Meja Bertingkat Dari Shopee Dah Sampai! Berbaloi Beli!

Thursday, 30 July 2020

Bulan lepas ada rezeki lebih hasil dari blog so guna duit tu untuk beli meja bertingkat sebagai self reward rajin update entry sampai banyak kali cecah target bulanan. Jealous jugak tengok orang lain dah ada workstation sendiri so kita pun buat jugak! 


Meja ni haruslah tak lain tak bukan beli dari Shopee lepas dah puas scroll cari yang mana berkenan di hati. Puas hati lepas baca review dan design meja ni terus add to cart dan bayar on the spot sebab order dari China for sure lah sebulan baru sampai. Memang dah target bulan Ogos dah ada workstation sendiri. 


Bila parcel sampai dekat office Selasa lepas memang happy lah sebab sampai sebelum Ogos. Tagline dia je macam tah pape. Laziness Is A Lifestyle?  I beli meja ni supaya lebih rajin update blog bukannya nak jadi makin malas haha

************************

'Apa tu?' 

'Meja'

'Amboi, semalam gaji, harini dah beli meja' 

Hshshshs

**************************

'Apa tu Ana? Tilam?'

'Meja lah haha' 

Balik tu terus buat projek bertukang dengan adik. Dalam parcel ni dah ada manual dengan screwdriver dan spanar dah. Dekat manual tu dah tunjuk berapa kuantiti semua barang yang dia bagi. Tapi silap kitorang tak asingkan dulu betul-betul sampai tertukar screw saiz D dengan K. 


Orang yang bodoh bertukang macam I dan pening kepala tengok manual dia bagi tu memang ambil masa lah. Makan masa sejam jugak lah. Itupun banyak kali adjust sana sini sebab tersilap pasang. 


Kalau buat macam dalam manual yang dia bagi tu tak susah pun tambah pula dia dah letak nat dengan lubang. Tinggal kita nak masukkan skru yang betul je. 


Siap pasang layer bawah tapi lepas dah siap pasang tu kena bukak balik sebab kitorang tersalah pasang. No wonder lah pelik sangat bila dah siap pasang. Sepatutnya layer atas dengan layer bawah tak boleh berlaga bila letak sama level. 


Bila dah pasang layer atas, pelik jugak kenapa skru ada yang hilang. Rupanya Bella dengan Loki main tolak sana sini. Nasib baik jumpa dekat bawah kerusi sebab skru tu panjang. Bila nak pasang, tak ketat pulak. Bila belek, salah saiz rupanya. Dah satu hal kena cari part mana yang silap letak skru. 


Bila dah jumpa baru perasan yang setiap skru berbeza kepala. Dah siap pasang baru perasan haha ada hati pulak tu nak kutuk seller tak bezakan betul-betul padahal diri sendiri yang salah. 





Dah siap pasang layer atas, terus pasang stopper dengan roda. Lepastu bawa masuk dalam bilik buku. Sebab bilik ni jarang guna so tak boleh la biar lama-lama tak guna kan? Nanti ada yang lain pulak guna hshshs


Sebelum nak adjust ketinggian each layer, test dulu ketinggian mana yang sesuai dengan level tangan. Kang kalau set tinggi sangat, lenguh pulak tangan masa menaip. Bila lenguh menaip mula la malas nak update blog. Pastu mula la nak pergi tidur.


Lepas dah set ketinggian, decorate la meja tu seadanya. Yang dekat gambar atas tu keadaan sekarang tapi tak habis deco lagi. Ah tu belakang kira lah sebab yang penting sekarang dah ada work station. Berbaloi lah beli meja ni sebab dengan harga RM150, boleh dapat board yang tebal dengan besi agak kuat jugak lah. Cuma tak puas hati dengan roda dia sebab kecil dan rendah sangat so bila bergerak tu dia macam sangkut-sangkut. Better angkat je daripada tolak guna roda. 

Anyway, thanks seller sebab tak bagi harapan palsu dan barang sampai dalam keadaan bagus dan selamat. Happy me, yeayyyyy!

5 comments

  1. Shopee sangat memudahkan kan :)

    ReplyDelete
  2. Setakat ini shopee tak mengecewakan lagi

    ReplyDelete
  3. beli meja bertingkat macam ni pening juga nak pasang walaupun nampak simple. tahniah berjaya pasang meja ni..hehe

    ReplyDelete
  4. waaaaaaaaa sngt berbaloi beli..cuma pasang jaaa pening

    ReplyDelete
  5. Bestnya.. Rasa macam nak beli juga.. Hahaha..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.