Movie Review | Bumi Manusia (2019)

Saturday, 4 July 2020


Pengarah :  Hanung Bramantyo
Penulis Skrip : Salman Aristo, Pramoedya Ananta Toer 
Pelakon :   Iqbaal Dhiafakhri Ramadhan, Mawar Eva de Jongh, Sha Ine Febriyanti, Giorgino Abraham, Bryan Domani, Jerome Kurnia, Kin Wah Chew, Ayu Laksmi
Genre :  Sejarah / Drama
Durasi Tayangan : 181 minit
Tarikh Tayangan : 15 Ogos 2019 (Indonesia)
Syarikat Produksi : Falcon Pictures
Pengedar : Falcon Pictures
Trailer :



Berlatarbelakangkan zaman penjajahan Belanda di Indonesia, Minke (Iqbaal Dhiafakhri Ramadhan) dibawa berjumpa dengan Annelies Mellema (Mawar Eva de Jongh) anak campuran pribumi dan Belanda. Tapi ibu kepada Ann adalah seorang Nyai, wanita simpanan pegawai Belanda. Nyai Ontorosoh (Sha Ine Febriyanti) mempunyai 180 hektar tanah yang diusahakan sebagai ladang penternakan dan kebun pertanian buat penduduk setempat. 


Anak sulung Nyai, Robert Mellema tak suka Minke rapat dengan keluarga dia sebab Minke anak pribumi. Walaupun Minke dapat masuk belajar di kolej HBS seperti anak-anak Belanda yang lain, tetap tak hilangkan taraf pribumi pada Minke. Pada dia pribumi cuma layak jadi orang suruhan kelas bawahan. Robert cuma habiskan masa dengan kemewahan keluarga di padang bola bersama Suurhoof (Jerome Kurnia), kawan sekelas Minke atau di rumah pelacuran Babah Ah Tjong (Kin Wah Chew).


Perjalanan kisah hidup Minke pada asalnya digambarkan tentang penindasan penjajah Belanda terhadap orang Indo tapi sepanjang 3 jam, jalan cerita agak lambat untuk sampai ke gripping point. Kisah cinta Minke dan Ann lebih banyak dipaparkan walhal tak sekuat penindasan orang Belanda. Hanung Bramantyo kurang bermain dengan emosi sedangkan awal movie dah cucuk semangat patriotism dengan lagu kebangsaan. 


Lakonan Iqbal sebagai Minke dan juga Raden Tirto dan juga lakonan Sha Ine antara kekuatan movie Bumi Manusia bila character mereka berdua dikembangkan dan bermain dengan emosi dari awal sehingga habis. Suka tengok scene Ibu Minke (Ayu Laksmi) bagi kata-kata nasihat pada Minke setiap kali dia muncul. Tambah pula bila dapat tengok sisi Minke yang lembut tapi ada tujuan hidup yang jelas. 

“Duniaku bukan jabatan, pangkat, gaji, dan kecurangan. Duniaku bumi manusia dengan persoalannya” – Minke
“Berbahagialah dia yang makan dari keringatnya sendiri bersuka karena usahanya sendiri dan maju karena pengalamannya sendiri.”

“Tidak ada yang bisa lepas dari masalah, anakku. Baik dan buruknya manusia tergantung pada caranya menyelesaikan masalah.” – Ibu Minke

Kalau dikurangkan screentime watak Ann mungkin lagi bagus especially scene dia sedih rindukan Minke sebab dekat situ dah drag lama dah. Sayang watak Ann agak lemah sedangkan dia ada bonda yang kuat hadap dugaan dari usia muda. 


Menarik kalau ada scene Jan Daparste (Bryan Domani) berdiskusi perihal Indo dan Belanda sebab watak Jan juga watak yang dibuli seperti Minke di HBS. Watak dia pun bangga dengan status pribumi. Untuk movie yang bertemakan patriotism macam ni, lebih elok kalau Salman Aristo kembangkan beberapa watak yang tinggi semangat patriotiknya. 


Kecewa la bila full movie agak berbeza dengan trailer sebab dalam trailer dan juga tajuk lebih kepada perjuangan tapi perjuangan tu tenggelam dek kerana kisah cinta Minke dan Ann. Scene Dr. Martinet pujuk Minke melamar Ann pun draggy. 

“Cerita tentang kesenangan selalu tidak menarik. Itu bukan cerita tentang manusia dan kehidupannya, tapi tentang surga, dan jelas tidak terjadi di atas bumi kita ini".”

Semua pelakon dalam movie ni berbahasa Belanda dan Jawa. Tak tahu macam mana diksi dua bahasa ni tapi rasanya semua pelakon buat yang terbaik supaya nampak menghidupkan suasana pada zaman tu. Team penata rias dan property set did a fantastic job sebab kostum terutamanya majlis kahwin Minke dan Ann nampak kaya dengan budaya Jawa. Even makanan orang Jawa nampak sedap especially daging muda masakan Nyai. 





Soundtrack movie Bumi Manusia – Ibu Pertiwi nyanyian Iwan Fals memang sesuai sangat dengan genre dan tema movie ni. Sinematografi pun cantik dengan beberapa shot cantik. Overall I do enjoy watching this movie cuma harapnya ada sequel sebab movie ni adaptasi dari karya Pramoedya Ananta Toer dengan judul yang sama, Bumi Manusia yang diterbitkan pada tahun 1980. Kalau diikutkan Bumi Manusia adalah jilid pertama untuk novel series Tetrologi Buru. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0.7 = 7.3/10

4 comments

  1. uish sampai 3 jam, lama juga movie dia.

    ReplyDelete
  2. Tak tahu pula kewujudan cerita ni. Agak baru jugaklah sebab dikeluarkan tahun lepas.

    ReplyDelete
  3. Ada tengok cite ni tapi tak habis sebab suami suruh tukar cerita lain, dia tak layan cite2 gini, kami ok je. best je

    ReplyDelete

  4. menang berapapun di bayar
    ayo segera bergabung bersama kami di bandar365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.