Baru-baru ni Yogen Shah, photographer media atau paparazzi muat naik video mayat arwah Sushant Singh Rajput dibawa keluar dari Cooper Hospital ke Vile Parle Crematorium pada 15 Jun 2020, dengan caption :
"Please note my images and videos cannot be posted on any platforms without my written consent."
Geram dengan caption Yogen Shah, Deepika Padukone drop comment :
"Right. But it is OK for you to take this video and not only post it but also probably monetise it without his or his family's written consent?"
Ramai yang puji tindakan Deepika tapi apa yang buat Yogen Shah muatnaik caption macam tu walhal sebelum ni dia okay je as long fan clubs bagi credit? Isu ni bermula bila Viral Bhayani yang famous sebagai photographer media atau paparazzi terkesan dengan pandemik Covid-19 bila team dia tak dapat cari makan dengan jual gambar selebriti kepada pihak media.
Macam mana nak cari makan kalau tak ada artis yang keluar rumah untuk buat aktiviti harian - pergi gym, dine out, shooting dsb. Lagi parah bila tak ada event langsung untuk beberapa bulan. Pendapatan mereka ni dapat dari gambar yang diambil bila dijual kepada pihak media.
Sebelum ni dari jam 9 pagi hingga malam mereka akan berkumpul di beberapa hot spots untuk ambil gambar selebriti. Macam pagi berkumpul di rumah Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan untuk ambil gambar Taimur Ali Khan pergi ke sekolah. Tengahari pergi ke restoran, petang pula pergi ke gym sebab Ranveer Kapoor suka workout waktu petang. Malam bila ada event dan kalau habis lambat memang kena tunggu sampai event habis. Some of them dah memang tunggu dekat airport dari pagi sampai petang based on apa yang PR bagitahu jadual penerbangan selebriti under PR company masing-masing.
Memang busy sangat sebab selebriti ramai dan masing-masing kena update 5 minit sebelum pihak media dapat gambar dari source lain. Bila ambil gambar kena la pastikan gambar sharp, cantik dan bernilai untuk dijual kepada pihak media. Dengan busy schedule para selebriti dan tempoh masa jualan, masing-masing kena cekap buat kerja.
Tapi bila India keluar arahan untuk lockdown, jadi isu la bila team paparazzi ni tak dapat cari makan. Nak cari content bukan senang dan untuk stay survive pun entah sampai bila boleh bertahan. Sebab tu Viral Bhayani minta bayaran dengan fan club setiap selebriti supaya dapat ensure kelansungan hidup.
Instagram pula akan ubah polisi supaya dapat menjaga hak cipta dan polisi ni bagi kelebihan kepada paparazzi disebabkan paparazzi makin susah nak cari makan bila wujudnya social media. Fan clubs dah boleh dapat gambar dengan follow social media selebriti tanpa perlu bersusah payah macam paparazzi. Isu ni lebih kurang sama dengan kes Ariana Grande, Jennifer Lopez, 50 cent, Gigi Hadid dan selebriti Hollywood yang lain disaman under
copyright infringement gara-gara guna gambar paparazzi di social media.
Fan clubs kebanyakannya didominasi oleh golongan students so siapa yang mampu nak bayar kalau team paparazzi charge harga mahal. Tambah pula masa lockdown dek kerana pandemik, siapa yang nak bayar? Perlu ke team paparazzi charge fan clubs sebarang bayaran untuk video dan gambar selebriti kesayangan sedangkan PR dan selebriti dah pun bayar mereka supaya keep posting gambar selebriti.
Ada pertalian simbiosis antara fan club dengan team paparazzi. Kalau bukan untuk tatapan fan clubs, untuk siapa lagi gambar ni diambil dan dimuatnaik di social media? Bila team paparazzi buat perangai macam ni, lagi memburukkan keadaan kepada mereka je sebenarnya sebab pihak media boleh dapat gambar eksklusif straight dari PR sendiri. Fan clubs pun boleh je dapat gambar dari makeup artist, team yang manage selebriti, PR agency atau relatives.
Bukan tak nak menghargai kerja seni paparazzi tapi kalau gambar tu pada mulanya dah memang gambar curi, kenapa perlu diperbesarkan perkara? Selebriti tak marah pun walaupun some of them paksa diorang stop untuk ambil gambar walaupun mengganggu schedule. Saif pun pernah tegur jangan guna flash depan Taimur sebab sakit mata tapi still jugak diorang guna. Bila selebriti bad mood atau tak sihat terpaksa layan paparazzi.
So far belum ada keputusan dari mana-mana pihak untuk selesaikan isu ni tapi kalau team paparazzi yang ubah polisi ni mula hilang job dan punca pendapatan then sendiri kena tanggung akibat lah. Kudos to Deepika yang berani tegur team paparazzi buat hal macam ni. Kalau bukan selebriti yang nak defend fan clubs, siapa lagi yang akan buat kan?
Bukan mudah jadi paparazzi sebab diaorang juga terdedah dengan risiko.
ReplyDeleteNo wonder charge gambar pun mahal. Sis lebih suka gambar candid paparazzi berbanding gambar photo shoot. Gambar paparazzi nampak their true colors, lebih genuine gitu.
Kadang2 dari gambar paparazi kita nampak kehidupan sebenar artis. berbanding tengok gambar photoshoot je..
ReplyDeleteBest work you have done, this online website is cool with great facts and looks. I have stopped at this blog after viewing the excellent content. I will be back for more qualitative work. Tarek William Saab
ReplyDeleteOver the years, Bollywood movies went under major transformation and have also undergone a number of changes and improvements. https://putlocker.vg/tvshow/watch-inuyasha-online-35610
ReplyDelete