. Memang la Hee-sung kecewa dengan dia. I pun kecewa sebab detektif yang ada dekat tempat kejadian tak alert. Tak ada yang siasat crime place pulak tu. Hmmmm

Tapi jangan assume drama ni tak best sebab beberapa scene dekat atas, it just minor glitch lah from my part. Dari awal sampai habis memang syok layan sebab drama ni habis dalam masa 2 hari je lepas tu tunggu 4 hari untuk episod akhir dan ending dia terbaik. Spoiler alert, mungkin akan menangis tapi yang pentingnya akan terharu sangat dengan Eun-ha (Jung Seo-yeon). Eiii geram!


Chemistry Lee Joon-gi dengan Moon Chae-won perfect for a romantic drama. Rasanya lepas ni fans akan request lagi pairing ni untuk berlakon dalam drama sebab rating drama ni tinggi and mostly positive reviews je. So tak mustahil la kan? I didn’t watch much Kdrama so it is hard for me to say this is the best Kdrama of year 2020 tapi one thing I can assure you, lakonan, visual, music album, skrip semuanya diadun cukup rasa. Kudos for team production Flower Of Evil! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10

7 comments

  1. macam ala2 cita mr and mrs smith plakkk

    ReplyDelete
  2. mula-mula akak tak layan jugak yang awal akak ingat tak best... pastu baca ada blogger tulis pasal drama ini, yang katanya dah nampak dari awal siapa pembunh, masa awal2 tu akak terpikir gk adakah hero pembunuh tp bila dah layan drama ni banyak episod makin rasa dia tak salah... tp dia terpaksa berlakon jadi pesalah...

    ReplyDelete
  3. ceritani haritu trending dekat twitterr! terus tak sabar nak tengokk

    ReplyDelete
  4. Ending ok x? Haha. Sis masih trauma dengan ending world of the married

    ReplyDelete
  5. Tak sabar nak tengok. Baru habis download. Saja tunggu dah habis semua episode. Kalau tengok on going takut sakit hati kalau ending tak best. Tapi ramai cakap best so terus download 😂

    ReplyDelete
  6. Tak sabar nak tengok. Baru habis download. Saja tunggu dah habis semua episode. Kalau tengok on going takut sakit hati kalau ending tak best. Tapi ramai cakap best so terus download 😂

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.