Cast : Ha Jung-woo, Kim Nam-gil, Heo Yool, Kim Shi-A, Shin Hyun-Bin, Kim Soo-Jin, Park Sung-Woong, Kwak Ja-Hyoung, Park Ji-A -, Lim Hyun-Sung
Production Company : Moonlight Film, Perfect Storm Film
Distributor : CJ Entertainment, EDKO Films Ltd
Genre : Horror / Drama
Running Time : 98 minutes
Release Date : 5 February, 2020
Trailer :
Lepas kematian isteri dalam satu kemalangan, Sang-won (Ha Jung-woo) yang bekerja sebagai arkitek dan anak perempuan tunggal dia, Ina (Heo Yool) berpindah ke rumah baru di kawasan luar bandar. Sang-won selalu busy dengan kerja dia dan tinggalkan Ina bersendirian di rumah sebab dia belum jumpa nanny untuk Ina. Pada Ina, ayah dia tak pernah peduli dengan dia dan anggap diri dia membebankan sedangkan Sang-won nak buat yang terbaik dan pekerjaan dia tak sesuai untuk tumbesaran Ina.
Tapi by logic macam pelik jugak lah tindakan Sang-won sebab anak dia baru kehilangan mak lepastu ayah pula busy dengan kerja dan pindah jauh ke dalam hutan. Tak ada kawan baru, jiran ataupun saudara-mara. Kena tinggal sampai 2 bulan pula tu. Kalau jadi Ina memang dah fikir benda yang sama.
Tak lama kemudian Ina mula berubah karakter dari pendiam kepada ceria bila dia jumpa kawan baru. Sang-won tak percaya dengan cerita anak dia sebab dia tak pernah jumpa pun kawan Ina. Sang-won selalu dengar bunyi aneh dari almari besar dalam bilik anak perempuan dia. Ina juga selalu berkelakuan aneh. Tiba-tiba Ina hilang tanpa jejak.
Selepas sebulan, Sang-won setuju untuk upah Heo (Kim Na-gil) yang boleh berinteraksi dengan alam ghaib dan dia percaya Ina hilang kerana dibawa ke alam sana oleh roh Myung-jin (Kim Shi-A). Heo dah lama buat kajian tentang 32 kanak-kanak yang hilang dalam masa 10 tahun dan Ina adalah mangsa terbaru. Tambahan pula bila rumah tersebut ada sejarah hitam bila ibu dia sendiri meninggal kerana almari berpuaka.
Dalam dia menjejak Ina, Sang-won dan Heo membongkar misteri kehilangan kanak-kanak lain dan kenapa mereka semua boleh hilang bila masuk dalam almari. Tema penderaan kanak-kanak baik dari segi fizikal dan juga mental diangkat dalam naskhah horror. Dari rasa seram timbul rasa kesian yang amat sangat dengan nasib kanak-kanak ni.
Scene Sang-won mencari Ina di alam lain dengan bantuan Heo sama macam scene dalam movie The Insidious cuma Sang-won berada di hutan berkabus. Scene VHS tape ibu Heo dalam upacara halau hantu almari tu nampak tak real sebab ambil dari banyak angle walhal tak ada orang ataupun camera stand dekat kawasan tu.
Kekuatan lakonan Ha Jung-woo dan Kim Nam-gil dalam scene melodrama nampak meyakinkan. Boleh nampak penyesalan Sang-won dan watak Heo yang cuba cucuk dengan life lesson dia dapat dari kehilangan kanak-kanak ni. Also loved their chemistry as buddy bila karakter mereka dua berbeza. Sang-won seorang yang serious tapi Heo pula sejenis yang kelakar. Unlike typical shaman. Everytime watak dia muncul, dia ubah suasana gloomy kepada ceria. So movie ni tak lah melankolik sangat.
Walaupun movie ni genre seram tapi jalan cerita menarik dengan perjalanan si ayah mencari anak dan cuba buktikan kasih sayang kepada si anak. Throughout the movie dapat lihat pelbagai range of emotions dari barisan watak utama. Recommended.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 9/10
Dah try tengok dua tiga kali dah cerita ini tapi selalu tak berjaya.. Tengok 10 minit awal je.. Risau seram sangat.. hahaha.. Tapi lepas baca review Farhana nie macam menarik pula nak tengok..
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Baca review pun dah meremang..hehe
ReplyDeleteDah try tengok dua tiga kali dah cerita ini tapi selalu tak berjaya.. Tengok 10 minit awal je.. Risau seram sangat.. hahaha.. Tapi lepas baca review Farhana nie macam menarik pula nak tengok..
ReplyDeletebudak2 akan overthinking kan..ibarat mcm mental abuse kat diorg bila kena mcm ni.. hmmm
ReplyDelete