Pusaka Hub : Wasiat & Hibah Talk

Wednesday, 12 August 2020

Tahun lepas RRM Advisors dan Jabatan Syariah Ram Reza & Muhammad wujudkan Pusaka Hub untuk fokus kepada segala perkara yang berkaitan dengan pusaka, wasiat dan hibah. 


“Pusaka” membawa maksud harta benda yang ditinggalkan oleh individu yang meninggal dunia atau harta yang diwariskan secara turun-temurun.
“Hub” yang berasal daripada bahasa Inggeris membawa maksud sebuah pusat.
Lepas Pusaka Hub launch apps di Android, few lawyers and staffs dijemput untuk hadir ke Pusaka Hub Talk di training centre Ram Reza & Muhammad. 


Dalam talk ni diperkenalkan lah serba sedikit tentang hala tuju Pusaka Hub dari managing partner - En. Hisham. 

Pusaka Hub ialah sebuah produk yang diwujudkan oleh gabungan beberapa individu pengamal undang-undang dalam bidang sivil dan Syariah yang mempunyai pengalaman dan kepakaran di dalam pengurusan harta pusaka di Malaysia.

Pusaka Hub juga mempunyai impian untuk menjadi “one stop center” bagi menguruskan segala hal berkaitan harta orang Islam, tidak kira sama ada masih hidup atau sesudah meninggal dunia.

Sebanyak RM60 billion harta pusaka yang tidak dituntut dan dibekukan sejak kemerdekaan Negara kita. Oleh itu, Pusaka Hub mengambil inisiatif sebagai pemudah cara untuk menyelesaikan masalah harta pusaka terabai dengan memberi khidmat rundingan dan nasihat secara percuma serta menawarkan produk perkhidmatan kami pada harga yang berpatutan.


Lepas tu belajar tentang wasiat oleh En. Hazieq - lawyer Syariah Ram Reza & Muhammad. Untuk sesi ni belajar la macam mana pengurusan wasiat dan beza wasiat dengan hibah. Sesi ketiga bersama peneraju Pusaka Hub sendiri, Iman terangkan lebih mendalam lagi tentang Pusaka Hub apps dan hukum faraid.


Masa buat talk ni tengah hangat topik perebutan harta antara balu Abam Bocey dengan keluarga so bila ada isu panas senang la sikit nak tangkap dan faham apa yang diajar dalam kelas ni. Even some of yang join kelas ni pun cerita tentang permasalahan yang berlaku dalam keluarga sendiri. 


Dah habis sesi belajar, ada sesi Q&A pulak untuk yang ada permasalahan berat dan perlukan bantuan nasihat dan saranan.



Dekat Pusaka Hub ni ada beberapa Produk Perkhidmatan yang disediakan untuk pelanggan antaranya:

  • Penulisan Wasiat
  • Penulisan Deklarasi Hibah
  • Penulisan Surat Ikatan Amanah
  • Khidmat nasihat mengenai Hukum Faraid
  • Khidmat rundingan mengenai pengurusan harta pusaka

Tak ramai yang tahu tentang cara-cara menguruskan hal wasiat, hibah dan hukum faraid ni. Daripada bergaduh, elok kita rujuk pada yang pakar dan selesaikan dengan aman. Tak manis lah bergaduh sebab berebut harta. Harta boleh dicari, hubungan kekeluargaan tak boleh ditukar ganti. 

Actually masa talk tengah berjalan, ada yang terperangkap dalam tandas. Tak memasal dari sesi menimba ilmu jadi sesi praktikkan ilmu kemahiran unlock tanpa pecahkan pintu. 


Bukan sorang terperangkap tapi dua orang. Peribahasa tak nak pisang berbuah dua kali tak wujud dalam kes ni. Lama jugak la nak selamatkan yang kedua tu sebab kat dalam kena panic attack. 


Alhamdulillah berjaya jugak lah bukak, lepastu sambung balik sesi menimba ilmu. Dah habis talk tu, ada makan-makan then balik jam 6 petang. 


Oh ya, Pusaka Hub ni ada website dengan social media account jugak. Kalau pening dengan apps Pusaka Hub dekat Google Play tu, boleh tanya terus dengan Cik Iman. 

 ðŸ“ž : 03-4144 3077
📧 : office@pusakahub.com
💻 : www.pusakahub.com

IG : @pusakahub
Twitter : @PusakaHub  

13 comments

  1. penting semua ni sbb kerana duit la semua akan pecah belahh

    ReplyDelete
  2. Bila agama diketepikan, ketamakkan merasuki memang boleh berpecah belah pun..
    walhal ada je jalan elok untuk pembahagian bersama..

    ReplyDelete
  3. bab-bab harta dan pusaka ni kadang-kadang orang berilmu pun gelap mata. mintak dijauhkan. penting untuk kita tahu bab-bab pembahagian harta ni. orang yang sudah meninggalkan kita senang La, sudah lepas Semuanya. yg tinggal ni. boleh dibuat bergaduh kalau tak dibahagikan secara adil

    ReplyDelete
  4. Banyak jugak ye nilai yang tak dituntut. Mungkin ramai yang tak tahu nak agihkan harta pusaka. Bab ni pon boleh jadi gaduh. Tulah pentingnya ilmu

    ReplyDelete
  5. Bagusnya pusaka hub nj atleast ada badan yang membantu Dan member nasihat dalam pengurusan harta. Atleast ada pihak Yang layak menerima & adil. Pasal harta ni boleh meruntuhka silaturahim saudara

    ReplyDelete
  6. Bykn info ttg wasiat dan hibah yg ramai tak tahu atau tak faham.. bagus ada badan yg boleh terangkan atau uruskan. Perkara yang wajib diambil tahu ni

    ReplyDelete
  7. Isu harta pusaka nie memang wajib diselesaikan dengan segera sebab ianya memberikan kesan kepada banyak pihak jika tidak diselesaikan dengan betul kan.

    ReplyDelete
  8. Semua orang patut ambil tahu bab harta pusaka terutamanya yg banyak harta tu. Kalau tak kesian dengan waris n si mati kn.

    ReplyDelete
  9. Bagus ada info berkaitan pusaka dan hibah ni. Ramai yang masih tak tahu ttg pengurusan pusaka ni..

    ReplyDelete
  10. Actually benda ni kita kena ambil tahu juga sebab anything can happen anytime so its better to have planning.

    ReplyDelete
  11. Bagus jugak ada sesi kelas mcm ni
    Bukan apa, bila dah terjadi sesuatu tu, memang kadang
    jadi buntu.
    Pastu tak tahu cara yang betul.
    Then tanya pulak orang yang acah acah pandai.
    Last tersilap langkah pulak..

    Erm.. bab last tu cemana blh terlock tu. 😅

    ReplyDelete
  12. ciktom memang suka join kelas ilmu camni..cuma skang kekangan tak dapat join..kalau ada kelas online nak sangat join..bab wasiat dan hibah ni..

    ReplyDelete
  13. baru je go thru insta mereka, n yeah bagus juga ada Pusaka Hub ni at least harta wasiat tu dapat diuruskan dgn betul n ikut syariah.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.