Movie Review : Lootcase

Tuesday, 4 August 2020


Director : Rajesh Krishnan
Writer : Kapil Sawant, Rajesh Krishnan
Cast : Kunal Khemu, Gajraj Rao, Vijay Raaz, Ranvir Shorey, Rasika Dugal, Aryan Prajapati
Production Company : Fox Star Studios, Soda Films
Distributor : Disney+Hotstar
Genre : Comedy / Crime
Running Time : 132 minutes
Release Date : 31 July 2020
Trailer :


Nandan Kumar (Kunal Khemu), orang biasa yang bekerja sebagai technician di kilang suratkhabar dan hidup dengan isteri dia, Lata (Rasika Dugal) dan anak lelaki tunggal, Aayush (Aryan Prajapati). Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia terjumpa luggage besar berwarna merah. Dalam luggage tu ada duit berjumlah Rs100 juta. 


Disebabkan roda luggage tu dah rosak, dia terpaksa naik auto rickshaw untuk balik ke rumah. Driver tu dah syak Nandan ni simpan mayat dalam luggage besar tu sebab muka Nandan cuak lain macam. Tapi bukan urusan dia untuk masuk campur. Kerja dia dah selesai, hantar Nandan pulang. 


Nandan sorok luggage merah di rumah jiran dia yang keluar pergi outstation selama 15 hari. Takkan ada yang akan jumpa luggage tu bila kunci rumah ada di tangan dia. Nandan tak berani bawa pulang ke rumah dia sebab Lata tak suka duit haram. Confirm kena bebel teruk memandangkan Lata anak kepada sami.

Nandan bahagia bila ada duit yang banyak sebab Lata tak akan membebel pasal duit lagi. Setiap hari dia akan menyembang dengan Anand Bagman, nama dia beri kepada luggage sebab jadi kawan yang murah hati bantu dia dalam hal kewangan. Bila Lata persoalkan dari mana dia dapat duit, Nandan akan bagitahu Anand Bagman yang bagi. 


Dalam masa yang sama polis tengah siasat kes kemalangan di Pipe Road, tempat yang sama Nandan jumpa luggage tersebut. Lega hati Nandan, CCTV di semua kawasan tu rosak. Tapi garu kepala Insp Madhav Kolte (Ranvir Shorey) sebab dia kena cari luggage tu. Bukan Rs100 juta yang jadi masalah tapi fail sulit milik Menteri Patil (Gajraj Rao) yang buat dia hilang selera makan. 


Tanpa Insp Kolte sedar, dia diintip oleh anak-anak buah gangster Bala Rathore (Vijay Raaz) bila Bala terdengar perbualan musuh dia, Abdul (Shashi Ranjan) dan Omar (Sumit Nijhawan) yang diarahkan Menteri Patil untuk hantar luggage dan fail kepada Tripathi. Peluang untuk dia balas dendam dengan rosakkan rancangan musuh dia supaya boleh rampas habuan tu. Tapi lain pula yang jadi. Angkara dendam dia, habis huru-hara keadaan. 


Jalan cerita Lootcase ni macam lebih kurang sama dengan movie Korea, Beast Clawing At Straw yang diadaptasikan dari novel Jepun. Tak tahu lah movie Lootcase ni tiru yang mana tapi team production Lootcase deliver yang terbaik dalam format comedy yang bukannya slapstick atau repetitive. 

Lakonan semua pelakon dalam movie ni mantap especially Kunal Khemmu sebagai lelaki biasa yang stuck dengan syif malam tapi tak mampu hidup senang macam orang lain. Bila luggage depan mata memang tak tolak rezeki lah kan? Berdekah part dia tanya luggage siapa ni dengan ending scene masa dia cari tote bag Lata. Relatable habis!


Aryan Prajapati pun apa kurangnya bila kena berlakon sebagai anak yang kaki drama. Ada saja perangai dia supaya dia dapat apa dia nak dari ayah dia. Vijay Verma macam biasa lah boleh tapau watak dia untuk movie genre comedy. Rasanya dah dua kali dia berlakon watak gangster suka dengan Nat Geo. Both are funny. Gajraj Rao pun sama pernah bawa watak manipulative tapi dalam movie ni lagi kelakar. Setiap kali scene dia muncul mesti tergelak sebab dialog dia. 


Nothing much for visual and music score tapi tak penting sangat pun sebab jalan cerita dia dah syok nak layan. Since I dah tengok movie Korea tu, plot twist dengan ending tu dah boleh agak macam mana. But still I enjoy layan Lootcase sebab genre comedy lebih menarik dan sesuai untuk tontonan keluarga. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.8/10

14 comments

  1. selalu berangan klu jumpa duit dlm beg nak buat apa hahaha

    ReplyDelete
  2. Pergh!! Bahagialah kalau memang jumpa suit case tu.. Hahaha..

    ReplyDelete
  3. macam kelakar watak nandan ni, baca review awak pun dah boleh imagine perangai dia macam mana..haha tapi memang heaven la kalau duit banyak tu..hahaha

    ReplyDelete
  4. review macam best je movie ni. biasa tengok movie2 camni kat mana?

    ReplyDelete
  5. The storyline sounds very interesting but also familiar. Is this film an adaption of a Hollywood film?

    ReplyDelete
  6. boleh gelap mata bila jumpa beg sebesar tu dengan duit..mesti semua benda nak beli tapi tu la..bukan duit kita punya kan

    ReplyDelete
  7. Peegh jumpa duit dalam beg.. Mestila akan buat macam2.. Hehehe.. Rasa nak tengok lulak cerita ni

    ReplyDelete
  8. macam best je cerita ni! boleh lah berangan macam Nandan dapat 100 juta tu

    ReplyDelete
  9. Ni mesti peminat filem Hindi ni sanggup review lagi. Kita dah lama tak tgk filrm Hindi tapi klu tonton pun piliih siapa bintangnya. Klu shah rukh khan ke Kajol ke ok haha.

    ReplyDelete
  10. Filem tamil memang best. Fav akak. Sama ngan cerita Korean. Mereka berlakon real dan setiap scene tu memang best. Nanti nak cari filem ni di Netflix. Ada kot kan?

    ReplyDelete
  11. Jalan cerita yang best. Kalau kita sure gelabah serba tak kena bila jumpa beg dengan sejumlah wang macam tu. Nanti sis nak tengok cite ni.

    ReplyDelete
  12. Sinopsis cerita menarik.. AM pun nak cari n tonton juga la.. AM suka filem yg ada selingan lawak dlm jalan cerita.. Baru layan nak tengok..

    ReplyDelete
  13. weyyyyyy-- duit !! hahahaha~ selalu kakak berangan jumpa duit banyak2 camni.. kemain boleh travel padahal kalau baca sinopsis cite ni - confirm cuak takut2.. nanti nak layan jugak lah cite ni..

    ReplyDelete
  14. Memang tak hadam le kalau Sis nengok cite ni... cuma kalau ada geng, mungkin jadi seronok dan macam-macam bebel, lagi part jumpa duit hehehehe mesti ada je fikir kita apa dia buat duit tu hehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.