Sooryavanshi Promotion Fashion Files | Katrina Kaif

Saturday, 25 July 2020

Movie Sooryavanshi sepatutnya release bulan Mac 2020 tapi disebabkan Covid-19, terpaksa tangguh tayangan tapi sempat la team production buat trailer launch dan para pelakon pergi promote walaupun dua tempat je. Tak jadi masalah pun bila movie di bawah production house besar dengan barisan pelakon A-list. Cuma sayang lah tak dapat tengok Kat doll-up dengan gaya yang cantik dan feminin.


Sejak Fitoor, Katrina dah makin menitikberatkan penampilan dia instead keluar berpakaian simple dengan jeans dan shirt. Semakin meningkat usia, semakin pandai bergaya. Suka sangat kalau dia pilih untuk gayakan mini dress atau floral printed sebab sesuai dengan karakter dia, the girl-next-door. 

1. First Official Announcement


Sooryavanshi': Katrina Kaif introduces her co-star Akshay Kumar's ...

Kat nampak comel dengan mini top floral printed berwarna putih dan base berwarna merah hati. Dipadankan dengan ripped jeans berwarna biru. Katrina nampak muda dan berseri dengan gaya rambut heavy curl, gaya berbeza dari yang sebelumnya. Dengan makeup tipis untuk gaya natural ditambah pula necklace nipis melengkapkan penampilan summer look Katrina. Fresh and vibrant!

2. Trailer Launch 

Katrina Kaif for Sooryavanshi trailer launch : BollywoodFashion

For trailer launch Sooryavanshi, Kat pilih warna yang agak terang and of course mencuri tumpuan bila event dihadiri dengan nama-nama besar seprti Akshay Kumar, Ranveer Singh, Ajay Devgn, Karan Johar dan pengarah Rohit Shetty. 

Sooryavanshi trailer launch: Ranveer Singh's tardiness, Akshay ...

Dress pleated dengan jalur yang disusun melintang dari bahagian atas hingga ke bawah berwarna oren dari koleksi Dolce & Gabbana. Dress ala corset ni compliment bentuk badan Kat yang memang cantik dengan wujudkan beberapa tulang di bahagian abdomen juga net chiffon di bahagian skirt. Gaya sweetheart neckline di area leher menampakkan bahu dan leher jinjang Katrina.

Gaya Kat dipadankan bersama transparent strap heels Aldo dan hoop rings  nipis berwarna emas koleksi Mineralli. Hairstyle sebelah di bahagian depan dengan wave halus dengan rambut lepas bebas dari Amit Thakur Since trailer launch event ni dibuat pada musim panas, makeup Kat pun agak tipis supaya selesa. I bet she's using her own makeup brand, Kay. Looks beautiful on her. 

3. Being Desi 



Tanya Ghavri buat pilihan yang tepat untuk mengenakan lehenga bercorak bunga bersaiz sederhana berwarna pink, ungu, cream pastel dengan base putih untuk penampilan Katrina Kaif di The Kapil Sharma Show. I bet the material is satin so bila Kat bergaya untuk photoshoot, kain tu nampak cantik beralun sebab material yang digunakan sederhana berat dan jenis licin. Sesuai dengan harganya Rs198,500. Fuhhh

I dislike that same printed dupatta. Lagi cantik kalau dibiarkan kosong atau floral printed di bahagian sisi sahaja. Tapi suka tengok chandbalis bersaiz besar dengan warna emas sesuai dengan heels emas Katrina pakai. 

Katrina Kaif

Jatuh cinta dengan close up look Katrina sebab heavy makeup dan contour di bahagian jaw dan cheekbone dengan bahagian kening yang sengaja ditebalkan supaya nampak sama naik dengan contouring. Soft smokey eyes, dark pink lips dan gaya rambut lurus dengan belahan kemas di bahagian tengah melengkapkan gaya Katrina sebagai seorang diva. 

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.