Movie Review : Bhonsle

Sunday, 9 August 2020


Director : Devashish Makhija
Writer : Devashish Makhija, Mirat Trivedi, Sharanya Rajgopal
Cast : Manoj Bajpayee, Santosh Juvekar, Ipshita Chakraborty Singh, Virat Vaibhav
Production Company : Muvizz
Distributor : Sony LIV
Genre : Drama
Running Time : 128 minutes
Release Date : 5 October 2018 (Busan), 26 June 2020 (India)
Trailer :


Perbezaan layanan dan sifat perkauman terhadap penduduk yang berasal dari Bihar memang menjadi salah satu masalah di India. Dalam movie Bhonsle dipaparkan bagaimana Biharis dilayan dan difitnah oleh masyarakat setempat. Bihar adalah daerah termiskin di negara India dan kemudiannya ramai ambil keputusan untuk berhijrah ke bandar besar untuk bekerja. 

Dalam movie Bhonsle digambarkan jelas oleh watak Vilas (Santosh Juvekar), si  pemandu teksi  yang sakit hati dengan Biharis yang datang bekerja di bandar. Vilas selalu gunakan nama Bhonsle (Manoj Bajpayee), konstabel polis yang dah bersara untuk menguatkan lagi rasa benci terhadap Biharis sedangkan Bhonsle tak pernah ada masalah dengan Biharis. 

Bhonsle dah pun tamat tempoh berkhidmat dalam anggota polis tapi dia buat permohonan untuk extend tempoh perkhidmatan. Dia hidup dalam kemiskinan dan tak terurus. Satu hari Sita Prasad (Ipshita Chakraborty Singh) dan adik lelaki dia, Lalu (Virat Vaibhav) berpindah ke rumah pangsa tu dan berjiran dengan Bhonsle.


Lalu dipaksa masuk dalam geng dan dipaksa untuk rosakkan perpustakaan awam kejiranan tu. Esoknya Vilas salahkan Biharis sedangkan idea tu datang dari dia supaya makin ramai yakin yang Biharis ni bawa masalah dekat tempat orang. Sita bagitau Bhonsle cerita sebenar tapi Bhonsle tak endah sebab dia tengah sakit dan lebih risaukan permohonan dia. 

Movie Bhonsle sebenarnya dah siap pada tahun 2018 dan dah pun ditayangkan di beberapa film festivals seperti MAMI Film Festival, Dharamshala International Film Festival 2018, International Film Festival Rotterdam 2019, Bengaluru International Film Festival dan juga Singapore South Asian Film Festival. Movie Bhonsle juga dah menang dalam Best Screenplay dan Best Direction.


Though I don’t really like this movie sebab pace perlahan dan quite stretchy tanpa banyak plot yang diketengahkan tapi lakonan Manoj Bajpayee yang lebih banyak menggunakan bahasa tubuh dan pandangan mata dia untuk gambarkan perasaan dia dalam sesuatu perkara antara kekuatan movie Bhonsle.

Bayangkanlah hari-hari biasa pun penduduk di flat ni hidup dalam serba kedaifan tak kira lah Marathi ataupun Biharis, masing-masing nak hidup untuk sesuap nasi. Boleh nampak macam mana life Bhonsle dengan baju yang carik, berlubang sana sini, makan dalam portion yang sangat sikit dan panaskan berkali-kali. Sita pula berapa kali berjaga untuk night shift dan pesan kepada Lalu supaya jangan lupa isi air pada jam 5 pagi.


Mesej sosial utama Bhonsle kemiskinan tu tak kira siapa pun. Dalam scene Vilas menjerit kutuk kaum Biharis tapi ditempelak oleh penduduk flat tu supaya parti politik Vilas betulkan dulu sistem perparitan di situ sebab anak kecil dia kena denggi gara-gara air bertakung depan rumah. 

Personally loved a scene where extension application Bhonsle was approved tapi dia rasa murung lepas senior officer dia minta latest medical report sebab Sita baru bagitahu penyakit dia. Dari pejabat pegawai polis senior tu sampai lah ke rumah, cara Jigmet Wangchuk portray kehampaan Bhonsle dalam beberapa shot yang tepat dengan perasaan kecewa Bhonsle. Dan kita sendiri boleh nampak berapa ramai lagi yang perlu survive sama macam Bhonsle.


And final scene is great for me due to Bhonsle’s angst. Disebabkan sikap prihatin Sita dan Lalu, Bhonsle berubah dari pasif dan fikir hal sendiri kepada seorang yang agresif. Ada scene bersilih ganti antara Bhonsle dan Ganpati Bappa yang dah rosak di laut. Since I bukan penganut agama Hindu dan tak familiar sangat dengan dewa dan upacara, so tak boleh nak relate dengan scene tu.


Overall Manoj Bajpayee did justice to Bhonsle but only if team production cut some stretchy scenes dan masukkan lebih lagi penganiayaan terhadap ‘orang luar’ supaya lebih drama dan sesuai untuk tontonan generasi muda. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0 = 7/10

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.