Masa dapat tahu Netflix nak terbitkan series web series Masaba Masaba based on her actual life as fashion designer di Bollywood, memang excited sangat sebab I memang fans collection Masaba Gupta. Tambah pula mak dia, Neena Gupta pelakon veteran Bollywood pernah bagitahu yang dia pernah jumpa SRK dengan Karan Johar minta ambil Masaba sebagai pelakon tapi tak kena layan.
So bila Masaba dan team dia keluarkan web series ni boleh la tengok talent duo anak-beranak ni. Lagipun dah lama tak tengok movie atau series yang bertemakan fashion life lepas kejayaan movie Fashion arahan Madhur Bandarkar tahun 2008.
Kisah bermula dengan masalah personal Masaba dan Vinay Malhotra (Satyadeep Mishra) yang pilih untuk bercerai selepas gagal hidup bersama sebagai suami isteri tapi masih berkawan baik. Masaba masih menafikan di social media walaupun dah keluar blind items pasal kisah rumah tangga dia. Malangnya Vinay dah menyampah untuk berlakon bahagia depan media. Tak lama kemudian Masaba berpindah ke rumah Neena dan cuba untuk move on.
Dalam masa yang sama dia kena siapkan collection baru sebab dia perlukan dana dari investor bernama Dhairya Rana (Neil Bhoopalam) bila keadaan kewangan syarikat dia, House of Masaba mula merosot. Tapi masalah dengan inspirasi atau ilham ni, bukannya dia akan datang bila kita nak dia datang. Creative flow is not that easy. Lagi orang pressure lagi la dia tak datang.
Watak Neena dalam series ni pula masa dia tengah struggle cari movie offer since dia dah berusia dan job pula limited. Siapa yang tengok movie Badhaai Ho boleh tahu la macam mana perjalanan Neena sebelum dapat watak tu. Ada cameo dari Gajraj Rao jugak sebab dia berlakon sebagai suami Neena tapi tak ada Ayushmann Khurrana tau.
Memandangkan web series ni berkisarkan dunia fashion dan Bollywood, jadi ada la cameo dari beberapa pelakon lain macam Kiara Advani yang datang ke House Of Masaba sebab nak Masaba design outfit untuk dipakai dalam majlis amal. Ataupun babak Neena Gupta jumpa Farah Khan untuk projek baru. Ada juga babak Neena Gupta shooting dengan Mithila Palkar untuk music video. Both are amazing! Thumbs up for visual part baik dari creative team, wardrobe mahupun cinematography dan shot frame.
Scene comedy dan drama pun quite relatable and Masaba’s reaction memang hilarious gila. I never knew this side of her so it’s really great to watch. Dalam series ni mostly guna slang Mumbai elitist. Bold to put Shibani Dandekar’s art gallery scene in this web series sebab art gallery Bollywood stars mostly merepek tapi dijual harga mahal in the name of charity sedangkan artist yang betul-betul berbakat tak dapat tempat yang selayaknya.
Sayangnya dalam series ni tak lah dititikberatkan sangat stressful life dalam dunia fashion tapi banyak berkisar tentang personal development watak Masaba sendiri dalam personal relationship, friendship dengan Gia (Rytasha Rathore) dan karier. Uniknya dalam web series ni watak Masaba bersilih ganti dengan mini Masaba (Amariah Awantaye) untuk bagi hint yang dia masih lagi mentah dalam hidup which is kinda cute.
But hopefully season 2 nanti kita boleh tengok lebih lagi macam mana House Of Masaba stress layan Bollywood stars untuk costume dalam movie ataupun kejar deadline Lakme Fashion Week. Tambah info tentang fashion dan styling. Plus nak tahu Masaba pilih Jogi (Smaran Sahu) ataupun Dhairya Rana. Shocking scene dekat hujung series pun interesting jugak!
Love doesn't always follow a straight road. There are ups and downs, de-tours and dead ends! And only if you are very very lucky, you find love that lasts forever - Masaba Gupta
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.4/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Thanks share, baru kenal masaba ni hihi
ReplyDeletein my list! i havent tgk lagi
ReplyDeleteBoleh add dalam watchlist nie.
ReplyDeleteKira seasons 1 ini macam pengenalanlah kan Farhana..
ReplyDeleteWah plot cerita yg menarik.. boleh di tonton bila ada kelapangan..
ReplyDeleteA series ek? Macam nak layan la sebab ada kat Netlix - boleh la layan over the weekend.
ReplyDeleteha'ah tapi 6 episod je hehe
DeleteKita tak kenal pun Masaba ni siapa hehehehe bila baca kat sini baru tahu fesyen designer ok... kita boleh tonton lah kat Netflix nanti..
ReplyDeleteOoo cite ni lebih kepada life dia yer... walau tak tau Masaba ni, nanti nak cuba nengok...
ReplyDeleteWow macam best je movie ni, kena tengok la...thanks for sharing tau
ReplyDeleteSuka jalan ceeita mcm ni. Banyak yg kita boleh belajar sebenarnya
ReplyDeletedah lama taka layan movie.. boleh la selitkan cerita ni dlm list nnti ..
ReplyDeletemalam2 layan cerita comedy ni mesti best! nak masukkan dalam list Netflix zul lah. boleh layan lepas habis kerja. heheh
ReplyDelete