Drama Review : Cinta Itu Fairytale Episod 4

Thursday, 4 June 2020


Pengarah : Tam Suhaimi
Penulis Skrip : Tam Suhaimi, Eena Mokhtar, CTNA Marzuki, Shamaine Othman
Pelakon : Eyka Farhana, Afifah Nasir, Ikhsan Saleh, Harris Baba, Wafiy Ann, Intan Ladyana, Amy Mastura, Atiq Azman, Zalfa Zin, Nelissa Nizam, Izzat Mushtaq, Jad Hidir, Intan Nor Saina, Iman Zulkarnaian, Syrul Ezwan, Zalfa Zin, Adli Ihsan, Iqbal Rusli
Genre : Romantik / Komedi
Jumlah Episod : 13 Episod
Tarikh Tayangan : 21 Mei 2020
Syarikat Produksi : Imaginal Pictures
Penyiaran : iflix



SINOPSIS CINTA ITU FAIRY TALE


Mengisahkan tentang seorang gadis ‘instafamous’ yang bernama Nina Suraya mengalami kekalutan hidup selepas gagal dalam percintaan dan masih mencari jejaka idamannya yang disangka hanya hadir dalam dunia fantasinya. Segalanya berubah apabila beliau bertemu seorang lelaki misteri, yang mempunyai kriteria persis lelaki idamannya seperti yang tertera di dalam nota yang telah dilontar ke dasar laut.

REVIEW EPISOD 4 – LELAKI SEPERTI AKU: 

Nina Suraya (Eyka Farhana) dah panik bila Niesa (Afifah Nasir) pukul Adam (Ikhsan Salleh) sampai pengsan. Nina takut ada yang nampak apa yang Niesa dah buat malam tu so diorang bawak Adam balik ke café Niesa. Lagi messed up bila Adam hilang ingatan. Kalau polis nak tahu macam mana diorang berdua jumpa Adam nanti diorang nak jawab apa? Takkan nak cakap jumpa  dekat pantai? Nak kata self-defense pun Adam tak attack Nina atau Niesa. 


Sudahnya Niesa ambil keputusan untuk biarkan Adam kerja dekat café dia sementara waktu sampai Adam ingat balik identity diri dia. Sementara Adam nak adapt dengan kehidupan baru dia, Niesa yang spend time and money untuk beli barang keperluan Adam. Niesa minta bantuan Imran (Izzat Mushtaq) untuk train Adam buat kerja. 


Lain pulak jadinya bila Imran ambil kesempatan untuk membuli Adam dan hasut pekerja-pekerja lain supaya bencikan Adam. Kesian sangat jadi Adam ni dah la kena pukul sampai hilang ingatan tanpa sebab, tidur dekat lantai, kena kerja dekat café Niesa lepastu kena buli pulak dengan pekerja paling pemalas. 


Tak faham kenapa Niesa dengan Nina tak pergi ke kawasan situ untuk cari tahu siapa Adam sebab Adam pakai running attire and approached Nina sebab Nina sakit kepala malam tu. Entah-entah Adam pergi kawasan tu sebab tengah vacation macam diorang berdua jugak tapi malang betul nasib dia. Of course Niesa banyak kerja tapi Nina bukannya buat apa pun. Mungkin episod 5 nanti Nina betulkan balik silap dia dengan Niesa. 


Tapi cliffhanger episod 5 macam makin serabut je sebab Zach (Harris Baba) datang ke Johor Bahru jugak sampai cari pasal dengan Adam. Hish!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.5/10

4 comments

  1. menarik. lama tak tgk drama melayu dh

    ReplyDelete
  2. suka watak Niesa tapi bila masuk episode 4 terus geram pula. takkan dioraang tak perasan Adam pakai baju sukan dan tak nampak gaya Adam nak serang Nina pun tapi Niesa yg gelabah lebih.

    masuk episode 4 jadi confius juga siapa watak utama sebenarnya, Nina ke Niesa?

    ReplyDelete
  3. Dah lama tak layan drama bersiri..Macam best je

    ReplyDelete
  4. ayo daftarkan diri anda di a*g*e*n*3*6*5 :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.