Movie Review : 6 Underground

Thursday, 25 June 2020


Director : Michael Bay
Writer : Paul Wernick, Rhett Reese
Cast : Ryan Reynolds, Mélanie Laurent, Corey Hawkins, Adria Arjona, Manuel Garcia-Rulfo, Ben Hardy, Lior Raz, Payman Maadi, Yuri Kolokolnikov, Kim Kold, Dave Franco
Production Company : Skydance Media, Platinum Dunes
Distributor : Netflix
Genre : Musical / Drama / Comedy
Running Time : 128 minutes
Release Date : 10 December, 2019 (The Shed), 13 December, 2019 (United States)
Trailer :



Kalau superheroes movie ada manusia dengan superpower gift untuk selamatkan dunia tapi dalam movie 6 Underground ni ada 6 orang yang bagus dengan skills masing-masing bergabung dalam satu misi besar.


Diketuai oleh One (Ryan Reynolds) yang genius dalam teknologi dan cipta beberapa alat untuk mereka guna. Two (Mélanie Laurent) adalah bekas ejen CIA, Three (Manuel Garcia-Rulfo) seorang hitman, Four (Ben Hardy) dahulunya seorang pencuri dan bagus dalam parkour, Five (Adria Arjona) seorang doktor dan Six (Dave Franco) seorang driver.

Dalam misi mereka di Florence, Italy, mereka bunuh peguam kepada diktator Rovach Alimov (Lior Raz), pemimpin negara Turgistan. Sayangnya tuah tak menyebelahi Six bila dia mati terbunuh lepas aksi kejar-mengejar dengan anak buah Rovach.


Tak lama kemudian One mula cari pengganti Six dan berjumpa dengan Seven (Corey Hawkins), bekas tentera yang masih lagi trauma bila satu kumpulan dia mati dalam letupan di Afghanistan. Lepas episod matikan diri sendiri di mata dunia, Seven join kumpulan ni sebagai sniper.

Misi seterusnya berjalan seperti yang One plan untuk bunuh 4 orang general besar Rovach di Las Vegas dan cari tahu di mana Rovach sembunyikan adik dia, Murat Alimov (Peyman Maadi). One nak selamatkan Murat sebab dia lebih layak mentadbir negara sebab berjiwa rakyat tapi dek kerana cemburu dan tamak, Rovach sorok Murat supaya rakyat dia menderita.


Berjaya ataupun tak team ‘The Ghost’ ni selamatkan Murat dan juga rakyat Turgistan ni kena tengok la dekat Netflix.

Walaupun plot movie genre aksi komedi ni lebih kurang sama dengan jalan cerita movie yang lain tapi strategy yang digunapakai dalam mission ni yang rasa curious nak tahu apa yang team The Ghost ni nak ceritakan pada audience.


Watak Dave Franco sekejap sangat munculnya. Bad move from team production sebab ramai yang suka layan car chase scene tu. Even visuals gempak dengan skills and tricks dari camera untuk tambahkan impak. Sementara dekat seat belakang Five tengah struggle selamatkan Two lepas kena tembak. Cinematography hasil kerja Bojan Bazelli cantik cuma kembang tekak dengan scene gore dan blood splash. Yeah, we get it, people died!




Sepatutnya Paul Wernick dengan Rhett Reese tak perlu matikan watak Six sebab watak Seven tak membantu jalan cerita sangat pun. Kalau setakat nak sniper, apa guna Three dengan One? Masa misi dekat Hong Kong, One, Five dengan Three nampak useless. Plus in mission like this, tak perlu la nak drag cerita dengan wujudkan scene melodrama team umpama family. Dalam deadly mission and high risk macam ni bila-bila boleh exposed ataupun mati.


Netflix tengah discuss lagi nak jadikan 6 Undergrund sebagai franchise ataupun biarkan je as solo movie untuk beat franchise Fast & Furious. Kalau Netflix nak buat franchise tak ada masalah pun tapi cari la scriptwriter yang ada unique and fresh content also highlight Five dan Two sebab watak diorang betul-betul buat kerja instead of Three dengan One.

Plus it just a weird attempt to beat Fast & Furious franchise without Six, the driver?

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 6.8/10

6 comments

  1. dah layan dah gak cita ni kat Netflix...memang action movie sungguh

    ReplyDelete
  2. sayang watak 6 tu dahla akak suka pelakon tu heheheh... macam menarik filem ini tapi tak bestlah kalau semua watak tak mainkan watak atau tak betul-betul beraksi

    ReplyDelete
  3. belum layan lagi. dah seminggu ni tak sempat santai depan TV. Hahaha

    ReplyDelete
  4. Ok nk kena cari sbb suka ryan reynolds berlakon.. 😬😬😬

    ReplyDelete
  5. Aw, this was a really nice post. In idea I would like to put in writing like this additionally? Taking time and actual effort to make a very good article? But what can I say? I procrastinate a lot and by no means seem to get something done. The sky’s dangers offer the eagle more opportunities than the nest’s comfort

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.