Cerita bermula dengan Seema (Taapsee Pannu) yang dah fed up dengan desakan ayah dia (Anupam Kher) untuk berkahwin dengan pegawai askar, sama dengan karier ayah dia sebagai pegawai berpangkat besar. Katanya civilian ramai yang pengecut sebab tu dia suka bermenantukan pegawai askar. Seema larikan diri dan tinggal dengan pakcik dan nenek dia (Bharati Achrekar) di Goa.
Dekat bandar Goa, Seema berjumpa dengan tiga sekawan, Siddharth Kashyap (Ali Zafar), Jai "Jomo" Lakhanpal (Siddharth Narayan) dan Omkar "Omi" Sharma (Divyenndu). Awalnya Jai dan Omi cuba untuk mengorat Seema tapi gagal. Bila plan diorang fail, masing-masing tak nak kalah brag dan menipu yang diorang berdua dah berjaya tackle Seema. Sid pula tak ambik port sebab dia lebih fokus dengan study tambah pula dia di tahun akhir.
Tapi Sid terserempak dengan Seema di restoran bila dia tersalah anggap yang Seema adalah anak kawan kepada ibu dia. Rupanya anak kawan ibu dia terlewat datang dan taknak pun berjumpa dengan Sid. Dari situ Sid dan Seema selesa berkawan dan bercinta. Tapi Sid mula buruk sangka bila Jai dan Omi bagitahu perkara buruk pasal Seema sebab cemburu tak dapat tackle dan sakit hati ‘cinta’ mereka ditolak.
Since genre movie ni slapstick comedy so jalan cerita Chashme Baddoor pun tak lah menarik sangat pun. Saja tengok sebab dah lama cari movie ni sebab Ali Zafar yang berlakon. Tambah pula lagu Dhichkyaaon Doom Doom tu lagu fav dari tahun 2013 dulu. Movie Chashme Baddoor ni movie remake dari movie lama, Chashme Buddoor tahun 1981 tapi sebab tak tengok movie original so tak boleh nak compare.
Watak Sid, Jai dan Omi dalam movie ni memang loser habis except Sid okay sikit sebab bijak dalam study dan tak kacau perempuan. Tapi most of the time memang melepak saja kerjanya padahal duduk rumah sewa. Tak faham jugak lah kenapa perlu buat 3 watak ni duduk menumpang dekat rumah Miss Josephine (Lilette Dubey) tapi tak nak bayar sewa sampai setahun. Lepastu melepak dekat café Joseph Furtado (Rishi Kapoor) tapi tak bayar langsung. Kalau tak ada duit dan masih pelajar kolej, kenapa tak stay dekat hostel je? Bila tengok movie ni zaman 2020 rasa macam toxic sangat jalan cerita dan karakter 3 pelakon utama ni.
Dialog dalam movie ni memang kerap mention nama pelakon untuk gambarkan situasi dalam babak tu. Kalau yang tak berapa layan movie Bollywood memang tak faham apa kaitannya tapi non-Bollywood fans mana yang akan layan movie ni entah.
Rasanya ni movie kedua tengok lakonan Taapsee Pannu dalam genre comedy and I boleh buat kesimpulan yang Taapsee tak pandai berlakon movie komedi. Even worst, dia nampak kaku dan terlindung bila kongsi satu screen dengan Ali Zafar, Divyendu Sharma dan Siddharth Narayan ataupun Anupam Kher. Dia cuma jadi pasu bunga je. Wardrobe dia pun tak cantik. Some of them looks tacky. Walaupun ni movie debut dia tapi dari tahun 2011 lagi Taapsee dah aktif dalam industry movie Tamil dan antara pelakon wanita terbaik.
Nothing much for visual tapi music album dari duo Sajid-Wajid dengan barisan penyanyi hebat seperti Sonu Nigam, Ali Zafar, Shreya Ghoshal, Mika Singh dan Wajid memang syok nak layan sampai sekarang especially Dhichkyaaon Doom Doom dan Early Morning.
Movie Chashme Baddoor mungkin hit pada tahun 2013 dan antara movie yang Blockbuster sebab genre comedy but maybe it’s not my cup of tea.
1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.4 /10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
<3
ReplyDeleteGigih cari lagu-lagu dia.. hehehe.. Memang nice kebanyakkannya..
ReplyDeleteBaca review Farhana cam best je lagu-lagu dia..
Nampak menarik. dah tak kenal pelakon2 baru ni. hehe
ReplyDelete