Pengalaman Guna Tofu Pellets Untuk Cat Litter

Tuesday, 11 August 2020

Selama ni kalau beli cat litter mesti pilih bentonite clay cat litter sebab yang tu paling murah dannnnnnn sebab I tak tahu pun ada material cat litter yang lain. Masa kerja dekat pet shop I jumpa jenis tu je. Yang I tahu perbezaan bau je. Coffee paling wangi lah for me. 


Then adik beli cat litter jenis crystal untuk kucing dekat rumah mak. Tapi mak kata kucing tak suka sangat melepas dekat situ walaupun clumping level dia bagus. Sekali je lah beli lepastu tak beli dah. Beli bentonite clay balik. 

Then few weeks ago I terbaca yang pine wood pellets material yang bagus untuk cat litter. Baca review pun banyak yang kata okay. Then kawan I beli untuk kucing dia. Clumping memang bagus tapi berdebu jadinya. Bila berdebu, satu hal pulak nak kena rajin sapu. Tapi disebabkan litter box dia dekat beranda, memang penat lah cerita dia nak kemas. Nak letak dalam rumah, bau tu tak tahan pulak.


Dah dengar dia cerita macam tu, cancel terus niat nak beli semua material dekat atas. I memang dah taknak beli bentonite clay dah sebab dalam masa tak sampai sebulan dah habis dah 50kg. Rabak la poket wei. 

Masa pergi pet shop tu ternampak tofu pellet. Akak tu kata bagus guna tofu pellet ni sebab clump elok je pastu bila kucing kencing dia akan basah kemudian kering cepat. Lambat nak habis lah compared to bentonite clay. Masa tu I takut jugak jadi macam pine wood pellets so I beli satu pack je dengan bentonite satu pack. 


Cara nak guna tofu cat litter ni tak boleh tukar terus kalau sebelum ni guna litter jenis lain so kena slowly tukar. Masa first time letak tofu pellets ni pun kucing-kucing I pun macam terkebil, terkial nak melepas. Tapi sekarang dah tak ada masalah dah memasing. Even dah masuk sebulan pun tak habis lagi padahal haritu beli 1 pek tofu pellets dengan 1 bag bentonite clay je. Fuhhh lega sangat dah jumpa cat litter sesuai.

Yang bersepah dekat bawah tu sebab I yang gelojoh scoop sebab bangun lambat nak pergi kerja hshshs

Antara kelebihan guna tofu pellets ni :

1. Diperbuat Dari Bahan Semulajadi

Tengok nama pun dah tahu diperbuat dari tofu soya tu. Bukan setakat bebas kimia dan bahan toksik malah tak merbahaya untuk kucing mahupun manusia. Brand Cindy & Friends yang I guna ni antibakteria katanya. Tak la risau sangat bila guna sebab Bella senang sangat kena sakit mata. Bila tukar tofu pellets ni keselamatan dia pun terjaga. I yang scoop pun tak risau. 

2. Environmentally Friendly

Kelebihan tofu pellets ni ialah 100% biodegradable. Kalau buang dalam mangkuk tandas kemudian flush pun tak ada masalah sebab dia akan dissolve dalam air. But since I campur dengan clay, I tak berani la nak buat. 

3. Dust Free

So far memang tak ada masalah debu ni. Mungkin ada tofu pellets yang berdebu tapi brand yang I pakai ni okay je. Kalau clay tak payah cakap la level debu dia banyak mana. Batuk dibuatnya. 

4. Tak Bersepah

Jauh beza sangat bila guna tofu pellets ni. Nak scoop senang sangat sebab clumping elok je. Tak macam clay dia akan melekat dekat litter box so pagi-pagi I akan bad mood sebab kena spend masa yang lama untuk bersihkan litter box diorang. Sekarang ni sekejap je plus tak bersepah dah dekat lantai. 

