Pengarah : Tam Suhaimi
Penulis Skrip : Tam Suhaimi, Eena Mokhtar, CTNA Marzuki, Shamaine Othman
Pelakon : Eyka Farhana, Afifah Nasir, Ikhsan Saleh, Harris Baba, Wafiy Ann, Intan Ladyana, Amy Mastura, Atiq Azman, Zalfa Zin, Nelissa Nizam, Izzat Mushtaq, Jad Hidir, Intan Nor Saina, Iman Zulkarnaian, Syrul Ezwan, Zalfa Zin, Adli Ihsan, Iqbal Rusli
Genre : Romantik / Komedi
Jumlah Episod : 13 Episod
Tarikh Tayangan : 21 Mei 2020
Syarikat Produksi : Imaginal Pictures
Penyiaran : iflix
SINOPSIS CINTA ITU FAIRY TALE
Mengisahkan tentang seorang gadis ‘instafamous’ yang bernama Nina Suraya mengalami kekalutan hidup selepas gagal dalam percintaan dan masih mencari jejaka idamannya yang disangka hanya hadir dalam dunia fantasinya. Segalanya berubah apabila beliau bertemu seorang lelaki misteri, yang mempunyai kriteria persis lelaki idamannya seperti yang tertera di dalam nota yang telah dilontar ke dasar laut.
REVIEW EPISOD 2 – BUKAN HAL AKU:
Lepas Zach (Harris Baba) buat hal dalam Episod Dwihati, Nina Suraya (Eyka Farhana) dah stress bila netizen bash video clip pendek yang portrayed Nina sebagai watak jahat dalam relationship cinta dia dengan Zach. Ada netizen yang kata Nina ambil kesempatan kikis duit Zach lepastu buang macam tu je. Padahal ramai yang nak try mengorat Zach.
Tapi disebabkan kontroversi negatif ni, kerja review dah mula terganggu. Kecewa Nina bila dia dah shoot half video untuk review spa tiba-tiba kena ubah pulak reviewer kepada Mia (Nelissa Nizam) sebab taknak sales drop bila ambil Nina untuk promote bisness dia. Adly (Atiq Azman) sudahnya advise Nina supaya buat skrip je sebab taknak client lari. Takkan lah nak buang semua job semata sebab kontroversi Nina dan Zach?
Nina pun faham dia tak boleh campur adukkan hal personal dengan professional so dia tak kisah pun asalkan client dia puas hati dan periuk nasi dia tak lebur. Tapi tak sangka Adly buat perangai sakitkan hati Nina sampai dia jadi makin stress. Nampak sangat Adly nak jadi famous macam Nina jugak tapi silap lah sebab dia tak ada bakat dan tak semua orang boleh buat apa yang Nina buat. Orang ingat kerja reviewer ni senang tapi hakikatnya skrip kena cantik tambah kalau melibatkan video kena pandai susun ayat dan tak kekok depan kamera.
Puan Sofia (Amy Mastura) cuba tenangkan Nina supaya anak dara dia tak mudah termakan dengan kata-kata netizen tapi dek kerana Najmi (Wafiy Ann) yang memang suka gaduh manja dengan kakak dia, memang makin bertambah muncung lah Nina jadinya. Nampak annoying dekat mata Nina tapi scene siblings banter ni lah yang buat I berdekah tengok scene dalam rumah.
Nice bila director dan penulis skrip balancekan scene intense dengan scene komedi so tak la kita stress sangat. Biar Nina je yang stress dengan Zach. Walaupun dialog cuma conversion biasa dalam kehidupan seharian tapi bagus lah sebab nampak real dan connect dengan audience.
Suka tengok visual drama ni sebab cantik, nampak modern and stylish bila transition especially shot dekat Kuala Lumpur tu cantik sangat. Smooth je. Dalam episod 2 ni dah mula nampak ada scene yang tegang antara watak Nina dengan Adly tapi sepatutnya Mia jadi la penenang bukannya jadi lalang.
Tak sabar nak tengok episod ketiga pulak sebab Nina mungkin akan jumpa kawan baik dia, Niesa (Afifah Nasir) nak tenangkan fikiran dia. Boleh tengok drama Cinta Itu Fairytale di Iflix secara percuma okay.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Macam comel je. Tak ada keluar kat tv ke.. Media prima dok ulang cita sama ja. Haha
ReplyDeleteemo betul si adli ni, tak sangka pula dia nak caras job nina..adoyai~
ReplyDeleteyes visual dia memang cantik tapi lighting macam suram pula.
mcm menarik je cter ni...
ReplyDeletemenang berapapun di bayar
ReplyDeleteayo segera bergabung bersama kami di bandar365*com
WA : +85587781483
Sungguh lengkap dan terperinci review nie. Sebab ada Amy Mastura membuatkan Rawlins nak layan plak. Tapi Rawlins suka tengok kalau dah siap semua siri, takde la perasaan tak sabar tunggu next episod tu hahaha
ReplyDeleteSama lah fana pun kalau cerita berepisod ni tak suka tertunggu tunggu, biar dah habis baru tengok.
ReplyDeletewow mantap review.. citer ni ada kat astro je kan. mana nak dapat link cerita ni?
ReplyDeleteLama tak layan iflix. Baca review ni macam bets je drama episod ni. Nak kena layan ni. At least drama ni buka mata pada orang di luar sana bukan mudah nak jadi instafamous kan nak review itu ini dwngan konflik yang berlaku
ReplyDeletetak tengok lagi citer gini. drama ringan ya. thanks sharing
ReplyDeleteOk nanti nak ajak anak layan cerita ni, dia ada akaun iflix kita tumpang jer
ReplyDeleteLamanya tak tengok tv, percaya tak? Hahahahha. Citer ni ada kat iflix je ke?
ReplyDeleteBelum muat naik iflix ni tapi tgk citernya best best..
ReplyDeleteAda lagi ker cite ni episod dua hehehehe sambungan hari tu kita dah baca tapi tak kesempatan nak tonton drama ni tak apa selagi ada kat Iflix nanti kita akan tonton hehehehe..
ReplyDeleteCantiknya Eyka Farhana :)
ReplyDeleteCerita ni nampak Macam best je..nanti boleh la tengok
Macam comel je semua pelakon² ni. Nampak macam best pun ye drama ni. Boleh layan nanati ni.
ReplyDeleteSuka tgk Amy Mastura dalam cite ni, nampak macam muda tak makan usia kan dia...suka gak lakonan dia..tapi Sis nengok sekerat aje, nanti nak smabung kat youtube laaa
ReplyDelete