As they always said "let the evidence speak to us" where you can always observe the crime scene rather than believing a cooked up story.....
Sebelum ni dah sembang pasal keadaan mayat Sushant Singh Rajput pada hari kejadian so dalam post ni nak sembang beberapa point yang menjadi tanda tanya untuk kes kematian Sushant.
1. Stool
Bila polis putuskan Sushant meninggal disebabkan bunuh diri, ramai yang bertanya macam mana Sushant gantung diri dia? Macam mana dia panjat untuk ikat dupatta hijau dekat kipas dan gantung diri dia? Kalau ketinggian fizikal Sushant boleh sampai tahap kipas, then kenapa dupatta diikat rendah?
Macam mana Sushant yang bijak dalam engineering tapi miscalculated ketinggian dia?
2. Tensile Strength
Bukan setakat miscalculated ketinggian tapi tak boleh nak agak dupatta yang nipis tu boleh menampung berat badan dia sampai boleh terkoyak. Bila ramai yang suarakan hal ni, lepas 3 minggu baru polis hantar dupatta tu untuk buat tensile strength. Kenapa tak buat dari awal? Dah seminggu hantar tapi sampai sekarang tak dapat jawapan lagi.
3. Kesan Tapak Kaki
Polis claimed Sushant dijumpai tergantung dekat kipas tapi kenapa katil dia kemas? Bukan sepatutnya ada kesan tapak kaki sebab ramai yang nak turunkan mayat dia? Badan Sushant dalam 80kg, masa nak letak atas stretcher pun kena 5 orang yang angkat.
4. Pintu Bilik
Pintu bilik mayat Sushant dijumpai bukan guna lock biasa tapi computerized. Kalau kena lock dari dalam, memang susah kalau tak ada kunci pendua. Maid tak jumpa kunci pendua sebab tu tunggu sampai sejam locksmith datang. Kenapa tak ada yang tendang? Kenapa tak ada yang call polis?
Rumah tu kan Sushant sewa dengan girlfriend dia, Rhea so kenapa tak ada yang call Rhea minta datang ke rumah untuk buka pintu? Kalau call sekali taknak angkat then kenapa tak call beratus kali? Emergency kan? Rhea online awal pagi 14/06/2020 tu sampai 2 jam sebelum berita kematian Sushant keluar.
5. Bilik
Kalau tengok dalam gambar dengan video yang leaked, timbul soalan kenapa bilik Sushant macam tu? Kosong! Taste Sushant sama macam
Katrina Kaif, suka hias dengan barang vintage and yes, ada buku. Tapi bilik tu tak banyak barang, even dalam almari tak banyak baju sedangkan Sushant quite up to date with fashion style.
Compare gambar atas dengan gambar dekat bawah. Berbeza sangat flavor kedua-dua ruang.
Even badan Sushant tak muat atas katil dalam bilik yang dia dijumpai tu! Bilik ni kecil sangat untuk Sushant jadikan bilik tidur dia. Lagi satu Sushant suka tingkap yang luas supaya dia boleh tengok bintang. Tapi dalam bilik ni tak ada tingkap? Dia sewa condo ni dengan Rhea tapi kenapa bilik Rhea luas tapi bilik Sushant sempit macam ni?
6. Gelas Jus
Orang gaji keluarkan statement dia bagi segelas jus delima kepada Sushant pagi tu dan Sushant bawa masuk dalam bilik so mana gelas tu?
7. 5 Buah Journal
Hari kedua selepas pemergian Sushant, polis keluarkan statement mereka jumpa 5 buah journal milik Sushant tapi polis tak pernah disclose apa isi dalam journal tu. Kalau betul dia depressed, kita dah boleh tahu. Kalau dia ada masalah, kita dah boleh tahu dari situ.
8. Smartphone
Polis bagitahu media yang Sushant google nama dia sendiri beberapa minit sebelum bunuh diri tapi smartphone milik Sushant ni kemudian diserahkan kepada creative manager Sushant, Sidharth Pathani. Kenapa tak bagi pada family? Beberapa hari lepas pemergian Sushant, kecoh bila followers dan following di socmed Sushant berubah.
9. CCTV
|
Ankita & Sandeep Singh melawat family Sushant untuk ucap takziah |
Hari pertama polis keluarkan statement CCTV dekat rumah Sushant kena tutup tapi tak lama lepastu ubah statement yang apartment Sushant tak ada CCTV then ubah lagi kepada CCTV working just fine bila netizen tunjuk bukti bangunan apartment Sushant ada CCTV. Duh?
10. Tampered Evidence
Bila tengok dalam video yang leaked tu sakit hati je tengok polis Mumbai buat kerja kumpul bukti. Berbeza sangat dengan CSI ataupun polis dalam movie buat kerja. Evidence longgok je dalam plastik sampah biasa. Dalam plastik tu boleh nampak dupatta hijau yang katanya Sushant guna untuk gantung diri tapi apa benda berwarna biru tu? Kenapa campur?
Dalam video, polis guna selimut di katil tu untuk tutup mayat Sushant. Kenapa selimut tu tak dijadikan bahan bukti. Boleh je check in case ada kehadiran sebarang bahan kimia kan? Macam dalam post sebelum ni
bila di baju Sushant ada white stain. Rumah Sushant tak kena sealed pun supaya tak diganggu. Sesiapa je boleh masuk dan pergi. Even keluarga Sushant diarahkan untuk kemas barang-barang Sushant lepas final rites. Kenapa?
11. Sampah?
Dalam video yang leaked tu boleh nampak orang gaji Sushant pegang bag plastik hitam besar dekat bilik Sushant. Apa yang dia pack?
Dalam video jiran Sushant share, nampak orang gaji dia lari sambil bawa bag tu. Kalau sampah dalam rumah, kenapa bawa masuk dalam bilik tu? Kalau sampah dalam bilik tu, kenapa boleh bawa keluar? Bukan semua barang tak boleh kacau ke sampai penyiasatan selesai?
12. Fudge
Sushant ada anjing nama Fudge tapi pada hari kejadian langsung tak ada yang mention pasal Fudge so di mana Fudge? Dua tiga hari lepas family Sushant balik ke Patna baru kakak dia post Fudge tak lalu makan sebab rindukan Sushant.
13. Party
Malam 13/06/2020, dekat rumah Sushant ada party sampai tengah malam dan jiran dia sahkan perkara ni tapi sampai sekarang tak tahu lagi siapa yang attend party tu. Bukan setakat tak tahu siapa, even tak dipanggil ke balai polis untuk disoal siasat sedangkan mereka suspek utama.
Polis kata semua bukti dah dikumpulkan dan polis akan umumkan dalam masa terdekat tapi dari cara polis handle kes ni dari awal, kita dah boleh agak dah apa keputusannya. Disappointed.
Polis India, hmm.. apa yang dalam movie dorang tunjuk tu betul la agaknya. penuh dgn korupsi, penipuan, dll yang takde integriti langsung.
ReplyDeleteAdoi kita baca ni terus sakit hati..dalam movie kemain lagi..padahal haram tak sama
ReplyDeleteJangan-jangan dia kena bunuh tak.. Kalau tengok dari semua perkongsian ini kematian dia tak macam bunuh diri pun..
ReplyDelete