5. Tak Melekat Dekat Kucing

Kalau guna bentonite clay memang suka melekat dekat paws ataupun in between jari kaki tu. Kadang dekat bulu pun ada melekat. Kadang tu kucing-kucing I melompat-lompat nak buang clay yang melekat. Kadang tu I sendiri kena pergi cuci kaki diorang. Clay ni dah la tak elok untuk kucing kalau diorang jilat. Lepas tukar tofu pellets ni nampak la perubahan besar. Lega!

6. Bau Okay

I taknak la cakap tak berbau sebab I campur dengan clay so bau still mintak penampar jugak tapi tak seteruk dulu. Kalau dulu berbau la dekat kawasan ruang tamu tu sebab kitorang letak litter box dekat beranda. Angin bertiup je memang azab. Sekarang ni terkawal haaa gittew. 


Harga tak la mahal sangat pun, 7 liter cuma RM23.00. Tapi ni harga kedai. I usha dekat Shopee ada yang jual RM15 je. For those yang tengah mencari cat litter selain dari clay boleh la try tofu pellets pulak. I guna baru sebulan dah puas hati plus campur dengan clay. Imagine kalau guna sepenuhnya macam mana. Recommended! 

14 comments

  1. Yang penting kebersihan terjaga ;)

    ReplyDelete
  2. Baguslah ade tofu pellets yg penting bau tu..kan :)

    ReplyDelete
  3. wah! memang tengah mencari juga ni...sama la selama ni mmg pkai bentonite clay,coffee jugak..sebab kucing da besar so sekali beli tu mmg curah habis terus.so xde mslh bau so far..baca ni macam best pulak..nak try la

    ReplyDelete
  4. Dina guna yang pine wooden pallet. Pun okay juga. Susah nak hancur and bau dia macam perabot

    ReplyDelete
  5. i stay uma kampung..then i pun taktau bila my cat membuang...

    ReplyDelete
  6. nak jugak try tofu ni tapi tak berapa yakin, so now dah yakin nak tukar, mmg matilanak pasir kucing macam larong kat rumah, hari2 kena ganti baru

    ReplyDelete
  7. review yang ohsem.. Bagus juga bila ada yang kongsi macam ini..
    membantu pada pencinta kucing..

    ReplyDelete
  8. kalau ada kucing..kucing saya berak sume dekat pasir kat luar rumah..tak berani bagi masuk dalam..hehehe


    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/ada-nak-order-origami-3d.html

    ReplyDelete
  9. Teringin nak bela kucing...tp mcm tak sesuai pulak

    ReplyDelete
  10. Saya baru pelihara kucing,dan baru tahu rupanya bnyk jenis juga litter kucing ni haha
    dan baru2 nie beli pasir kucing jenis clay juga,cuma tulaa kdg kucing saya suka baring kat pasir tu bahaya juga kan bila terbaca risikonya...
    so skrg saya beralih kepada tofu sb terbaca review2 dari pencinta kucing juga nie.
    Harap tofu nie memuaskan lha,btw thank for the info

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah masa awal2 bela kucing dulu pun tahu jenis clay je. Masa pergi petshop ternampak tofu pellet ni. Try guna memang puas hati sampai sekarang. No biggie, happy to help you :)

      Delete
  11. Kucing saya baru lepas operate utk mandul semalam, dan doc sarankan guna tofu, jadi hari nie saya tukar pasir dia ke tofu, saya tngok kucing sayaa dia tak nak melepas pulak kat situ, dia x reti dok diam macam tengah menahan. Saya dah tunjuk kat dia (saya buat² mcm tengah menguis² dalam bekas pasir) tapi still x jalan jugak. Macam mana yer? Boleh tolong? Buntu dah nak buat apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ikutkan tak boleh tukar terus sebab kucing dah selesa dengan yang lama. Kena tukar sikit2 sampai dia selesa dengan material baru.

      Delete
  12. Macam best je yang ni. Boleh try nanti. Thank you!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.