Production Company : Sahamongkolfilm International Company
Distributor : Pipal Tree
Genre : Comedy / Horror / Romance
Running Time : 125 minutes
Release Date : 13 February 2020 (Thailand)
Trailer :
Diadaptasikan dari kisah benar, Lin (Ploypailin Thangprapaporn) selalu ditinggalkan boyfriend sebab kelebihan dia boleh nampak hantu. Disebabkan hal tu, kesian dengan nasib kawan baik dia, Gett (Morakot Liu) nasihatkan supaya rahsiakan perkara ni dari orang lain.
Since then hidup dia berubah dan tak lagi dipandang pelik. Even dapat bercinta dengan Tor (Kidakarn Chatkaewmanee), si pelakon kacak. Tapi bila berubah status menjadi superstar, Tor mula pinggirkan Lin. Tambah pula bila Lin bersikap aneh sampai Tor menyampah dan segan bila perbuatan Lin curi tumpuan orang lain.
Sudahnya Tor buang Lin dan Lin ambil keputusan untuk pergi ke Chiangmai supaya dapat move on. Boleh ke nak move on kalau setiap hari stalk Tor? Dekat Chiangmai dia berjumpa dengan Pud (Mario Maurer), scriptwriter yang kena buang dengan girlfriend director bila dah menang award.
Pud pergi ke Chiangmai untuk cari ilham movie terbaru dia bergenre seram dan curi-curi gambarkan heroin cerita dia seperti Lin. Pud bawa Lin berjumpa Karay (Nakhorn Silachai) sebab katanya ada banyak kisah seram sebab dia boleh tengok hantu. Dekat Thailand, yang putus cinta je pergi bercuti masa low season. Low season ni boleh kata musim tengkujuh la sebab cuaca dalam movie ni hujan dan kawasan kebanyakannya lembab. Sebab tu la masa ni tak ramai pengunjung sebab banyak masa dihabiskan di bilik hotel je.
Since movie genre ni romantic comedy so for sure lah Lin dengan Pud sama-sama jatuh cinta di Chiangmai tapi scene komedi dan seram dalam movie ni yang best nak layan. Romantic scene tak la banyak sangat but the way they connect with each other, slowly but surely kind of sweet and warm even in low season like this.
Bev Film dan Theerat Wongvorapat guna kecantikan Chiangmai baik pada waktu siang mahupun malam sebaik-baiknya dengan camera shot dan drone yang memukau. Suka tengok scene Pud dengan Lin stargaze dekat luar bilik. Scene diorang tengok sunrise pun cantik sangat. Visual dan sinematografi memang terbaik.
Homestay Omm (Theeradanai Suwannahom) unik dan berkonsepkan nature, macam best pulak boleh enjoy dekat hilltop retreat macam tu. Ditambah dengan music soundtrack yang melankolik dan soft sesuai dengan tajuk dan tema movie.
Sayangnya director-writer Nareubadee Wetchakam tak kembangkan kebolehan Lin yang jadi central trait ataupun keunikan Lin dari heroin genre rom-com yang lain. Dia diganggu hantu dan ada scene hantu minta tolong dia supaya boleh jumpa cahaya tapi team production just ignore that part. I mean what’s the point masukkan scene atau kelebihan tu kalau taknak kembangkan? Boleh je buat Lin berkomunikasi dengan hantu sebagai kelebihan dia untuk buat pertimbangan antara Pud atau Tor. Bukan semua hantu yang datang dekat dia hodoh dan menakutkan.
Lakonan semua pelakon baik utama ataupun sampingan nampak selesa dengan karakter masing-masing tapi tak la susah mana pun since movie ni genre ringan je so most of them boleh act natural sambil have fun dekat set. Tengok behind the scene pun boleh nampak semua enjoy shooting. By the way, muka heroin ada iras Lisa Blackpink. Kalau cakap kembar pun orang percaya.
All in all, movie Low Season memang best nak layan untuk rom-com lover walaupun banyak kali terkejut tengok hantu muncul. Kalau sakit jatung jangan tengok. Background score dia memang mengundang.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
menarik juga untuk ditonton ni
ReplyDeletekalau tengok movie ni kene ada kawan... kalau tak memang ketakutanla, maklum la jenis penakut mcm akak ni hantu lawo ke huduh tetap juga takut hehehhe
ReplyDeletemasuk dalam list yang makin hari makin bertambah... great review as always !
ReplyDelete
ReplyDeleteayo daftarkan diri anda di 4g3n365*c0m :D
WA : +85587781483
Mesti kelakar ni. Cerita hantu thai mesti best best. Nak save lah tengok lepas ni.
ReplyDeleteOk. Kalau horror & comedy Thailand memang Rawlins boleh layan. Weekend nie boleh la masuk dalam senarai movie to watch hahaha
ReplyDeleteKat mana nak tengok? Nak tau apa jadii kat ex bf dia. Nyesal ke tak tinggalkan dia?
ReplyDeleteKalau genre romcom tu dah suka dah, tapi kalau masuk seram2 ni sis tak suka sgt tengok huhu
ReplyDeleteSis lama gak tak tengok cite loving gini, latest King tu leee...nanti boleh gak layan gini..baca review macam best jerr..
ReplyDeleteDidn't know about this movie until I read your blog post. OK must catch it one day yay
ReplyDeleteKlau ada unsur komedi, memang layan cerita thailand ni walaupun cerita hantu atau suspend..nak tgk juga la nnt
ReplyDeletepandai tauu farhanna review movie. ika rasa nak tengok smua movie yang farhanna kasi rate best best. nak kena tengok jgak yg ni hehe
ReplyDeletekalau kat Indonesia, budak yang nampak hantu ni dipanggil budak Indigo... mesti movie ni best kan... nak tengok lah...
ReplyDeleteyey saya dari indonesia!
DeleteWuuuu macam best je cerita ni. Iza suka jalan cerita dia nak2 pulak romantic comedy. Boleh la tgk nanti.
ReplyDeleteRamai ckp cerita thai mmg best...lebih2 lagi cerita hantu...lepas nie nak tengok gak cerita nie
ReplyDeleteFuhhh macam best je cerita ni. Boleh masukkan dalam list movie weekend ni. Dok lepak layan movie sambil makan popcorn. Nikmat diaaa
ReplyDelete