Drama Review | Breathe - Into The Shadow

Sunday, 12 July 2020


Director : Mayank Sharma
Writer : Mayank Sharma, Vikram Tuli
Cast :  Abhishek Bachchan, Amit Sadh, Nithya Menen, Saiyami Kher, Hrishikesh Joshi, Shrikant Verma, Plabita Borthakur, Ivana Kaur, Shruti Bapna, Kuljeet Singh
Genre : Crime / Thriller / Drama
Running Episodes : 12 Episodes
Release Date : 10 July 2020
Production Company : Abundantia Entertainment
Distributor : Amazon Prime
Trailer : 


Disebabkan banyak sangat positive reviews untuk Amith Sad dalam series baru dari Amazon Prime, I decided untuk tengok crime thriller series ni semalam. Kisah bermula dengan kehidupan Dr. Avinash Sabharwal (Abhishek Bachchan) yang bertukar malang bila anak kesayangan dia, Siya (Ivana Kaur) yang berumur 6 tahun diculik di parti hari jadi kawan dia di sebuah farm house. Avinash dengan isteri dia, Abha Sabharwal (Nithya Menen) mula murung dengan kehilangan Siya bila sehari berubah sebulan dan hampir mencecah setahun.

Inspektor Kabir Swant (Amit Sadh) ditukarkan ke branch Delhi lepas langgar protokol dalam satu encounter dan menyebabkan dia dipenjarakan selama 6 bulan angkara tindakan dia tolak Meghna  (Plabita Borthakur) dari tingkat kedua. Kabir nak selamatkan Meghna dari tembakan peluru si penjenayah tapi malangnya Meghna lumpuh.


Sebaik sampai ke pejabat polis Delhi unit jenayah, dia ditugaskan untuk ambil kes pembunuhan Pritpal Singh (Kuljeet Singh) yang mati di tapak pelupusan sampah. Video pembunuhan pula sengaja dirakam dan dihantar kepada pihak media. And judging by trailer pun dah boleh tahu siapa yang didesak untuk membunuh kesemua mangsa.


The only curiosity we have left now, who is behind that mask? Irada kya hai? (Intention) 4 episod pertama nampak teratur dengan misteri dan rasa ingin tahu yang memuncak tapi bila director reveal siapa sebenarnya penculik Siya, jalan cerita mula longgar dan kurang menarik.

Pelik kenapa rumah Avinash dengan Abha tak ada CCTV sedangkan Delhi agak tinggi kes jenayah. Tambah pula bila diorang berdua kena ugut dengan penculik yang boleh masuk ke rumah dan kereta diorang. Tak perlukan mind games yang bijak pun kan untuk ambil langkah keselamatan asas?


Sayangnya dalam movie ni Abishek nampak malas dengan karakter Dr Avinash. Jadi mengantuk sebab emotion flat habis tak kira lah scene emosi, komedi, romantic, intense ataupun keliru. Dia menangis masa risaukan Siya seems bland even masa dia buat pengecaman mayat pun tak rasa dia all out. Meanwhile Amit, Nithya dengan Saiyami Kher ada variasi dalam emosi karakter masing-masing. Kalau ditambahbaik lagi dialog masing-masing yang kebanyakannya hanya diulang mungkin cerita lebih menarik.


Sepatutnya writer-director Mayank Sharma kembangkan lagi karakter Inspektor Kabir. with or without Meghna in that screen, he definitely deliver his best. Sayang badan sasa dia dah cantik tapi director tak guna kelebihan tu. Ada dua scene je dia guna kegagahan dia. Mind you guys, Amit sebelum ni dapat watak middle man with malnutrition body tapi bila dapat watak Inspektor dengan badan sasa, director sleeps on it. Tsskkkk! Suka scene interrogation Kabir dengan Abha bila dua-dua karakter boleh berubah sekelip mata. Dua-dua desperate tapi still tenang supaya tak terserlah niat masing-masing.


Nothing much for visual, music score and even pace is too slow for crime thriller. Sebab tu boleh cecah sampai 12 episodes. I change video speed sampai 1.7x. Dalam trailer nampak macam cerita ni kompleks tapi tak lah serumit yang disangka. Series ni boleh dipendekkan lagi sebab episod hujung tu dah okay tapi nampak terkejar-kejar nak siapkan bila dah draggy di bahagian tengah cerita.


Bila tengok ending dah boleh nampak yang team production bagi major hint untuk sequel tapi harapnya watak Inspektor Kabir dapat banyak screentime lah dan bukannya dilayan sebagai supporting role. And I just found out yang series Breathe - Into The Shadow ni adalah installment kedua. Tahun 2018 adalah installment yang pertama dengan R.Madhavan sebagai lead actor and Amit sebagai Inspektor Kabir. So definitely will watch the first installment later sebab nak tengok Amit. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.9, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.7  = 6/10

14 comments

  1. saya pun tgk ramai yg kata cerita ni bagus. blm tengok juga.

    ReplyDelete
  2. Nampak pada review cam best dan bagus jer citer ni. Sapa2 yang minat cerita style gini blh la tonton

    ReplyDelete
  3. i guess i should check this out.. seems so interesting and story also good!!!

    ReplyDelete
  4. Sounds like an interesting story. I should check it out. I pun dah lama x tengok drama Bollywood. Hehehe.

    ReplyDelete
  5. Thanks for your review. Mungkin actors tak berminat dengan watak menyebabkan perjalanan ceritanya slow di bahagian tengah kan

    ReplyDelete
  6. Is it available on Netflix yet? The series looks good after reading your review.

    ReplyDelete
  7. Hurmmm macam banyak je slack sana sini cite ni dari review FJ..sayang pulak ek sebab idea da menarik da tu..

    ReplyDelete
  8. mcm best je siri drama ni...boleh ikuti dh drama genre mcm ni...mesti suspen..

    ReplyDelete
  9. macam best je drama ni. thanks review ya syok nampak

    ReplyDelete
  10. first time dengar cerita tni...plot cerita nampak menarik tapi bila baca review..ada macam kepompongan di situ...sayang kekuatan cerita ada tapi kesudahannya x dapat spt yang diharapkan

    ReplyDelete
  11. ramai kata cerita nie best dan beri banyak pengajaran. rasa nak tengoklah sbb dh lama xnampak abishek berlakon

    ReplyDelete
  12. wah.. macam best je baca jalan cerita dia.. nak tengok jugak.. syok kalau cerita-cerita macam ni

    ReplyDelete
  13. oh wow lama tak tengok abhishek berlakon. boleh kot nak layan citer ni nanti sbb takda idea dh nak tengok cerita apa hehe. Lagipun ika suka je tgk cerita jenis mcmni.

    ReplyDelete
  14. Thanks for this drama review, nowadays i m back to office so i have less time to watch drama or movies.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.