Movie Review : Deewar - Let's Bring Our Heroes Home

Monday, 24 August 2020


Director : Milan Luthria
Writer : S. Gopala Reddy, Milan Luthria (dialogue)
Cast : Amitabh Bachchan, Sanjay Dutt, Akshaye Khanna, Amrita Rao, Piyush Mishra, Aditya Srivastava, Rajendranath Zutshi, Kay Kay Menon, Rajendra Gupta, Akhilendra Mishra, Nishikant Dixit
Production Company : V.R. Pictures
Distributor : Eros Entertainment
Genre : Action / War
Running Time : 161 minutes
Release Date : 25 June 2004
Trailer :


Dah lama nak tengok movie ni sebab ada yang masuk dalam list recommendation dia. Movie Deewar mengisahkan tentang Gaurav (Akshaye Khanna) yang berazam untuk selamatkan ayah dia, Major Ranveer Kaul (Amitabh Bachchan) dan 30 orang lagi askar India yang ditangkap, dikurung dan diseksa dalam penjara di negara Pakistan. 

Lepas 33 tahun, Gaurav dapat berita yang ayah dia masih lagi hidup lepas dapat surat dari Anant (Rajendra Gupta) yang berjaya loloskan diri dari penjara kemudian meninggal dunia setelah sampaikan amanat dia pada Jabbar (Akhilendra Mishra), si tukang kayu. Bukan tak pernah waris kepada 31 orang askar yang ditangkap ni berjumpa dengan Menteri Pertahanan supaya pergi ke Pakistan tapi semuanya tak layan permintaan tu.


Askar di Pakistan pula licik sembunyikan askar India setiap kali negara India minta mereka pulangkan kembali askar mereka. Setelah berjaya masuk ke Pakistan dengan cara tak sah, Gaurav berjumpa dengan Jabbar dan minta pertolongan dia untuk pecah masuk ke penjara. 

Tapi keesokannya Jabbar nampak news pihak penjara tunjuk tiada tahanan askar sepertimana yang askar India claim. Gaurav terpaksa cari pegawai polis dan ugut dia bagitahu di mana semua askar India disorokkan. Bila dia dapat tahu lokasi sebenar, dia mula buat plan ikut apa yang dia dah observe Saran Jail selama beberapa hari.


Kebetulan, dia terjumpa Khan (Sanjay Dutt) yang berjaya larikan diri dari penjara tu dan bantu Gaurav curi peta untuk tahu jalan keluar lain sebab jalan yang Khan guna sangat berbahaya untuk jumlah yang ramai bila kawasan tanah dipenuhi dengan periuk api.


Jalan cerita Deewar ni agak panjang lah sebab 2 jam 40 minit dengan diselitkan beberapa lagu yang berdurasi hampir 6 minit. Jenuh nak tunggu habis walaupun best. Dalam movie ni memang ramai sangat pelakon tapi watak Radhika (Amrita Rao) memang patut buang je dari jalan cerita. Dia tak membantu langsung pun. Imagine Gaurav tengah stress cari strategy untuk selamatkan ayah dia tapi Radhika ni boleh pulak nak menari berpaut dekat kaki minta kasih sayang.  T.T


Tengok rating IMDB memang tinggi lah tapi ikut logik memang kelaut sangat lah movie ni. Walaupun movie ni diinspirasikan dari peperangan India-Pakistan tahun 1971 dan seramai 54 orang askar India ditangkap dan ditahan di Pakistan tapi askar tu semua tak pernah berjaya pulang. 

Dalam movie ni Major Ranveer Kaul dipenjara selama 33 tahun dan masa dia masuk dalam penjara tu anak dia dah boleh berjalan so around 1 atau 2 tahun macam tu tapi bila Gaurav datang selamatkan ayah dia, umur dia baru 30 tahun. Teeetttt!


Belum tengok baju Khan yang tak bertukar langsung sejak dia kena pukul dengan Sohail (Kay Kay Menon) sampai berdarah. Darah maintain merah menyala padahal kalau melekat dekat fabrik, dalam dua tiga hari ada yang berubah hijau atau coklat pekat. Darah dekat muka pun melekat sampai 9 hari.


Mengah jugak nak tunggu diorang berjaya sampai ke sempadan India sebab tak putus halangan yang datang. Belum masuk part dia boleh buat drama bagi panjang cerita pulak macam scene Gaurav dengan Major Ranveer berjumpa dalam terowong tu punya lah lama padahal ada askar dekat bawah tertiarap atas periuk api. Askar Pakistan pula dah bergegas nak tangkap diorang kat belakang. Peluk la dalam trak nanti. Jauh lagi perjalanan diorang.


Overall movie ni mehhhh. No wonder la flop dekat box office. Team production beli insurance paling mahal untuk movie ni tapi tak tahu la boleh cover balik kerugian diorang ke tak. Pffttt 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 5/10

4 comments

  1. even tgh perang mcm ni pun..stil akan terselit dramaa kan....

    ReplyDelete
  2. Teringat pulak amitabh bachan kena covid haritu, dah baik ke dia

    ReplyDelete
  3. dia punya jalan cerita macam best dah tapi baca review sis macam takpelah, saya tengok movie lain je

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.