Melawat Kebun Mini Ibu

Thursday, 9 July 2020

Masa balik kampung bulan lepas my mom ajak pergi ke kebun kawan dia. Kitorang panggil ibu je dekat kawasan taman perumahan ni. Kawasan taman ni ada tempat yang masih lagi berhutan itupun tak tahu lah sampai bila sebab sekarang ni developer jadi gila nak bina rumah banyak-banyak dekat kawasan Sabak ni. Pantang nampak kawasan berhutan, habis ditebangnya nak buat rumah padahal tak ramai pun yang beli. 

So back to kebun tadi. Actually tanam secara tumpang je dekat belakang rumah orang tapi makin lama tanaman makin membesar so ibu decide untuk alih ke seberang. My mom tanya kalau nak kangkung ke apa kutip je dekat kebun ibu. 









Ingatkan sikit je kangkung yang ada rupanya banyak sangat. Besar pulak tu. Memang puas hati la makan. Nak ambik banyak lagi tapi takut bila sampai Subang jadi tak tahan lama. 


Dekat kebun Ibu ni ada pokok bendi yang besar sangat, pokok pisang, pokok ubi kayu, serai, pandan dengan kunyit. Ibu kata lepas ni dia nak tanam daun kesum dekat sini sebab tanah lembab senang dia nak hidup. 


Pernah jumpa orang mengada dalam kebun? Kat bawah ni....


Tak banyak lagi yang ibu tanam sebab baru je lagi tebas bagi lapang sikit kawasan ni lepastu buat batas. Lagipun dekat sini ada babi hutan so kena hati-hati sikit lah bila datang. Hopefully nanti bila ada ubi kayu boleh la buat makan-makan cicah dengan nyoq. dah lama tak makan. Lepas ni balik Sabak boleh bawak balik container sekali isi kangkung dengan serai buat stok dekat Subang. 

Kalau boleh lapangkan lagi nak suruh Ibu tanam pokok bunga roselle sebab dekat Sabak kan panas so senang la dia nak hidup. Best kan duduk kampung, segala macam boleh tanam. Kalau duduk apartment ni, tanam tomato pun tak besar mana pun dia boleh hidup. Tahu-tahu dah kena bena. Tahu-tahu dah mati. Hmmmmm

5 comments

  1. Salam perkenalan, nama blogger baru dan nama saya Linda
    Saya ingin bertukar link dengna rakan-rakan blogger semud
    Sertai segmen saya "Jom Tukar Bloglist"
    Maaf jika ada salah susunan, orang baru…heheheh..Baru nak belajar buat segmen dan cari rakan-rakan
    JOM TUKAR BLOGLIST

    ReplyDelete
  2. rajin berkebun..maka dapatlah hasil n jimat duit belanja

    ReplyDelete
  3. bena tu mmg masalah negara betul...sakit hati...

    ReplyDelete
  4. subur2 tanaman dorang. best duk kg lebih2 lg yang ada tanah luas. kg sy xde tanah luas, ada sikit2 je untuk tanam 2,3 jenis pokok.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.