Tips Kurangkan Muka Berminyak Selepas Bangun Tidur Dengan Hansaegee Aloe CC Cleanser Dan Aqua Whitening Cream

Thursday, 9 July 2020

Bila bangun pagi kulit muka mesti rasa berminyak tambah pula kalau muka yang jenis combination atau oily macam I. Tahu tak kenapa kulit muka kita berminyak selepas bangun tidur? 

Bila di penghujung waktu siang, kulit muka kita akan mula kehilangan banyak air di dalam kulit. Makin bertambah kesannya bila masuk waktu malam. Disebabkan perubahan ni lah skin barrier kita akan menghasilkan lebih banyak minyak untuk menghalang kulit kita hilang lebih banyak air dan menjaga muka kita. Sebab tu muka berminyak sangat bila kita bangun tidur. Tapi bila minyak di kulit muka berlebihan, muncul masalah baru iaitu jerawat. 


Untuk elakkan muka berminyak dan berjerawat, kita kena tingkatkan kelembapan kulit muka.  Cara yang paling bagus dan berkesan untuk mengurangkan kulit berminyak ialah dengan mencari produk yang sesuai. Aloe AC Clean Bubble Cleanser  dan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature lah jawapannya.



Pencuci Muka Buih Dari Korea, Aloe AC Clean Bubble Cleanser keluaran Hansaegee Nature menggunakan 10 jenis bahan semulajadi untuk memberi kelembapan pada wajah dan merawat acne juga mengurangkan spot mark. Kajian pada tahun 2014 menunjukkan penggunaan aloe vera boleh membantu dalam melembapkan kulit muka untuk merawat kulit muka yang berjerawat dan juga kulit muka berminyak. 


Nak pakai cleanser ni pun mudah je 

1. Basahkan muka dan tangan terlebih dahulu. Pam 2 kali pada tangan yang basah.
2. Urut muka dengan perlahan dengan gerakan bulat. Buih akan semakin banyak pada kulit yang basah.
3. Kemudian, bilas seperti biasa.


Yang bestnya bila guna Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni, bukan je berbau wangi sebab ekstrak bunga-bunga dan tea tree, tekstur pencuci ni pun lain dari pencuci biasa kita jumpa sebab tekstur dalam bentuk buih. Ni pertama kali pakai cleanser buih macam ni. At first risau juga tak rasa macam cleanser tapi bila dah guna okay je. 

Untuk kulit muka berminyak, kita digalakkan pakai cleanser dengan tekstur yang berasaskan buih sebab tu Aloe AC Clean Bubble Cleanser pilihan terbaik bila dapat menyingkirkan minyak tapi tak mengeringkan muka. Bila cuci muka tu cepat je meresap dalam kulit so dia mencuci lebih dalam dan berkesan untuk menjaga skin barrier.  Tak perlu gosok muka tapi cukup dengan guna hujung jari dan buat circular motion supaya kulit muka tak menghasilkan lebih banyak minyak. 

Tak risau bila pakai Aloe AC Clean Bubble Cleanser sebab alcohol-free, paraben-free dan sulfate-free. Penggunaan alcohol dalam pencuci muka akan mengeringkan kulit muka dan menghasilkan lebih banyak minyak di kulit muka. Satu botol ni ada 150ml, dijual dengan harga RM60 sebotol. 



Sebelum ni dah pernah up entry tentang produk ni. Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni dirumuskan dengan ekstrak herba yang memberikan penembusan dalam kulit, menormalkan tahap kelembapan dalam kulit dan dapat merawat semua jenis kulit seperti kulit berminyak, kulit kering, kemerahan atau sunburn, kulit yang sensitif dan berjerawat, tona kulit tidak sekata dan garisan kedutan di wajah.

Tekstur krim yang tebal tapi sangat lembut dan ringan. Bila sapu di muka tak melekit langsung macam moisturizer yang lain dan cepat meresap. Bahan utama moisturizer Hansaegee adalah Niacinamide yang berfungsi untuk mengunci kelembapan di kulit muka. Masa terbaik untuk apply Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni selepas mencuci muka sebab masa tu liang pori kita terbuka jadi pelembap boleh meresap jauh ke dalam kulit. 

Rasa sejuk dan selesa lepas dah buat urutan muka dan tap tap tap selama 10 saat supaya krim meresap masuk ke kulit dengan sempurna. Suka dengan bau cream ni sebab wangi tapi tak terlampau strong. Just nice je bau dia.


Bila siang dan malam guna dua produk ni, boleh nampak perubahan pada kulit muka. Penggunaan waktu siang sebagai perlindungan dari sinaran yang membahayakan kulit dan juga partikel bebas. Malam pula untuk baiki sel kulit yang rosak. Duduk rumah pun kena guna sebenarnya sebab kita terdedah dengan udara luar dan sinaran laptop. 

