Movie Review : Bajirao Mastani

Monday, 8 June 2020


Director : Sanjay Leela Bhansali
Writer : Sanjay Leela Bhansali
Cast : Ranveer Singh, Deepika Padukone, Priyanka Chopra, Tanvi Azmi, Mahesh Manjrekar, Benjamin Gilani
Production Company : Bhansali Productions, Eros International
Distributor : Eros International
Genre : History / Romance
Running Time : 158 minutes
Release Date : 18 December 2015
Trailer :


The sky will change colour, and all will be bathed in an orange glow. Winds of desire will blow, and thundering clouds will fill the skies. Dry leaves will murmur and ultimately rains will wash the earth. There will be no shackles of religion or relationship to tear us apart. All that remain will be the fire of our love in our hearts. On that day, we will become one for eternity… - Bajirao

Berlatar belakangkan kurun ke-18 di pemerintahan Maratha, Raja Chhatrapati Shahu (Mahesh Manjrekar) titahkan kerajaan perlukan pentadbir yang baru. Maka Ambaji Pant calonkan nama Bajirao (Ranveer Singh) dek keberanian dia di medan perang walaupun masih muda lagi. Bajirao lulus ujian sang Raja dan diangkat sebagai Perdana Menteri kerajaan Maratha.


Semasa perang di Siroja, kem Bajirao diceroboh oleh pegawai daerah Bundelkhand, si cantik Mastani (Deepika Padukone) yang meminta pertolongan untuk selamatkan daerah mereka dari ditawan oleh askar penceroboh. Berbesar hati dengan pertolongan Bajirao, Raja daerah Rajput, Chhatrasal (Benjamin Gilani) hadiahkan barang kemas, mutiara dan juga anak dia, Mastani sebagai isteri.


Bajirao jatuh cinta dengan Mastani bukan sahaja kerana kecantikan paras rupa kacukan Parsi tapi juga kerana skills pedang dan keberanian dia di medan perang. Selesai urusan di Bundelkhand, Bajirao teruskan perjalanan dia dan balik ke Pune. Mastani pula pergi ke Pune untuk jumpa Bajirao tapi dihalau balik oleh ibu Bajirao, Radhabai (Tanvi Azmi) sebab perbezaan agama antara Hindu Brahmin dan Muslim. 

Bajirao cuba pertahankan cinta dia pada Mastani walaupun diancam oleh pelbagai pihak. Kashibai (Priyanka Chopra), isteri sah Bajirao berbelah bahagi antara membenci Mastani ataupun biarkan sahaja Bajirao bahagia dengan Mastani. Kebahagian dia terletak pada kebahagiaan Bajirao bila kebahagiaan Bajirao pada Mastani.


Jalan cerita movie Bajirao Mastani yang diadaptasikan dari novel fiksyen berjudul Rauu karya Nagnath S. Inamdar mempunyai kisah cinta antara Bajirao dan Mastani yang pertahankan kecurangan mereka walaupun melukakan banyak pihak dengan berpaksikan kisah cinta dewa Krishna dan Radha.


Kehebatan Sanjay Leela Bhansali bukan terletak pada jalan cerita tapi pada kecantikan visual, sinematografi, pergerakan kamera yang menghasilkan shot cantik hasil kerja Sudeep Chatterjee dan music score arahan Sanjay Leela Bhansali sendiri dengan koreografi yang tersusun cantik. Bajirao Mastani delivers that to the fullest! Lagu Deewani Mastani merupakan tribute kepada Mughal-e-Azam yang diterbitkan pada tahun 1960.




Keindahan costume yang menggambarkan kerajaan Maratha pada era ke-18 hasil karya Anju Modi juga menghidupkan suasana walaupun terdapat percanggahan dari segi sejarah terutamanya pakaian Kashibai dalam lagu Pinga. Bercanggah juga dengan jalan cerita bila Radhabai mentioned tentang masalah kewangan yang dihadapi Kerajaan Maratha. 


Walaupun Ranveer Singh dan Deepika Padukone peneraju utama filem ni tapi lakonan Priyanka Chopra yang dapat pujian dari critics dan menghidupkan movie ni dengan wtaak isteri yang terluka bila dapat tahu kecurangan Bajirao. Kita dapat rasa kesakitan dia terutamanya pada scene dia ceritakan kisah cinta Radha-Krishna pada Bajirao. Tak banyak pun dialog dia, tak ada scene menari ataupun ke medan perang tapi kepetahan dia mencuit hati, bila membisu dia terluka. Her facial expressions were priceless!


Ranveer Singh nampak selesa dengan watak Bajirao dengan persona seorang pahlawandan bijak menyampaikan watak yang terperangkap dalam kekusutan. Deepika did her best being pretty even as Rajput soldier. Siapa yang pergi medan perang dengan rambut lepas bebas macam Mastani?


Magnum opus Sanjay Leela Bhansali yang asalnya akan dilakonkan oleh Salman Khan, Kareena Kapoor dan Rani Mukherjee pada tahun 2005 akhirnya tercapai perlaksaannya dengan barisan pelakon baru. Bajirao Mastani tampak indah pada keseniannya tapi tidak pada penceritaannya. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 5.8/10

6 comments

  1. Wow best rupanya jalan cerita dia, thank you sharing!

    ReplyDelete
  2. Kak pip mau tengok bah ni, tapi belum lagi ada kesempatan.. Ni kalau mau tengok, ndak boleh ada gangguan, haha nnt kacau emosi. Kena tengok time anak anak tidur.

    ReplyDelete

  3. ayo menangkan uang setiap harinya di agen365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  4. pernah tengok movie ni tapi tak ingat ending dia macam mana..haha

    ReplyDelete
  5. Ada beberapa kali juga tengok tapi tak pernah habis. Sebab tak setuju dengan konsep kononnya cinta agung. Kenapa a married man nak juga try lain?

    ReplyDelete
  6. Cantik sangat visual filem ini.. Walaupun tak layan keseluruhan cerita, tapi suka lagu-lagu dia.. baju cantik.. shot cantik..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.