TV Show : Boss In The Mirror

Sunday, 9 August 2020



Dah lama dah tengok Korean variety show, Boss In The Mirror ni sebab show ni best tapi tak ramai yang tahu pasal variety show ni well at least dekat Malaysia lah. 

Show ni jemput 3 orang boss dari mana-mana industri pekerjaan dan paparkan kehidupan seharian mereka di pejabat bersama pekerja-pekerja. Dihoskan oleh 2 orang juri tetap - Jun Hyun-moo dan Kim Sook bersama seorang juri jemputan. Kadang juri jemputan tu MC dari rancangan lain ataupun selebriti yang ada company sendiri. 


Tugas 3 orang juri ni untuk menilai sama ada perbuatan atau tindakan 3 orang boss tadi beretika ataupun tak. Kadang boss semua ni tak sedar pun yang mereka berkelakuan buruk ataupun terkasar bahasa. Lepas tengok balik rakaman baru nampak yang cara macam tu tak elok. Tambah pula kalau boss dan pekerja berbeza generasi. 


Permulaan setiap episod ada scene semua boss angkat sumpah dan berjanji supaya tak attack mana-mana pekerja disebabkan honest confessions mereka dalam video. Sebab tujuan utama boss yang join show ni untuk ubah sikap mereka. So they're on this show on their willingness to change the bad aura. Selagi sikap mereka tak berubah, selagi tu lah mereka akan ada dalam show Boss In The Mirror ni. 


Tapi tak semua boss yang datang ada bad aura. Ada je yang terlampau baik sampai tak sedar yang perbuatan tu bagi kesan buruk kepada pekerja dan juga syarikat. Contoh macam syarikat rakaman milik Tiger JK. Kelemahan Tiger JK ni bila dia tak mampu buat firm decision untuk sesuatu perkara so bila pekerja buntu, keputusan Tiger sebagai leader nampak tak membantu. 

Suka tengok show ni sebab terhibur dengan situasi pekerja kena buli dengan boss because relatable gila kot tambah pula kalau jenis boss yang suka petik zaman saya dulu pffttt. Tapi show ni bagus sebab banyak benda kita boleh belajar tentang bidang pekerjaan masing-masing. Dari show ni jugak boleh faham kenapa boss buat certain decisions out of their perspectives. 


Episod awal dalam show ni memang best la tengok sebab Mrs Shim tukang masak makanan tradisi di Korea. Setiap episod terliur tengok menu yang dia masak. Even menu yang dia hidang untuk family pun buat kita jadi lapar. Coach Hyun pun sama naik je bila dia suka sangat makan. Part dia penuh dengan scene makan daging dengan western foods. Dari tak suka daging jadi enjoy gila makan daging. Lepas tengok scene dia mesti tergedik nak pergi Seoul Garden haha


Masuk episod 30 lebih dah mula slow down dah sebab boss Esteem, syarikat modelling dengan owner gym join rancangan ni. Both makan biasa-biasa je sebab jaga badan. 

Kalau ada yang tengah mencari TV show yang kelakar, boleh la layan rancangan Boss In The Mirror ni. Tengok je dekat Youtube dah siap ada english subs semua dah. Happy watching! 

4 comments

  1. this type of tv show..
    malaysia klu ada pun boring.. tak boleh nak gelak2..sbb malaysian mostly show perfectness ja kn

    ReplyDelete
  2. terus cari dekat Youtube.. hahaha.. Macam best..

    ReplyDelete
  3. free2 best layan TV show macam ni, mesti menghiburkan... kadang tu kena marathon sediakan kudapan siap2 he he he

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.