Tutorial | Registered Post / Pos Berdaftar POS Malaysia

Saturday, 22 August 2020

Hi semua! 

Sebelum ni dah pernah up tutorial untuk AR Post dari Pos Malaysia dengan function dan kelebihan dia. Kalau belum tahu, boleh baca dekat SINI

So kali ni nak update pasal Registered Post dari Pos Malaysia pula sebab muncul keywords beza registered post dengan AR post. 


Jawapannya tak banyak beza pun. Sama juga macam AR Post, di envelope tu kena ada sticker khas berwarna hitam (dulu warna merah) yang perlu dilekat di bahagian kanan atas envelope. Dekat mana nak dapat sticker ni? Of course boleh dibeli di kaunter Pos Malaysia dengan harga RM3.80 seunit. 


Berbeza dengan harga AR card dan sticker cuma RM2.80 dan kad kuning tersebut akan dipulangkan selepas dapat jawapan dari si penerima. Bila hantar dokumen menggunakan Registered Post, kita boleh tahu status dengan masukkan tracking serial number di laman web Pos Malaysia. 

Okay untuk isi form di sticker tu mudah sahaja dengan isi nama pengirim, no telefon pengirim, nama penerima dan juga nombor telefon penerima. 


Kemudian tarik sticker serial number tu dan tampal salinan (Office use only) di borang Registered Post. Borang untuk pos berdaftar ni boleh request dekat email since ada yang dah ubah format asal bila I letak dekat drive. 


Tampal sticker tu dekat dalam box 'Bayaran Pos Termasuk bayaran Pendaftaran' sebab sticker tu tanda kita dah bayar. Submit form ni dekat kaunter pejabat pos then staf akan cop tanda terima. Form yang dah kena cop tu nanti simpan la sebagai bukti kita dah hantar dokumen tersebut. Sticker (Customer Copy) tu simpan la dalam file you guys untuk rujukan akan datang. 

Oh ya kalau berat envelope tu tak melebihi 20 gram, tak perlu letak setem. Cukup letak sticker registered post tu je. Kalau lebih, kena letak la setem ikut berat envelope atau parcel. 

Boleh rujuk dekat gambar ni kalau tak tahu nak letak berapa setem.


So dah nampak ke perbezaan AR Post dengan Registered Post? Kalau I memang prefer AR Post sebab kita dapat bukti penerima terima surat tu sebab penerima akan sign dekat kad tu. Kalau dia reject ataupun tak sampai, posmen akan datang inform. Harga pun lebih murah dari Registered Post. Tapi bestnya Registered Post ni tak perlu isi banyak benda macam AR Post. 

Semoga entry ni bermanfaat dan bantu yang clueless dekat luar sana. Anything just let me know dekat ruangan komen ataupun boleh contact I dekat semua medium yang ada dekat Blogger Profile tu okay? No worries and have a nice day ahead :)

22 comments

  1. i have few of my letter flew to oversea then hilang... registered post mmg penting... really...

    ReplyDelete
  2. hai! boleh x dptkan salinan borang kiriman ni? thanks. emel me at aishah_8586@yahoo.com. tqqq

    ReplyDelete
  3. thank you so much for your infor. sangat bagus....

    ReplyDelete
  4. dekat mana link untuk kita check status penerimaan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh check dekat sini https://posmalaysiatracking.org/poslaju-tracking.php

      Delete
  5. Kalau kad kuning tak dapat balik macam mana? Bila check kat tracking dah delivered. Kad kuning tu memang diperlukan untuk bukti

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah jugak jadi macamni. Either minta dekat penerima sebab kad kuning attached dengan surat tu ataupun call pusat mel yang hantar.

      Delete
    2. saya pun check tracking dah delivered kat saya semula, tapi check peti surat kat rumah tak dapat pun. macam mana ya? dah call pos malaysia tapi belum ada feedback

      Delete
    3. saya pun check tracking dah delivered semula kat saya, tapi check peti surat rumah tak dapat pun. macam mana ya? dah call pos malaysia tp belum dpt feedback

      Delete
  6. Miss boleh Tanya jika itu penerima reject macam mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau reject, pos akan return balik ataupun simpan dekat hub. kena rajin check number tracking tu

      Delete
  7. Hai sis, nak tanya, register pos sama dengan AR register kan?

    ReplyDelete
  8. Hye sis. Dekat bahagian alamat pengirim Tu boleh kite pakai chop address syarikat sahaja tak. Tak larat nk tulis, ade beratus AR nak hantar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai awak, kalau AR selalunya cop je sebab senang sikit cuma make sure cop tak kembang.

      Delete
  9. Hi..cm mna nk dptkan borang kiriman tu..blh email kat sy x? wannurasmin@gmail.com

    ReplyDelete
  10. salam. klu kita guna AR ni dekat surat bole mention ye By A.R REGISTERED?

    ReplyDelete
  11. Boleh x sent borang penerimaan ni dekat email manvidia90@gmail.com

    ReplyDelete
  12. Boleh pos parcel juga ke atau surat/ enevelope sahaja??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti, kena tanya pejabat pos. so far belum pernah hantar parcel guna registered post

      Delete
  13. Hi boleh dapatkan form untuk Registered Post ni? My email is nuraqilah.ilias@gmail.com Thanks in advance

    ReplyDelete
  14. Hi boleh tak saya nak softcopy list untuk isi alamat semua tu. Jenuh la nak isi tangan. Kalau boleh email dekat saya ya firdausjong@gmail.com Terima kasih ya memudahkan urusan kami

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.