Movie Review : Eyes Closed (2017)

Monday, 31 August 2020


Director : Kim Sol Mae
Writer : Seung-Hwan Lee
Cast : Baro (B1A4), Seol In-Ah, Han Jong Lee, Yeong-jin Jo
Production Company : Titan Platform
Distributor : Chocolate Pictures
Genre : Thriller / Mystery / Crime
Running Time : 144 minutes
Release Date : 19 May 2017 (South Korea)
Trailer :



Kim Hyun Woo (Baro B1A4) seorang musician yang buta dan setiap hari busking di underground mall di kawasan bandar tu. Setiap hari juga ada sekumpulan gadis sekolah datang bagi hadiah dan request lagu. Sama juga dengan Mi Rim (Seol In-Ah) yang minat dengan Hyun Woo dan selalu hadiahkan susu strawberry. Mi Rim selalu request Hyun Woo nyanyikan lagu Magic Castle bila dia dirundung masalah atau dipukul ayah dia yang kaki mabuk. 


Berbeza dengan hari lain bila Lee Chung Soo (Lee Han Jong) datang dan bagitau Hyun Woo yang dia baru sahaja membunuh seseorang dengan pisau tajam semalam. Walaupun Chung Soo kelihatan seperti bergurau tapi cara dia bercerita nampak macam dia betul-betul membunuh sampaikan Hyun Woo jadi takut. Tapi Chung Soo bagitahu yang dia baru karang cerita untuk novel baru dia dengan watak pembunuh psiko. 


Tak lama kemudian Mi Rim datang dengan muka yang lebam di bahagian dagu dan bagi susu strawberry. Mi Rim bagitahu yang perempuan mabuk yang selalu kacau Hyun Woo mati kena bunuh ditikam pisau. Hyun Woo teringat cerita Chung Soo yang seakan sama dengan pembunuhan perempuan tu. Tapi dia cuba positif. Mungkin sekadar kebetulan. 

Tapi keesokannya pak cik kutip sampah pula jadi mangsa bunuh dan Chang Soo terlebih dahulu bagitahu Hyun Woo cara dia membunuh. Kelakarnya pihak polis dalam movie ni nampak agak relaks dengan pembunuhan yang begitu banyak sebab perempuan mabuk dan pak cik kutip sampah tu bukan mangsa pertama dan kedua tapi yang berbelas lebih kurang macam tu lah. 


Boleh pula untuk siasatan jenayah besar macam ni ketua polis masih berebut kes ni kes siapa. Mungkin sebab kes ni tak keluar dekat news so tak ada media pressure since yang meninggal pun rakyat kelas bawahan. Pembunuh ni pilih mangsa dia dengan mencari orang yang bernasib malang dalam hidup dan akan anggap dia sebagai penyelamat yang akan hantar ke alam barzakh. 


Director nak deliver element suspense dengan tunjuk scene Hyun Woo tak buta tapi tak menjadi pun sebab by logic lah kan, rumah orang buta mana yang ada cermin panjang sampai ke kaki terletak elok sebelah wardrobe dia? And Hyun Woo ni hidup seorang diri. Sebelum dia nak reveal rahsia tu pun kita dah tahu dah dia tak buta. Lagi satu, kenapa entah director suruh Hyun Woo berhenti dekat depan CCTV dan tengok business card polis? 


Walaupun jalan cerita movie ni tak lah meyakinkan sangat tapi yang bestnya director simpan watak sebenar pembunuh misteri tanpa dedahkan sebarang klu pun sampai hero pun tak boleh teka siapa dia. Secara kebetulan je dia ternampak something yang dia cam. Tapi macam biasa lah, kalau crime thriller mesti hero boleh solve dulu sebelum polis walhal polis dah buat siasatan sebelum pembunuh tu datang ke kawasan tu lagi. 


Rasanya ni first time I tengok Baro dan Seol In-Ah berlakon. Not only they have great chemistry together, in stand-alone scene pun masing-masing berjaya deliver watak dengan bagus. Hopefully lepas ni both of them dapat offer as lead role dan bukannya supporting role walaupun dah banyak movie dan drama Baro. Tak pasti Baro guna suara sendiri untuk semua lagu yang dia nyanyi ke dubbing dalam movie ni. Overall, nice to watch. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.8/10

4 comments

  1. omgg!!! dont trust strangers!! huhuhu mcm mna nk keep kenal org klu the reality mcm ni hmmm.. buta... kononnya tapi pembunuh plak haih

    ReplyDelete
  2. storyline macam best tapi cerita ni slow tak?

    btw followed here hehe https://kyratulamira.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah slow. Tengok dekat dramacool pun ubah speed 2.0x

      Delete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.