Jamuan Raya Ram Reza & Muhammad 2020

Saturday, 11 July 2020

2 Jun lepas, my firm buat Jamuan Raya rasmi dan diadakan di branch masing-masing pada waktu dan hari yang sama. Disebabkan covid-19 tak dapat lah buat jamuan raya dekat HQ macam tahun-tahun sebelumnya. 


Seminggu sebelum jamuan tu dah discuss dah nak order makanan apa untuk jamuan nanti since kami di branch Petaling Jaya ni tak ramai sangat pun. Sorang bawak 1 menu pun dah boleh buat jadi banyak. 

Lepas dah discuss, dah belek menu dengan harga, menu jamuan raya RRM PJ, makan nasi hujan panas dengan ayam masak merah, nasi impit dengan rendang ayam dan daging, kuah kacang, lemang, tauhu begedil, kek batik, puding susu, keria ball dengan aneka kuih raya. 



Sehari sebelum jamuan tu dah busy decorate bilik meeting dengan lukisan last minute dari Danish. Asalnya nak buat tulisan 3D 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' je tapi terlukis pulak yang lain. Tahu-tahu dah malam dah. 


Hasilnya....


Lampu bintang tu I korek dari storage dekat rumah. Dulu beli dekat Kaison tapi tak pernah guna so officially diguna secara rasmi untuk jamuan ni hahaha kira masuk la dengan lukisan Danish tu kan? :P

Dah settle deco dekat bilik meeting, kitorang deco dekat ruang receptionist sebab nanti nak ambil gambar dekat sini. Record video ucapan sekali untuk upload dekat FB Ram Reza & Muhammad.  Sampul raya dengan kad raya pun korek yang mana ada and recycle yang tahun lepas punya. Berjimat okay. 

AJ busy dengan script video ucapan raya

Dah settle semua, sementara tunggu makanan sampai, kitorang bergambar raya sambil tolong Mr Kai pakai sampin. Entah celah mana dia korek entah. Beli dekat Jakel katanya.


 
Dah siapppppp...



Meanwhile boss tengah busy dalam bilik....


Dah panggil keluar bergambar pun still busy....


anddddd he's ready....


 



Kalau ikutkan nak buat video lip sync lagu raya tapi lepas cubaan demi cubaan macam tak menjadi je so kitorang drop the idea haha


Jamuan supposedly start dalam pukul 12.30 macam tu tapi record ucapan raya dulu dan shoot some videos dan gambar official lepastu baru makan. Dalam pukul 11 macam tu makanan dah sampai so sempat la nak setup meja makan sebelum ucapan.


 





Ngam jam 12.30 our managing partner dah sampai ke office untuk shoot video official raya dari RRM then boleh lah makan. Perut pun dah berbunyi sebab bau makanan semua sedap-sedap. Siapa boleh tahan kan? 


Tapi sebelum makan tu kena setup monitor dulu untuk Zoom meeting sebab ikut schedule jamuan raya akan ada sesi berbalas pantun dari semua branch dan buat ucapan raya serentak. 



RRM HQ, Petaling Jaya, Penang, Kuala Terengganu & Jakarta in one frame :)

Nak buat ucapan pun satu hal jugak sebab tak semua branch dapat connection bagus. Nak setup angle bagi semua orang nampak pun satu hal jugak 


So sementara menunggu semua branch betul-betul ready, kita makan la dulu sambil dengar lagu raya


Masa tu memang rancak menyembang macam-macam hal tambah pulak makanan semua sedap memang sakan la masing-masing tambah seround dua


Masa sesi berbalas pantun tu quite meriah la jugak tapi dah lupa pulak apa pantun dari Ms Fisah wakil branch PJ hshshs sorry miss. 

So this is our official photo untuk raya tahun ni. 


Tak la segempak gambar raya dari RRM HQ sebab location bangunan diorang cantik untuk outdoor photoshoot. 

 Freestyle pun kelakar. 

Dari pagi membawa ke petang kitorang beraya dan bergambar. Walaupun sambut dekat branch masing-masing je tetap meriah la. Hopefully tahun depan dah boleh beraya dekat HQ, for sure lagi meriah dan menu lagi sedap. Nak berbalas pantun pun lagi syok. Last but not least, gambar the Oasis girls beraya!


Tak lama lagi dah nak Raya Haji kan, so Selamat Hari Raya Haji. Mesti tahun ni meriah sebab ganti raya puasa yang terbatas tempoh hari. Hiks! 

17 comments

  1. Riang ria semuanya kelihatan :D

    ReplyDelete
  2. Ya.. Musim PKPB hari tu semua masing-masing#stayhome kerana mengikuti undang2 negara. Semoga ada hikmah smeua ini

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaaa... tahun ni ofis saya x buat jamuan raya. xde feeling nak pakai baju raya. wefie raya ofis...sobsss

    ReplyDelete
  4. Seronok betul ramai ramai. Layan bergambar makan makan .. bergambar dan makan makan lagi. Best moment ynag takkan dilupakan..

    ReplyDelete
  5. Kan ... sape kata takleh buat . Kemeriahan tu kena sentiasa diraikan sebagai kenangan di hari yang mendatang . Tapi rasanya tahun 2020 ni banyak sangat dah tanda ingatan yang tak akan dilupakan .. hehehe

    ReplyDelete
  6. Cantiknya gambar raya yang kat balkoni tu. And yes, beraya online sekarang pun dah trending kan hehe

    ReplyDelete
  7. Seronoknya banyak branch. Meriah jamuan raya. Semua sporting je

    ReplyDelete
  8. Everyone looks so happy and enjoy the Jamuan Raya. Nice photo shooting for the team.

    ReplyDelete
  9. wahh seronoknya jamuan raya. hmm.. harap2 tahun depan dah kembali ke sedia kala :)

    ReplyDelete
  10. Meriahnyaa suasana, suka kan macam ni, walau dalam pejabat aje, tapi kemeriahan raya tu tetap ada...

    ReplyDelete
  11. Ala rindu jamuan raya macam ni. Seronok tengok. Bawa makanan pot luck gitu. Hehem

    ReplyDelete
  12. Tentu seronok semua kan sebab dpt bertemu dan Raya dengan teman2 setelah 3 bulan di rumah...

    ReplyDelete
  13. wah merasa juga jamuan raya dekat office ya. mostly banyak syarikat tak sambut pun. hehe

    ReplyDelete
  14. Meriahnya officemate nampak sporting dan sekepala. Tu yang best layan je nak buat apa

    ReplyDelete
  15. tak tau kenapa tapi mata ni asyik ter attract dekat baju batik warna hitam coklat tu hahahah lawaaa

    ReplyDelete
  16. Tahun ni kita tak merasa sambutan raya. Kebetulan time raya masih dalam pantang. Tapi klu bukan sbb pantang pun x merasa jgk sbb covid kot

    ReplyDelete
  17. Bestnya dapat buat jamuan raya! Last time I had this was years ago. All the foods look so good!

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.