Drama Review : Cinta Itu Fairytale

Monday, 1 June 2020


Pengarah : Tam Suhaimi
Penulis Skrip : Tam Suhaimi, Eena Mokhtar, CTNA Marzuki, Shamaine Othman
Pelakon : Eyka Farhana, Afifah Nasir, Ikhsan Saleh, Harris Baba, Wafiy Ann, Intan Ladyana, Amy Mastura, Atiq Azman, Zalfa Zin, Nelissa Nizam, Izzat Mushtaq, Jad Hidir, Intan Nor Saina, Iman Zulkarnaian, Syrul Ezwan, Zalfa Zin, Adli Ihsan, Iqbal Rusli
Genre : Romantik / Komedi
Jumlah Episod : 13 Episod
Tarikh Tayangan : 21 Mei 2020
Syarikat Produksi : Imaginal Pictures
Penyiaran : iflix


SINOPSIS CINTA ITU FAIRY TALE


Mengisahkan tentang seorang gadis ‘instafamous’ yang bernama Nina Suraya mengalami kekalutan hidup selepas gagal dalam percintaan dan masih mencari jejaka idamannya yang disangka hanya hadir dalam dunia fantasinya. Segalanya berubah apabila beliau bertemu seorang lelaki misteri, yang mempunyai kriteria persis lelaki idamannya seperti yang tertera di dalam nota yang telah dilontar ke dasar laut.

REVIEW EPISOD 1 - DWIHATI: 

Drama Cinta Itu Fairytale bermula dengan pengenalan secara ringkas hidup Nina Suraya (Eyka Farhana) sebagai Instafamous dan selalu dapat jemputan dari restoran atau brands untuk buat review. Nina ada team sendiri untuk buat review supaya client mereka puas hati dengan hasil kerja. Adly (Atiq Azman) yang in charge bahagian footage dan Mia (Nelissa Nizam) untuk assist Nina dalam mencari contact potential client. 


Ibu Nina, Puan Sofia (Amy Mastura) selalu tegur Nina supaya cari kerja yang stabil tambah pula bila Nina ada degree. Sayang kalau dibiarkan macam tu je. Tapi bagi Nina buat review pun kerja juga sebab mendatangkan duit. Kalau ikutkan apa yang Puan Sofia dan Nina argue, masing-masing ada point sebenarnya. 

My lecturer once said apa sahaja kerja yang mendatangkan duit dianggap sebagai kerja sebenar dan kerja sebagai social media influencer ni tak la stabil sangat macam Puan Sofia risaukan sebab job macam ni tak menentu. Ada client masuk, ada la job. Kalau tak ada, memang melangut jadinya. 


Mungkin sebab tu Adly senang naik angin tengok gaya Nina yang tak serious dengan review ni sebab Nina face of their team, kalau Nina tak pulun, Mia dengan Adly tak ada job jugak. As blogger of course I boleh relate dengan life Nina. 

Nina ada boyfriend, Zach (Harris Baba) tapi macam nak tak nak je layan Nina. Boleh kata dia gunakan Nina sebagai jaminan untuk dia stay famous sebab Zach kerja dalam bidang media jugak. Plot twist dekat hujung episod 1 drama ni best masa Zach ajak Nina dinner untuk bagitahu some good news. Tapi lain pula yang jadi. Cliffhanger episod 1 pun mengundang jugak tau.


Suka tengok visual drama ni sebab cantik, nampak modern and stylish bila transition especially shot dekat Kuala Lumpur tu cantik sangat. Smooth je. Pace pun tak slow sangat macam drama biasa. Scene kelakar dari watak Najmi (Wafiy Ann), adik bongsu Nina menghidupkan suasana tambah pula bila scene tu ada Amy Mastura. 


Suka tengok wardrobe Eyka Farhana dalam drama ni. Even pajama tidur dia pun cantik cuma macam mehh bila dia tidur pakai makeup jugak. Suka tengok bila Eyka makeup nipis je sebab muka dia nampak fresh dan muda. 

Overall episod 1 agak menarik but too early to judge kan so kita kena sambung tengok episod 2 pulak dekat iflix. Drama arahan Tam Suhaimi ni ditayangkan secara percuma tau dekat iflix! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

17 comments

  1. Mmg dia muda lagi kannn...kadang2 masih terbayang imej budak sekolah dia..

    ReplyDelete
  2. Owh citer mcm ni sangat related dengan keadaan sekarang. Ada pro n cons nyer. Tp klu ada kerja stable n dalam masa sama jadi instafamous mesti best kan

    ReplyDelete
  3. menarik juga series kat iflix kan? yang ni pun nampak best. peminat drama melayu wajib tgk ni

    ReplyDelete
  4. tengok poster pun dah menarik sangat! Nak tgk nak tgk nak tgk! I memang hantu chick flick!!!

    ReplyDelete
  5. Looks like interested drama. I hardly watch Malaysian series but will check out this one.

    ReplyDelete
  6. Macam best je drama dia. Tak pernah lagi layan kat iflix. Layan drama nanti tak boleh stop.

    ReplyDelete
  7. Tak berapa layan drama melayu tapi thanks for sharing. Mana tau kot2 bosan boleh la tgk nnt. Hihi

    ReplyDelete
  8. Amboi tajuk drama Fairytale hehehe memang takut kita baca hehehe tapi drama Melayu ni kita tengok banyak hampir sama hehehe tak tahu yang ni mungkin lain sebab pelakon pun muda dan baru semua..

    ReplyDelete
  9. Dah nampak dah kat iflix, cuma belum tengok lagi, nanti nak tengok laaa, baca Farhana review ni macam best aje..

    ReplyDelete
  10. thanks for sharing this interesting drama, gonna checking it out soon. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  11. macam menarik gak story line. boleh lah layan untuk kill time bosan2 dok rumah kan. nanti boleh la tengok, thanks sharing

    ReplyDelete
  12. OMG the name CINTA ITU FAIRY TALE itself is so cute la haha. Make me wanna watch it with my loved ones too

    ReplyDelete
  13. Dekat iflix ke. Takde kat tv ke.. Huhu.. Macam best ceritanya ni.. Sebb sama job kan macam kita.. Nak tau ape jadi

    ReplyDelete
  14. tajuk pun dah buat rasa nak tengok.. tertarik sebab tajuk dulu pasni tengok citer nya mesti terus melekat ni.. hehe.. pelakon dia pun boleh tahan..

    ReplyDelete
  15. Pastu drama blum abis dah takde kat iflix.. Tak tah apa ending 😑

    ReplyDelete
  16. Kenapa episod last tak ada ?

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.