Pengalaman Guna RFID Di LATAR

Sunday, 23 August 2020

Sebelum ni dah pernah post pasal pengalaman daftar RFID dekat Tesco Extra Shah Alam sebab registration free dan mudah je nak buat.


Entry ni saja nak share experience sendiri guna RFID dekat tol LATAR dan tol-tol lain yang ada RFID. I mention tol LATAR sebab tol ni wujud dekat laluan balik ke Sabak Bernam. Senang nak bereksperimen sebab tol LATAR ni tak ramai orang pun. 

Dalam entry sebelum ni ada mention yang tak perlu online pun masa lalu dekat RFID asalkan ada baki cukup dalam e-wallet yang sync dengan kad Tounch N Go kita. Yes, memang betul tak payah online pun! Sebab I manusia paling malas nak beli data sebab dekat office dah ada wifi, balik rumah pun ada wifi. I guna prepaid je senang sebab bukannya suka on call pun. 


Happy sangat bila ada RFID ni sebab tak ramai pun yang guna. Kadang tu kalau pergi Putrajaya tak payah nak tunggu lama sebab tol RFID sentiasa kosong. Lorong Smartag ataupun Touch N Go tak payah sembang la ramai dia macam mana. Kalau guna lorong RFID ni tak boleh dekat sangat dengan kereta depan ataupun laju sebab nanti dia tak detect. 


Cuma yang tak bestnya tak semua highway ada lorong RFID. So I kena prepare jugak kad Touch N Go dalam kereta. Pernah je baki I kurang so kena undur hahaha tapi sebab lorong RFID tak ramai orang guna, senang je la nak undur hahaha

Hopefully in future makin banyak tol RFID sebab senang gila nak guna. Tak wujud dah episod tangan tak sampai nak touch kad T&G haha kbai

3 comments

  1. senang gila if tak perlu guna data.. then tak perlu ada device extra mcm smart tag kan.. guna ni ja.. but penang ada ats jambatan ja kot.. dlm penang tadak tol.. so i tak pernah guna lagi this one

    ReplyDelete
  2. This is my first time visit here. From the tons of comments on your articles,I guess I am not only one having all the enjoyment right here! rfid label supplier

    ReplyDelete
  3. This article was written by a real thinking writer. I agree many of the with the solid points made by the writer. I’ll be back. rfid tag on clothes

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.