Movie Review : Thappad

Saturday, 6 June 2020


Director : Anubhav Sinha
Writer : Anubhav Sinha, Mrunmayee Lagoo
Cast : Taapsee Pannu, Pavail Gulati, Dia Mirza, Maya Sarao, Geetika Vidya Ohlyan, Kumud Mishra, Ratna Pathak Shah, Tanvi Azmi, Ram Kapoor, Naila Grewal, Ankur Rathee
Production Company : Benaras Media Works, T-Series
Distributor : AA Films
Genre : Drama
Running Time : 142 minutes
Release Date : 28 February 2020
Trailer :


‘So just one slap then?’
‘Just a slap? He cannot slap me’

Amrita Sandhu (Taapsee Pannu) pilih untuk jadi suri rumah sepenuh masa korbankan minat dan impian dia untuk jadi penari atau guru tarian selepas berkahwin dengan Vikram Sabharwal (Pavail Gulati). Kadang dia ke rumah jiran sebelah, Shivani Fonseca (Dia Mirza) ajar anak perempuan Shivani  menari untuk lepaskan rindu kepada tarian. Bagi dia, itu freedom of choice dia untuk sediakan yang terbaik buat Vikram sementara Vikram bekerja untuk sara keluarga. It just a fair deal. 


Tapi tak bermakna dia patut dilayan seperti sampah sebab dia pilih untuk jadi suri rumah. Lepas Vikram tampar Amrita depan beberapa orang tetamu dalam satu success party dek kejayaan Vikram yang kemudiannya berubah jadi tegang bila Vikram tak dapat position yang dia nak dan pindah ke London, Amrita mula sedar yang dia dah hilang diri dia yang sebenar sebab terlampau ikutkan dan jaga hati semua orang. Dah terlampau banyak yang dia korbankan sampai tak ada yang hormat dia dalam rumah tu. 


Mungkin Vikram tak sengaja tertampar dia tapi ego Vikram sampai taknak minta maaf. Tambah terkilan bila ibu mertua dia, Sulakshana Sabharwal (Tanvi Azmi) tak ambil tahu pun perasaan dia lepas dia ditampar depan tetamu. Sulakshana cuma suruh dia lupakan apa yang jadi sebab takut nanti orang bercakap. Sama juga dengan ibu dia sendiri, Sandhya Sandhu (Ratna Pathak Shah). 


Ayah Amrita, Sachin Sandhu (Kumud Mishra) sebaliknya yang jadi penguat semangat Amrita lepas kejadian tersebut. Dia lagi happy tengok Amrita balik ke rumah sebab dia tak sanggup tengok anak kesayangan dilayan sebegitu rupa. Swati Sandhu (Naila Grewal) yang bawa Amrita pergi berjumpa dengan peguam Netra (Maya Sarao) bila Vikram hantar legal notice supaya Amrita balik rumah bila tak ada siapa yang nak uruskan rumah macam dulu. 


Punca cuma satu tamparan je di awal movie tapi disebabkan satu tamparan tu lah, dapat buka banyak lagi pekung lain tentang ketidakadilan terhadap wanita baik dalam institusi kekeluargaan ataupun masyarakat dan kerjaya. Macam mana ibu dan ibu mertua Amrita ditanam pemikiran supaya move on dengan kesilapan suami asalkan tak ada yang mengata. Bila Vikram pandang rendah dengan perempuan, dia yang buat silap masa drive tapi driver perempuan yang dimakinya. Sakit hati dengan kejayaan Shivani bila mampu berdiri setanding dengan dia. 


Anubhav Sinha dan Mrunmayee Lagoo deliver yang terbaik dalam penulisan skrip dengan dialog yang bagi tamparan hebat untuk perjuangkan hak sama rata terhadap wanita. Setiap scene nampak real dan dicedok dari kisah seharian dalam masyarakat. 

Mungkin ada yang kata watak Amrita over sebab satu tamparan je dah nak bercerai tapi team production movie ni cuba untuk mendidik dengan bagi mesej jelas yang tak semestinya abuser tu ganas macam suami pembantu rumah Amrita dan Vikram yang suka memukul. Rohit Jaisingh (Manav Kaul) abuse Netra bila suka memperlekehkan kejayaan Netra dan director paparkan isu marital rape. 


Plot, dialog, suntingan, background music, visual semuanya bagus cuma tak setuju dengan scene dengan ending bila Netra buang Priyan (Rohan Khurana) macam tu je sedangkan Priyan ada masa dia kusut dengan Rohit. Nampak tak ada beza Netra dengan Rohit yang toxic dalam relationship. Jadi feminist bukan bermakna boleh keluarkan victim card bila perlu tapi abuse lelaki lain. 


