Kalau semalam pendedahan dibuat oleh
keluarga Sushant, kali ni bekas kekasih Sushant tampil untuk tunjuk bukti Sushant dianiaya oleh Rhea Chakraborthy dan keluarga dia. Ankita bantu keluarga Sushant dengan bukti dari pihak dia dan juga
bekas team Sushant yang managed dia dalam industry. Sushant tukar team pada Mei 2019 kepada team sama syarikat dengan Rhea.
Sushant dan Ankita bercinta selama 6 tahun dan putus pada tahun 2017 tapi masih kekalkan hubungan yang baik. Turns out Sushant pernah minta pertolongan dari Ankita bila dia tak tahan dengan perangai Rhea yang kawal semua sampai dia hilang arah. Sushant contact Ankita masa filem Manikarnika release.
1. Keluarga Rhea bermewah dengan duit Sushant
Dalam Whatsapp conversation yang didedahkan Ankita, Sushant bagitahu yang Rhea bawa mak dia, Sandhya Chakraborty datang rumah Sushant dan tinggal dekat sana tanpa persetujuan Sushant. Sushant bagitahu dia rimas dan tak suka dengan kehadiran Sandhya.
Rhea bukan setakat guna credit card Sushant untuk shopping tapi paksa Sushant belikan kereta mewah untuk abang dia, Showik Chakraborty.
2. Kawal Handphone
Tak cukup dengan tu, Rhea akan pastikan Sushant tak contact sesiapa terutamanya family Sushant. Semua personal conversation dia akan baca dan tapis. Setiap kali Sushant cuba contact orang luar, dia akan reset setting handphone dia supaya Rhea tak dapat trace. Rhea beli 3 high end smartphone dan akan pegang 2 smartphone kepunyaan Sushant setiap kali keluar dari rumah.
Februari 2020, keluarga Sushant dah buat police report yang Sushant dalam bahaya tapi pihak polis endahkan sahaja. Ada juga blind item dedahkan yang semua orang perlu berurusan dengan Rhea sahaja dan banyak movie ditolak sampaikan Sushant tak ada langsung job tahun 2019.
3. Tukar Team Sushant
Ramai yang tertanya-tanya kenapa Sushant berubah team management, berpindah ke flat yang rendah tahap keselamatan, tukar PR team dan juga bodyguard. Semuanya dilakukan oleh Rhea dan Sandhya tanpa kebenaran Sushant. Bila Sushant pertikaikan, Sandhya akan ugut akan malukan dia pada pihak media.
4. Blackmail
Sushant dah fed up dengan perangai Rhea dan nak putuskan hubungan tapi Rhea ugut nak dedahkan pada media tentang medical report dia sepertimana yang keluarga Sushant nyatakan dalam FIR mereka pada pihak polis Patna. Imej Sushant dah buruk sejak 2018 bila
rumours, blind items dan kontroversi #MeToo yang diterbitkan untuk jatuhkan supaya dia berundur dari Bollywood.
Ankita bantu keluarga Sushant di Patna dengan tunjukkan bukti conversation di Whatsapp dan juga aliran wang dalam akaun bank Sushant. Ankita dah record statement di balai polis Bihar sebab tak puas hati dengan cara polis Mumbai jalankan siasatan untuk kes kematian Sushant. Setakat ni masih belum ada apa-apa statement dari Rhea dan keluarga.
Betul-betul dia control sushant..
ReplyDeleteMujurlah ada bukti dari Ankita pula..
semoga kes dapat dibawa ke muka pengadilan..
haihhh... this is bad
ReplyDeleteMakin lama, makin banyak ya pendedahan pasal kes sushant ni. Harap Sushant dapat pembelaan yang sepatutnya!
ReplyDelete