Sandeep Singh antara kawan baik Sushant dan uruskan semua dari awal mayat Sushant dijumpai di bilik sehingga lah final rites di Pawan Hans crematorium di Vile Parle.
1) Hospital
Belum pasti lagi sama ada Sandeep Singh antara yang hadir ke party Sushant pada malam 13 Jun tapi Sandeep antara yang terawal ada di tempat kejadian. Dia yang in charge bagi arahan kepada polis dan ambulans untuk hantar mayat Sushant ke JJ Hospital untuk viscera test dan buat post-mortem di Cooper Hospital.
Kenapa bagi arahan untuk pergi ke dua hospital ni berjarak 20 minit sedangkan ada hospital kerajaan yang buat post-mortem dan lebih dekat dengan rumah Sushant dalam masa 5 minit je. Makin bertambah pelik bila 3 ambulans bertukar untuk bawa mayat Sushant.
2) Autopsy
Tak pasti prosedur handle kes bunuh diri macam mana tapi kenapa Sandeep Singh boleh bagi kelulusan untuk buat autopsy sedangkan dia bukan ahli keluarga Sushant? Dia juga yang tunggu autopsy habis sampai jam 2 pagi. Walhal boleh tunggu sampai ahli keluarga datang.
'That night when I finished post mortem in Cooper hospital....' - Sandeep Singh
Siap je autopsy pada awal pagi 15 Jun 2020, mayat Sushant terus dihantar ke Pawan Hans crematorium di Vile Parle Mumbai. Masa Sridevi dan Rishi Kapoor meninggal, ahli keluarga akan release gambar dalam kain kafan untuk peminat tengok buat kali terakhir tapi Sushant tak ada langsung.
3) IG Post
Dalam kesibukan Sandeep mengatur dan menguruskan pihak polis dan ambulans, jam 2.30 petang pada 14 Jun 2020, Sandeep sempat curi masa untuk korek gambar lama dia dengan Sushant.
4) Interview
Lepas kematian Sushant, Sandeep busy pula dengan interview dari pelbagai news channel sampaikan kawan kepada ayah Sushant, Nilotpal Mrinal luahkan rasa tidak puas hati kepada Sandeep Singh yang dituduh sebagai ambil kesempatan.
Tak cukup dengan lepaskan marah di socmed, dia hantar email kepada pihak polis Mumbai yang sedang jalankan siasatan untuk kes Sushant.
Walaupun Sandeep beria post tentang Sushant dan claim diri dia best friend Sushant tapi bila fans stalk akaun IG dia, tak ada pun post tentang Sushant sebelum ni. Even Sushant tak follow acc dia sedangkan Sushant jenis follow semua orang even fans. Jadi kenapa baru sekarang dia muncul lepas beberapa tahun menghilang?
5) Messy Track Records
Sandeep Singh antara Bollywood movie producer tapi dia pernah dibuang dari Radio Mirchi sebab mencuri duit company. Sebagai journalist di Navbharat Times pula, Sandeep buat artikel mengenai Sushant yang mengalami depression.
Later on, dia terlibat dengan kes sexual assault terhadap seorang budak lelaki di Mauritius semasa buat penggambaran dekat sana.
Beberapa hari lepas kematian Sushant, Sandeep up video minta supaya fans tak blame sesiapa dalam Bollywood industry sebab Sushant sendiri bunuh diri sedangkan kes masih berjalan, kenapa dia nak keluarkan statement macam tu?
Sampai sekarang polis Mumbai belum panggil Sandeep Singh untuk record statement sedangkan dia yang in charge untuk bawa mayat Sushant ke Cooper Hospital, siapkan list 20 orang kenalan Sushant untuk pergi ke Vile Parle dan penglibatan Sushant dalam Bollywood industry.
Update 010820 :
6) Mumbai Police Tak Record Statement
Selepas upacara terakhir Sushant, Sandeep Singh dipanggil oleh pihak polis Mumbai untuk soal siasat bila dia antara yang uruskan mayat Sushant. Dalam interview bersama Arnab di Republic TV, Sandeep bagitahu tiada written statement ataupun video record yang dilakukan oleh pihak polis sepanjang sesi soal siasat berlangsung.
Berita ni agak mengejutkan sebab sepatutnya dalam mana-mana sesi soal siasat perlu ada bukti. Which only means one thing, Mumbai police nak cover something big.
Macam pelik je bila baca details nie.. Apa agaknya sebab tiba-tiba dia muncul..
ReplyDeletemcm x percaya je ada manusia mcm ni
ReplyDelete