1. Apply pada dahi, hidung, pipi dan dagu
2. Ratakan pada seluruh muka dengan kedua-dua belah tangan.
3. Buat urutan di muka berbentuk bulatan sampai krim bertukar menjadi titisan air.
4. Tap tap tap dengan jari selama 10 saat


Bila cuci muka dan guna pelembap dengan tekstur lembut seperti dua produk Hansaegee ni akan stabilkan kadar pengeluaran minyak semulajadi di kulit muka. Bila guna produk yang tinggi bahan pelembap, bahan yang ada dalam produk yang menarik air keluar ke kulit dan bukannya menyesakkan dengan lebih minyak. Lepas guna dua produk ni, kulit muka rasa segar dan selesa sebab minyak di muka berkurang, kulit muka pun lembap dan halus.  


Hansaegee Nature ni dah lama bertapak dalam bidang kecantikan di Malaysia sejak tahun 2011 lagi. Produk kecantikan yang dibuat dari Korea ni hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk merawat dan menjaga kecantikan kulit muka. Boleh tengok di pautan link di bawah sekiranya berminat : 

Brand : Hansaegee Nature
Pembeli online : Hansaegee Nature 
Instagram : @hansaegeenature
Twitter : @hansaegee
Facebook page: Hansaegee Nature

20 comments

  1. Rasa sejuk muka bila tengok Farhana cuci muka berbuih-buih.
    Apa yang sis tahu kebanyakkan produk Korea guna bahan semulajadi so kita pun takde la risau dengan bahan chemical tu semua kann..

    ReplyDelete
  2. Kurang minyak, lebih confidence gittew

    ReplyDelete
  3. Aloe Vera and aqua are one of my favourite ingredients in a beauty product. Nampak smooth shj texture cleanser nyer.

    ReplyDelete
  4. Kenapa banyak sangat Rawlins baca review yang positif berkenaan Hansaegee nie? Nampak gaya Rawlins kena try gak la - sebabnya dah berusia nie macam2 kna buat hahaha

    ReplyDelete
  5. Alaa saya pun kulit berminyak juga ni. Nanti nak cuba jugaklah produk ni. Semoga kena dan berkesan lah dengan kulit muka ni

    ReplyDelete
  6. saya cukup hati hati dalam pilih skincare terutama bila tgk ingredients. product ni nampaknya banyak kandungan yg ok

    ReplyDelete
  7. Wow.. Menariknya produk ni. Ramai betul yang review cakap best. Boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan, nama blogger baru dan nama saya Linda
    Saya ingin bertukar link dengna rakan-rakan blogger semud
    Sertai segmen saya "Jom Tukar Bloglist"
    Maaf jika ada salah susunan, orang baru…heheheh..Baru nak belajar buat segmen dan cari rakan-rakan
    JOM TUKAR BLOGLIST

    ReplyDelete
  9. ika pernah cuba produk ni.memang best and betul dpt kurangkan minyak and kalau utk kulit sensitif takda bagi rasa sakit atau tegang kulit lepas guna

    ReplyDelete
  10. Hansagee ni memang bagus laa produk dia, tak kisah laaa produk yang mana, kalau siapa yang dah guna mesti tau kebagusannya..sis pun dah cuba, sangat serasi dan suka sangat..

    ReplyDelete
  11. Waahhhh akak suka produk Hansaegee ni... one day nak try AQUA diorang pula...baru baru ni akak ada beli CC cream dari diorang.

    ReplyDelete
  12. nak kena try ni. sebab muka beminyak bila bangun je dari tidur..

    ReplyDelete
  13. Patut muka sis nampak berseri2 je. Kenal amalkan juga cara ni. Selalu pakai pencuci muka bila berminyak je. Ish2 tak boleh jadi ni

    ReplyDelete
  14. Kalau yang sesuai, memang boleh try produk ni. mana tahu menjadi kan..

    ReplyDelete
  15. baru tau sebab kulit berminyak. aloe vera memang dah tahu banyak kegunaan dan kelebihannya. ;)

    ReplyDelete
  16. Kalau bangun pagi memang rasa muka berminyak. Kita pernah pakai cleanser ni memang membantu sangat untuk kulit

    ReplyDelete
  17. AM mmg pengguna tegar produk hansaegee nie terutama yg pencuci muka nie.. Mmg rasa segar dan bersih je muka.. Mmg puas hati..

    ReplyDelete
  18. Saya suka juga guna produk cleanser tapi yg ni belum cuba... akan cuba nanti.

    ReplyDelete
  19. saya memang berhati2 dengan pemilihan skincare dan suplemen. tak nampak ramuan produk ni, so takleh komen lebih2

    ReplyDelete
  20. wahhh macam best je guna aloe CC Cleanser tu. buih buihhh gituuww! rasa nak try lah nanti sebab muka memang jenis oily berminyak kan. hehehe thanksss for suggesting this! :D

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.