Dalam kesibukan si ibu (Ila Arun) mencari jodoh untuk si anak gara-gara musim kahwin di pekan tersebut, si anak, Inspektor Jatil Yadav (Nawazuddin Siddiqui) diarahkan ke rumah Thakur Raghubeer Singh (Khalid Tyabji) bila mangsa dibunuh pada malam perkahwinannya.
Suspek utama ada dalam rumah Thakur sendiri tapi siapa? Si isteri baru yang dulunya pelacur dan diangkat taraf menjadi isteri dan dapat semua harta? Radha (Radhika Apte) tak perlukan harta tu. Dia cintakan anak saudara Thakur, Vikram Singh (Nishant Dahiya). Inp. Jatil syak Radha berkomplot dengan Vikram kemudian bunuh Thakur bila kisah cinta mereka berdua dihidu. Harta Thakur banyak diwarisi oleh mereka berdua.Tambah pula malam tu Vikram yang bawa semua orang pergi ke kuil untuk upacara pooja.
Vikram tolak teori Insp. Jatil sebab dia tak ada niat nak kahwin dengan Radha apatah lagi cintakan Radha. Dia akan berkahwin dengan tunang dia, anak kepada politician Munna Raja (Aditya Srivastava). Bab harta, Thakur sayang dia lebih dari anak sendiri dan bahagian dia lagi banyak dari anak Thakur. Apa bukti kukuh Vikram bunuh Thakur? Takkan hantu Thakur call Vikram jam 11.30 malam kalau Insp Jatil syak Vikram bunuh sebelum mereka semua pergi ke kuil jam 11 malam?
Jadi siapa yang bunuh Thakur dengan senapang dalam rumah yang penuh dengan orang tapi tak ada siapa pun yang dengar ataupun tahu? Bak kata Radha, dia boleh bunuh Thakur tapi dia tak terdesak untuk hidup lebih teruk bila Thakur tak ada untuk lindungi dia. Dunia dekat luar sana lebih kejam dari apa yang dia rasa sekarang.
Jalan cerita Raat Akeli Hai lebih kurang sama dengan plot Knives Out but when we thought she’s the one who done it just like Marta Cabrera did, Honey Trehan proves otherwise. Pembunuh tu memang tak disangka langsung. Yang tak bestnya bila movie ni agak panjang dan perlahan unlike Knives Out bila kita enjoy tengok setiap scene sebab menghiburkan.
Raat Akeli Hai lebih dark and intense tapi diselitkan juga scene komedi tapi tak lah menghiburkan pun sebab kita lebih nak tahu cerita di rumah Thakur. Tak faham kenapa perlu ada bibit percintaan antara dia dan dia, sebab tak menambah impak cerita pun. Flashback mereka berdua pun tak perlu sebab tak penting.
Lakonan Nawazuddin bagus tapi Radhika biasa je. Rasanya tak perlu banyak karakter pun tak apa sebab Shweta Tripathi nampak tersia. Scene dia menjerit di hujung movie lepas Insp. Jatil dedahkan siapa pembunuh pun macam tak perlu. Scene nak justify kenapa buat perjanjian dengan Munna Raja pun tak perlu.
Ada lagi beberapa watak lain yang saja ditambah untuk kelirukan audience. Tapi kekeliruan yang berkecamuk sebab tak membantu dalam kes ni pun. Cuma nama disebut-sebut dan mengganggu fokus. Even music album pun tak perlu sebab music score macam tak masuk je dengan situasi dan tak best.
Raat Akeli Hai mungkin best bagi yang suka genre mystery tapi kalau dah biasa tengok movie negara luar tambah pula dah pernah tengok Knives Out, Raat Akeli Hai nampak mehhh but the twist is great sebab director berjaya rahsiakan si pembunuh. Lagi best kalau masa Insp. Jatil bawa kita cungkil misteri tu bersama dia dan bukannya dia tahu sorang-sorang especially masa dekat banglo rahsia Thakur. Overall, one time watch.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6.6/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
macam best!
ReplyDeleteammi suka kalau cerita gini..kene berfikir
ReplyDeleteBila nak panjangkan cerita, adegan yang tak perlu pun dimasukkan..
ReplyDeletekerana harta, nyawa pula yg jadi taruhan. aishh siapa pembunuh dia tu??
ReplyDelete