HACO swiss 3 in 1 Classic Coffee Memikat Selera

Sunday, 30 August 2020

Dah lama nak update pasal kopi HACO swiss 3 in 1 Classic ni tapi asyik lupa je. Haa kali ni nak cerita macam mana boleh dapat satu kotak kopi sedap ni. 


Bulan 5 haritu masa bulan puasa ada join satu segmen dari blog Ummi Journey - Segmen Hari Raya Ummi. Memandangkan tu kali pertama sis Asyiqin buat segmen so husband dia bermurah hati nak bagi hadiah special dekat pemenang segmen.  



Bila dah tamat segmen pula terpilih sebagai pemenang pertama dan dapat kopi Haco ni. Memang tak pernah dengar langsung pasal kopi Haco ni tapi happy je dapat sebab suka minum kopi so boleh la try brand baru pulak. 


18 Jun parcel sampai, esoknya terus bancuh kopi ni sebab nak rasa. Betul la cakap sis Asyiqin, memang sedap! Kopi dengan creamer secukup rasa je. Kena la dengan tekak yang tak suka pekat dan pahit sangat. Suka yang light macam ni.


Lepas ni boleh try beli sendiri pulak. Dalam satu kotak tu ada 10 sachet. Tapi sebab sedap kan, seminggu dah habis dah kitorang minum haha. Kot ada yang ternampak orang jual kopi ni boleh la try rasa jugak, mana tahu boleh jadi kegemaran jugak :)

3 comments

  1. Alhamdulillah rezeki dari Allah :)

    ReplyDelete
  2. i tgh tahan for not taking coffee hari ni... baca your entri ni... ok la i p bancuh now

    ReplyDelete
  3. Wah.. Kalau light mesti sedap kan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.