Scene Sunita datang mengadu dekat Amrita pun patut buang je bila director tak bagi keadilan pun pada watak Sunita yang selalu dipukul suami. Awal movie ada scene dia datang dengan muka lebam mengadu pasal perangai suami dia tapi Amrita buat muka malas nak layan siap perli Sunita kata dia kuat drama. Mungkin masa tu Amrita tak sedar tapi dia tetap tak approach Sunita masa acara lenggang perut. Walhal director tunjuk scene Shivani peluk Amrita lepas insiden Vikram tampar Amrita so kenapa Amrita tak pergi peluk Sunita? Sebab berbeza kasta ke?


Sunita lagi berani confront suami dia tanya kenapa suka pukul dia instead of Amrita yang lari tinggalkan Vikram macam tu je. Bukan sepatutnya dia bagitahu dulu kesalahan Vikram instead of leaving him in confusion? Bila dah hantar legal notice baru nak bagitahu kenapa, masa tu benda dah jadi complicated dah.

Masa promo events Thappad, banyak kali Tapsee perli movie Kabir Singh sebab ada scene Kabir tampar Preeti dan jadi perbualan hangat tambah pula bila director Sandeep Reddy Vanga keluarkan statement ‘When you’re truly in love, a little physical aggression is an expression of love’ yang mana diguna pakai sebagai dialog lawyer Vikram walhal situasinya berbeza. 


Dalam movie Kabir Singh, Preeti tampar Kabir bila dia sakit hati kemudian Kabir tampar balik dan Sandeep sir keluarkan statement based on that scene. Dalam Thappad pula watak Vikram memang chauvinist dan tak hormat Amrita langsung. For me, bad move team Thappad perli Kabir Singh untuk naikkan movie diorang. Kan lagi bagus kalau fokus dengan movie sendiri je so tak la buat kerja last minute tiru poster movie After Lucia? 


1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 8.2/10

21 comments

  1. Kabir singh pun tak tengok lagi. Nanti kena tengok thappad dan kabir singh lah. Both movie macam best je kan

    ReplyDelete
  2. ayo tes keberuntungan kamu di agen365*com :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  3. Jalan cerita nampak menarik. Dah lama tak layan citer hindustan. Asyik layan citer tamil je sekarang ni.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak tengok cerita hindustan. Boleh masukkan dalam list untuk tonton nanti jalan cerita pun nampak menarik hee

    ReplyDelete
  6. Wow! Terperinci your review, as usual. Ada menimbulkan sedikit rasa nak tengok - but masukkan dalam list dulu la ye. Hehe. Bila timbul rasa nk tgk hindi, bru kifa lawat semula list tersebut

    ReplyDelete
  7. Kalau baca ni macam sedih plak citenya...Sis bukan boleh tengok cite sedih, kang overr...tapi lama gak tak tengok cite hindi, nanti boleh laa layan ni..

    ReplyDelete
  8. Kenapa nak kena sampai bertampar tampar ni.. Sedihnya nasib dia

    ReplyDelete
  9. alamak, tergelak akak nengok poster dia tiru After Lucia..hahahha!!! tapi poster Thappad lagi vogue lah!

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak tgk filem India ... baca sinopsisnya panjang sungguh... kaum wanita perlu tonton ni...

    ReplyDelete
  11. dah lama tak tengok cerita macam ini. bagus jugak ada yang review meningkatkan rasa untuk tengok.ahahahaha tak de lah asyik layan korea je

    ReplyDelete
  12. Boleh tengok cerita ni nanti. Nampak menarik jalan cerita dia. Tapi kesian la bila lelaki layan perempuan dengan kekasaran macam ni. Perempuan pula bila dah jadi isteri memang kena ikut arahan suami je ke. Tapi tak patut la Amrita pergi macam tu je. Kita sokong kalau dia bagitahu salah vikram sebelum pergi

    ReplyDelete
  13. Kalau cerita baba permpuan, isteri, kene tampar ni memg kene tengok ni. .sebab nak tau kesudhan dia mcam mana. Dapat takjsteri keadilan tu

    ReplyDelete
  14. nampak menarik jalan cerita drama ni, boleh masuk dalam list utk ditonton. Thanks for review ya.

    ReplyDelete
  15. Fanaaa kita dah lama tak layan movie hindi. nanti nak tgk la citer thappad ni sebab storyline dia nampak menarik hehe

    ReplyDelete
  16. Lama giler tak layan hindustan . Walhal zaman tengah meningkat remaja dulu opeminat no 1 tau . Nanti bila lapang kita layan

    ReplyDelete
  17. Anak lelaki nina memang minat ni cerita-cerita hindustan. Boleh la ni nak tengok. Tengok jalan cerita pun dah menarik. Reramai lah kita duduk lepak sambil tengok cerita hindustan ni. Best ohhh

    ReplyDelete
  18. Suka baca review hindustan awak hahaha dekat twitter pun confirm tak lepas stalk gosip

    ReplyDelete
  19. Sekali sekala tgk cite hindi mmg best jgk sbb byk lagu2 dia best nti blhlah layan thappad

    ReplyDelete
  20. Alahai.. Tiru poster filem lain lah pula..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.