Movie Review | Milea - Suara Dari Dilan

Sunday, 14 June 2020


Pengarah :  Fajar Bustomi, Pidi Baiq
Penulis Skrip : Pidi Baiq
Pelakon : Iqbaal Ramadhan, Vanesha Prescilla, Adhisty Zara, Yoriko Angeline, Zulfa Maharani, Debo Andryos, Andovi da Lopez, Jerome Kurnia, Gusti Rayhan, Omara Esteghlal, Giulio Parengkuan
Genre : Romantik
Durasi Tayangan : 103 minit
Tarikh Tayangan : 13 Februari 2020 (Indonesia), 13 Jun 2020 (Malaysia)
Syarikat Produksi : Max Pictures
Pengedar :  Netflix
Trailer :


Kalau dua movie sebelumnya kita dengar kisah cinta zaman SMA dari sudut penceritaan dan perasaan Milea (Vanesha Prescilla), kali ni diceritakan pula oleh Dilan (Iqbaal Ramadhan). Tapi tak dapat juga jawapan kenapa Dilan marah benar dengan Anhar (Giulio Parengkuan) sampai bawa pistol nak serang Anhar dan abang dia. 


Even Milea datang halang pun dia pura-pura tak faham dan tipu Milea kata taknak serang walhal jelas sangat dia dah kumpulkan semua geng dia nak pergi serang. Nasib dia malang je, kena tangkap dengan polis tambah pula ada pistol. Nasib baik lah parents Milea tak bising Milea bercinta dengan Dilan yang dibuang sekolah, suka melepak dengan geng motor dan ditahan polis sebab ada senjata api. 

Dalam movie ni Dilan sendiri mengaku bergaduh dengan Anhar adalah benda bodoh yang dia buat sebab akhirnya dia putus juga dengan Milea dan hilang kawan-kawan dia. Ni bukan spoiler sebab dalam Dilan 1991 pun dah tunjuk dah. Dalam movie Suara Dari Dilan ni cuma untuk refresh ingatan peminat franchise Dilan ni je. Tak banyak pun yang berbeza dengan dua movie sebelumnya.


Cuma kita dapat tahu perit yang Dilan rasa bila Akew (Gusti Rayhan) meninggal, Milea menjauhkan diri dan keluarga pun marah dengan perbuatan dia sedangkan dia mati-mati bagitahu semua yang dia tak terlibat langsung dalam hal ni. Dilan perlukan someone tapi semua yang rapat dengan dia tak ada masa tu. Milea pulak perangai dia suka sangat nak minta putus lepastu bila Dilan dah menjauh, dia pulak terhegeh tanya kenapa Dilan berubah. Duh?


Dah nama pun cinta remaja zaman SMA, so tak boleh la nak expect dua watak ni bijak sebab Dilan pun bukan top students dekat Indonesia. Both still young and dumb tambah pula bila parents macam tak involve betul-betul. Boleh je kalau Bunda (Ira Wibowo) advise Milea supaya pujuk Dilan ataupun minta maaf dengan Dilan sebab buat keputusan dalam keadaan marah.

Ibu Milea (Happy Salma) pun yang tidak-tidak je bila dia suruh Dilan maafkan Milea sebab sedih tengok anak dia menangis bila kantoi keluar dengan Kang Adi (Refal Hady) padahal dah janji dengan Dilan taknak keluar. Bukan masalah cemburu tapi masalah tak jujur. Dah kantoi baru gedik nak nangis acah mangsa. 


Kalau jalan cerita dan ending dia predictable, benda tu tak jadi isu pun sebab cerita cinta zaman remaja kot. Segala keputusan bodoh memang ada lah dalam tu. Tapi even dah masuk zaman kerja pun Milea still bodoh. Apa benda entah ajak Dilan pergi reunion tapi dia bawak tunang dia sekali. Lepastu bagitahu Dilan yang dia rindu Dilan. Tak terkata otak kalau jadi Dilan. Ikutan jadi pusing!


Rasanya dalam Dilan 1990 je yang ada kata-kata sweet dari Dilan sebab dalam Suara Dari Dilan ni ada juga ayat cinta dari Dilan tapi macam merepek je. Mungkin sebab Dilan dah tawar hati dengan perangai Milea. 

Perpisahan adalah upacara hari-hari yang penuh dengan perasaan rindu'
‘Dulu kita pernah berharap kita akan selalu bias bersama-sama. Sama sekali aku tidak pernah berpikir bahwa kita akan berpisah. Tapi itulah yang terjadi. Terima kasih untuk sudah mau bersamaku melalui banyak hal yang kita lalui.’

Sinematografi sutradara Dimas Imam Subhono tetap gratis dalam franchise Dilan dan Milea cuma soundtrack makin lama makin tak best. Walaupun lirik tu relatable dengan scene dan mood tapi cara penyampaian dan irama tu tak menarik. Movie romantik dan emosi tapi vibe indie. Franchise ni bawak pulang untung yang tinggi kot takkan la nak hire komposer pun tak cukup budget. Cari la lagu yang boleh jadi penarik untuk audience ulang tengok banyak kali macam lagu Dulu Kita Masih SMA nyanyian Lutfi Aulia. 


Hopefully Fajar Bustomi dan Pidi Baiq buat ending yang diinginkan oleh semua peminat Dilan dan Milea dalam next installment sebab movie ni dah jadi kegilaan baik di Indonesia juga Malaysia. Jangan kejam sangat please :’)

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.5/10

5 comments

  1. lama dah tak layan cerita jaman sekolah2 camni

    ReplyDelete
  2. Kenapa Milea cari Dilan bila dia dah bertunang.
    Hiks, geram pula dgn watak Milea ni.
    Tak tengok lagi movie ni tapi rasa mcm menarik.

    ReplyDelete
  3. Haiah.. Geram pula dengan Milea nie lepas baca review Farhana..

    ReplyDelete
  4. Hi sis, tq cerita dan review sis tu membuatkan saya faham sinopsis cerita tu...tqqqq....

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.