Hilang Kempunan Nak Makan Durian!

Friday, 10 July 2020

Durian di mana-mana.....

Even worst bau durian di mana-mana....


Bukan teruk sebab apa tapi teruk bila asyik terbau durian orang lain je. Bukan tak ada yang jual, ramai je tapi mood tak sampai lagi. So weekend lepas kitorang turun bawah depan rumah pergi beli 2kg durian D24. 


Durian ni kalau 2kg peniaga timbang maksudnya you will get around ratus gram je isi sebab yang berat tu kulit dengan biji je hahaha

Mintak pakcik tu belah siap-siap sebab dekat rumah tak ada pisau besar. Kudrat pun tak ada sangat sebenarnya sebab masa beli tu dah malam. Entah mood tiba-tiba datang nak makan masa tu jugak. 


Masa beli tu dah tengok dah isi dekat dalam macam mana so tak ada isu isi buruk ke apa. Semuanya cun. Geram je tengok isi dia banyak. Bila makan rasa berlemak tapi pahit sikit lah. Rasanya sedap lagi durian kampung. Ke salah beli durian? 

Anyway esok nak balik Sabak sebab my mom baru balik dari kampung. Banyak ole-ole dia borong. Penuh satu kereta. Durian, tempoyak, petai, cempedak aaaaa tak sabar nak makan semua!!!

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.