Vintageholic Collectible Shop, Subang Bestari

Sunday, 26 July 2020


Minggu lepas pergi kedai pets nak beli pasir kucing tapi ternampak kedai barangan antik sebelah tu terus masuk dalam sebab suka sangat barangan vintage. Kedai Vintageholic Collectible Shop ni dibuka setiap hari dari jam 11 pagi sampai 7 malam kecuali Ahad. 


Kedai dia tak lah besar sangat tapi owner guna semua ruang yang ada dalam kedai dia even dekat siling untuk pamerkan barangan vintage ni. Memang banyak sangat  koleksi!



Asalnya tertarik dengan rak untuk tanaman berpasu dekat bahagian luar tu. Macam cun letak dekat rumah tapi harga dia RM200 so macam okayyyy, duit tak ada hahaha. Masa tu decide masuk lah dalam kejap sebab nak tengok koleksi diorang mana tahu ada yang berkenan. 


Dekat dalam ni selain furniture lama, ada hiasan dinding, koleksi pinggan mangkuk, tiffin, potret, jam dinding, kipas, radio, luggage, pintu, pasu dan banyak lagi lah barang.

Image may contain: people sitting, table and indoor

Image may contain: plant



Hey look at this poster! Movie Dhongee tahun 1979, zaman ni mak Ranbir Kapoor, Neetu Singh tengah berlakon lagi. Zaman ayah Kareena Kapoor, Randhir Kapoor jadi hero movie haha


Ni lagi satu poster, movie Manzil lakonan Nutan dengan Dev Anand tahun 1960. Movie zaman TV hitam putih haha classic!
 



No photo description available.

Dekat Vintageholic Collectible Shop ni boleh tolak barang jugak dekat sini tapi tak tahu lah berapa harga dia akan ambil. Mungkin dia akan nilai dulu ikut tempoh antik dia. 


Masa menyinggah ni owner tengah busy touch up almari lama. Dah cantik nanti boleh la jual balik. Harga for sure naik sebab jenis kayu bukan material murah macam sekarang. Mostly almari dekat Shopee tu murah sebab kayu plywood. Tak tahan lama dan tak boleh letak barangan berat pun. 


Kalau berkenan dan nak menyinggah sini boleh je Whatsapp 0166000858 - Jamie ataupun usha Facebook account diorang Vintageholic Collectible Shop. Ataupun Waze No 9-G Jalan Musytari AM, U5/AM,Seksyen U5, Shah Alam, Malaysia. 

19 comments

  1. eh cecantik barang dekat situ, boleh tahan harga dia eh

    ReplyDelete
  2. wow...brg2 lama.. sapa yg suka kumpul benda2 antik ni boleh la singgah sini

    ReplyDelete
  3. Kalau yang minat deko dengan barang lama. Mesti cari kedai ni. Suka plak tengok barang-barang camni. Harga ok tak?

    ReplyDelete
  4. mahal tak price range dia?? nisa nak setup studio and maybe nak buat vintage corner. menarik ni kalau dapat barang2 kat siniii

    ReplyDelete
  5. Kak pun suka masuk kedai yang jual barang barang lama sebab kat umah di Taiping suami pun minat simpan dan guna barang barang lama. Ni kat shah alam rupanya.

    ReplyDelete
  6. Lovely! I should visit this shop. I love vintage stuffs. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  7. Wow kedai antik macam ni memang susah nak cari kalau pengumpul barang klasik dan antik memang suka pergi tempat macam ni kat rumah kampung kita ada banyak boleh ker jual kat sini hehehehe...

    ReplyDelete
  8. cool gila kedai ni. nampak je lama, tapi cantik dijadikan sebagai hiasan

    ReplyDelete
  9. Memang susah nak jumpa kedai antik ni. Kalau ternampak memang nak cuci mata. Setuju kalau barang zaman dulu lasak kan.

    ReplyDelete
  10. Bukan senang nak cari kedai jual barang antik macam ni...nampak gelas yang letak bunga tu, Mak Sis ada one set... nanti ingat nak ngendeng Mak le gelas tu heheheh

    ReplyDelete
  11. Suka tgk brg2 antik kat sini. Cantek2 dan unik.. banyak nilai estetika kt situ

    ReplyDelete
  12. Woww.. Suka tengok barang antik macam ni. Nilai dia makin tinggi erk. Tapi barang macam ni la mengingatkn kita zama dahulu. Cntik dan unik snagat

    ReplyDelete
  13. Wah banyak betullah koleksi vintage antik kat kedai ni. Harga memang mahal sikit tapi barang-barang dia pun rare dan susah nak dapat dah ni. Sesiapa collector sure suka pergi kedai macam ni

    ReplyDelete
  14. Pengumpul barang2 vintage dan antik pasti cari kedai mcm ni. Diorang suka buat koleksi. Menghargsi barang2 lama, ada sentimental value setiap barang2 ni

    ReplyDelete
  15. Banyak betul barang antik dia.. poster filem tu nostalgia.. hehehe

    ReplyDelete
  16. Banyak betul barang antik dia.. Ada some of the thing remind me of my grandma stuff. Nostalgia sungguh la

    ReplyDelete
  17. eh dekat ni nanti boleh pergi singgah. barang semua nampak best untuk dijadikan koleksi

    ReplyDelete
  18. Thanks for introducing this place to me, sometimes i love to check out vitange shop.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.